Pantun |
Sumber |
Tema |
Biarlah orang membakar rusa, Rusa itu banyak tanduknya; Biarlah orang mengejar kuasa, Kuasa itu banyak buruknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Amerika dilanda taufan, Bala tanpa sempadan; Lupa kuasa Tuhan, Hidup tiada haluan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Tali bendera berwarna kuning, Tanda daulat serta kuasa; Hati gembira duduk bersanding, Tahunya dapat janda tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Rusa ditembak lukanya berat, Berpilin kaki sakit merana; Kuasa terletak pada nan kuat. Pemimpin berdiri pada bijaksana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Belah buluh bersegi-segi, Buat mari serampang ikan; Kuasa Allah berbagai-bagai, Lebih laut dari daratan. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Mastika di Tanjung Tuan, Pakai anak bidadari; Gunung tinggi kuasa Tuhan, Duri di hutan tajam sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Biarlah orang menebuk gangsa, Kita menebuk sirih loyang; Biarlah orang mabuk kuasa, Kita mabuk kan kasih sayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Asam pauh masak laksa, Buat pengat hiasan berbunga; Sesungguhnya Tuhan maha kuasa, Kupohon rahmat pertolongan-Nya. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Ada pisau diasah tajam, Untuk membuat jaring ketam; Amerika itu sangatlah kejam, Kuasa diguna untuk mencengkam. | Pantun Melayu Sarawak | Rampai Tsunami |
Selama kera masuk ke desa, Banyaklah babi mati terjerat; Selama raja mabuk kuasa, Banyaklah menteri jadi penjilat. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| kuasa | 1. Bersinonim dengan daya ( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan wibawa ( pengaruh, hak, mandat, daulat, ) (kata nama:)
3. Bersinonim dengan kekuatan ( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, ) (kata nama:)
4. Bersinonim dengan sanggup ( minat, rela, mahu, hendak, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa, |
|
Puisi |
---|
|
Mastika di Tanjung Tuan, Pakai anak bidadari; Gunung tinggi kuasa Tuhan, Duri di hutan tajam sendiri.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 194 To fish in troubled waters Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri. Menahan lukah di pergentingan The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict. Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan lukah dipergentingan dengan menjual senjata kepada Negara terbabit. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|