Pantun |
Sumber |
Tema |
Hancur-hancur daun keladi, Buat makanan di waktu pagi; Hendak dikesal tak guna lagi, Carilah lain sebagai ganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Piring kaca tercampak hancur, Tidak hancur pastilah gemuk; Pening kepala tak nyenyak tidur, Hendak tidur laki merajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tak boleh kuda di ladang, Hancur belum dalam padi; Kalau tak boleh adinda kucadang, Habis fikir kubunuh diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika tak lepas merendam padi, Akan hancur jadi melukut; Jika tak lepas dendam berahi, Sampai ke kubur kan hamba ikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tidak lembu Pak Jamal, Masakan badan hancur dan lumat; Kalaupun tidak ilmu dan amal, Bilakan badan boleh selamat? | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kain Bertabur bunga lembut, Cindai bersulam emas suasa Hancur gunung bergolong laut, Cintaku hanya pada yang Esa. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Anak ayam turunnya tujuh, Mati seekor tinggalnya enam; Hancur luluh seluruh tubuh, Dijilat oleh neraka jahanam. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Tinggi bukit gunung mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat jangan berhenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nyiur gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Kasih sayang sampai ke mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| hancur (adjektif) | 1. Bersinonim dengan pecah kecil-kecil: pecah halus-halus, lumat, pecah berderai, remuk, berkecai-kecai, berserpihan, relai,
2. Bersinonim dengan cair: larut, encer,
3. Bersinonim dengan rosak: musnah, binasa, roboh, runtuh, jahanam, lenyap,
4. Bersinonim dengan hancur hati: hancur luluh, remuk redam, putus asa, putus harap, kecewa,
| Kata Terbitan : menghancurkan, hancuran, kehancuran, penghancuran, penghancur, |
|
Puisi |
---|
|
Tak boleh kuda di ladang, Hancur belum dalam padi; Kalau tak boleh adinda kucadang, Habis fikir kubunuh diri.
Lihat selanjutnya... |
|