PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
cholesterol | | | Lemak lipid berhablur putih, C27H45OH yang terdapat pada tisu tubuh dan plasma darah yang biasanya disintesis oleh hati dan penting sebagai juzuk sel. |
macrophage | | | Sel di dalam tisu yang terdiri daripada sejenis sel darah putih yang dikenali sebagai monosit. Sel ini bertindak dalam sistem pertahanan khusus dan tak khusus haiwan vertebrata yang fungsinya adalah untuk memerangkap dan menghadam patogen, sama ada sebagai sel bergerak ataupun sel pegun. |
aragonite | | | Bahan galian kalsium karbonat (CaCO3) yang berbentuk hablur ortorombus. Hablur ini berwarna putih, ungu pucat, biru muda, kuning muda ataupun tidak berwarna. Bahan ini merupakan lapisan nipis dalam proses biopenggalian sel moluska. |
albumin | | | Protein ringkas yang larut dalam air dan dapat tergumpal oleh haba. Albumin didapati dalam putih telur, serum, darah, susu, dan kebanyakan tisu haiwan dan tumbuhan. Dalam bidang perubatan, albumin merupakan bahan yang menjadi kunci untuk melaraskan tekanan osmotik darah, manakala dalam bidang nanoteknologi, albumin dapat bertindak sebagai surfaktan dalam proses sintesis nanobahan. |
collagen | | | Sebarang sebatian organik dalam kelas protein yang paling banyak terdapat dalam badan haiwan. Kolagen biasanya berbentuk serabut, tidak kenyal, berwarna putih dengan kekuatan tegasan yang tinggi dan tidak larut di dalam air. Kolagen yang terdapat di bawah kulit binatang dapat digunakan sebagai bahan pelekat. Kolagen khas digunakan dalam perubatan semasa pembedahan. Saiz kolagen adalah sekitar 1 nm, tetapi dalam bentuk serat saiznya adalah dalam julat 50 nm - 500 nm. |
leucocyte | | | Sel darah tanpa pigmen yang mempunyai satu nukleus dan sitoplasma berbentuk sfera dengan diameter 8 mikrometer - 15 mikrometer. Sel ini merupakan sistem ketahanan tubuh daripada serangan penyakit. Darah normal mengandungi 5000 - 10000 leukosit per mm3. Sinonim sel darah putih. |
|
Tesaurus |
---|
| putih (adjektif) | 1. Dalam konteks warna bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak, Berantonim dengan hitam
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria, Berantonim dengan tercemar
| Kata Terbitan : memutihkan, keputihan, |
|
Puisi |
---|
|
Kain putih disesah putih, Tengah bersesah sabun hilang; Tuan kasih saya pun kasih, Tengah kasih bencana datang.
Lihat selanjutnya... |
|