Pantun |
Sumber |
Tema |
Kumbang berdengung memakan kelicap, Mari diikat benang setuli; Orang Dungun sungguhlah bijak, Pandai sungguh mengambil hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Rumah cengal bertiang berancak, Kayu jelutung si kayu nangka; Orang Jengal sungguhlah bijak, Pandai berpantun pandai berseloka. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau seribu dapat disimpan, Dapat membeli seekor keldai, Kalau beribu ayam jantan, Dapat anak bijak dan pandai. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Baik urat elok batangnya, Elok batang tak beranai-anai; Baik adat elok orangnya, Elok orang bijak dan pandai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ambil buah berangan, Kampung Ulu Mukah; Pandai guna tangan, Bijak mengatur langkah. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
Ramailah orang membawa labu, Labu perisa digulai lemak; Pandai orang kerana berilmu, Ilmu ada perangai pun bijak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak cicak anak keredek, Rama-rama menyusur pantai; Dia bijak saya cerdik, Sama-sama mengadu pandai. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| pandai | 1. Bersinonim dengan cerdik ( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal,
banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu,
tahu-tahu, piawai, ) (adjektif:) Berantonim dengan bodoh
2. Bersinonim dengan cekap ( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, ) (adjektif:)
3. Bersinonim dengan ahli ( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, ) (kata nama:)
| Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian, |
|
Puisi |
---|
|
Rumah cengal bertiang berancak, Kayu jelutung si kayu nangka; Orang Jengal sungguhlah bijak, Pandai berpantun pandai berseloka.
Lihat selanjutnya... |
|