Pantun |
Sumber |
Tema |
Orang petani membuat dangau, Dibiar kosong tidak bekerja; Berapa tinggi terbang bangau, Akhirnya di belakang kerbau juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Perahu Banjar membawa jagung, Badai tiba banyak terbuang; Malu belajar kepala kosong, Sampai tua diperbudak orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Perahu Champa memuat tepung, Tiap senja pasti berhenti; Malu bekerja perut kosong, Gelap mata menjadi pencuri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Cina datang dari Hong Kong, Bawa bersama buah bidara; Bukannya cerita, cerita kosong, Cerita Pak Tua penglipur lara; | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Kalau ada kereta api, Pergi ke Panggor membeli benang; Sudah suka hati, Perut kosong menjadi kenyang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Buah manggis buah pulasan, Asam jawa buah kedondong; Menangis sayang mendengar pesan, Kecewa sayang dada kosong. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Duduk termenung di waktu petang, Padang selasih ditumbuh kangkong; Sudah nasib diriku malang, Sedang berkasih kocek kosong. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Kapal kecil roda lambung, Naik ke darat pasang teropong; Orang muda kacak melambung, Songkok senget saku kosong. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Meluap ke sana meluap ke sini, Korek tanah korek lombing, Supa ke sana suap ke sini, Kontrak tak dapat kocek kosong. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
|
Tesaurus |
---|
| kosong (adjektif) | 1. Dalam konteks bekas bersinonim dengan tidak berisi Berantonim dengan penuh
2. Dalam konteks angka bersinonim dengan sifar, nol, nihil,
3. Dalam konteks ruang bersinonim dengan tidak didiami, tidak dihuni, sunyi, sepi, lengang, hana,
4. Bersinonim dengan sambang: hampa, keropok, keropong, geroheng, Berantonim dengan bernas
5. Bersinonim dengan hampagas: vakum
6. Bersinonim dengan berongga: lompang Berantonim dengan padat
7. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan hampa, kecewa, sia-sia, tidak bermakna,
| Kata Terbitan : mengosongkan, kekosongan, pengosongan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau ada kereta api, Pergi ke Panggor membeli benang; Sudah suka hati, Perut kosong menjadi kenyang.
Lihat selanjutnya... |
|