Pantun |
Sumber |
Tema |
Air jernih ikannya jinak, Bila mandi bertambah segar; Hati bersih kawan pun banyak, Ke mana pergi tuahnya besar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang beradat mukanya jernih, Hati lapang fikiran luas; Membuang adat bala yang boleh, Mati terbuang hidup melengas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau mata sudah jernih, Tentu nyawa benda dilihat; Kalau cinta sudah berbenih, Beribu daya akan kubuat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Elok cermin kerana jernih, Di sana bedak ia bubuhkan; Elok pemimpin kerana bersih, Laba dan tamak ia jauhkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Selat Teberau air jernih, Banyak mengail ikan gelama; Pura-pura menumpang kasih, Kenangan kita selama-lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang mandi di sungai jernih, Jemur kain di danau huma; Duduk termenung tidak berjenis, Duduk teringat janda lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bercakap lurus berkata benar, Muka jernih hati pun bersih; Adab halus pantang mengasar, Pantang sekali mencari selisih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kemana lagi ikan berenang, Air yang jernih menjadi keruh; Ke mana lagi badan menumpang, Kekasih hati dah pergi jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hari panas mencucuk benang, Benang menjahit baju kebaya; Air jernih lubuknya tenang, Jangan disangka tiada buaya. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Ada satu Putera Alam, Duduk berkira siang malam; Sungguh jernih air di kolam, Tunggul buruk ada di dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Tesaurus |
---|
| jernih (adjektif) | 1. Bersinonim dengan hening: bening, terang, jelas, Berantonim dengan keruh
2. Dalam konteks hati bersinonim dengan bersih, suci, murni, kudus, putih, khalis, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, jujur, safi, sadik, lurus, mustakim, mukhlis, zakiah, tahir, nirmala, mukaddas, Berantonim dengan bernoda
3. Dalam konteks air muka bersinonim dengan manis berseri, ceria, riang, Berantonim dengan muram
| Kata Terbitan : menjernihkan, kejernihan, |
|
Puisi |
---|
|
Selat Teberau air jernih, Banyak mengail ikan gelama; Pura-pura menumpang kasih, Kenangan kita selama-lama.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 306 Let bygones be bygones Lupakan dendam lama atau perselisihan lalu, sebaliknya mulakan lembaran baru. Buang yang keruh, ambil yang jernih We are avoiding each other, and getting ourselves all worked up every time we stumble onto each other? Don't bear grudges, let bygones be bygones. Mengapakah kita mengelakkan diri antara satu sama lain, dan naik marah apabila bersua muka? Usahlah berdendam, buang yang keruh, ambil yang jernih. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|