Pantun |
Sumber |
Tema |
Bila memakan buah cempedak, Enak rasanya bukan kepalang; Bila kutahan dadaku sesak, Hendak menyapa segankan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau memakan keladi puyang, Jangan lupa pada bungkalnya; Kalau termakan budi orang, Jangan lupa pada asalnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Hendak memakan buah cermai, Makan bersama jambu susu; Puas ombak melanda pantai, Mengapa pantai tak ambil tahu? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Andainya kuda memakan nasi, Tentulah makan dengan tuanya; Andai mudanya tekun mengaji, Tentulah nyaman di hari tuanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila orang memakan bubur, Tentulah ada santan kelapa; Apabila abang segan menegur, Tentulah hamba segan menyapa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak lembu memakan daun, Petang tiba minum ke paya; Awak merindu sepanjang tahun, Orang lupa habislah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tak pernah memakan rendang, Setalam mana nan dijimati; Tak pernah orang kaya bertandang, Dendam mana nan dituruti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau suka memakan pauh, Batang ditanam direbah jangan; Kalau suka berjalan jauh, Kampung halaman dilupa jangan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kerana kucing memakan nangka, Banyaklah musang tak dapat rezeki; Kerana bersaing dengan yang tua, Banyaklah bujang tak dapat bini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak kuda memakan dedak, Datang balam duduk berjaga; Awak duda gilakan talak, Siang malam mengintai janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| makan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan santap: menjamah, merasa, meratah membaham, mencaruk, melahap, membedal, menyental, membalun,
membantai, menggasak, menalak, mengisi perut, menyekang perut, menangsel perut, mencengam, mencekik,
muntah kedarah mengunyah, memamah, menggigit-gigit, mengunggis, mengerit, mengerip, mengerkah,
mematuk, mencatuk meragut, menelan, melulur menghirup, menjilat, bahau, mendahar, menyunkah,
mengganyang, menggerogot, meranggah,
2. Bersinonim dengan tembus: telap, lut, mempan, kena, ayap, masuk,
3. Dalam konteks brek bersinonim dengan mencengkam, berfungsi, berkesan, memakan,
4. Dalam konteks nasihat bersinonim dengan menerima, mengikut, menurut, mendengar, mematuhi, mentaati,
| Kata Terbitan : memakan, makanan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak babi memakan siput, Siput bercampur batang keladi; Kasihkan padi buangkan rumput, Kasihkan rumput buangkan padi.
Lihat selanjutnya... |
|