PeribahasaTinggal gigi dengan lidah saja.TakrifTelah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggal di tabung dituntungkan, tinggal di aweh dikiraikan.TakrifTelah mengajarkan semua ilmu yang ada dalam dadanya. tuntung = tunggang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutus timba tinggal tali, putus tali tinggal timba.TakrifPerempuan yang kematian suaminya atau seseorang yang berpisah daripada sahabat yang diharapkan olehnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggal tulang dengan kulit.TakrifKurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal jangat pemalut tulang, b. Tinggal kulit pemalut tulang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggal kulit pemalut tulang.TakrifKurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal kulit pemalut tulang, b. Tinggal tulang dengan kulit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggal jangat pemalut tulang.TakrifKurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal kulit pemalut tulang, b. Tinggal tulang dengan kulit). jangat = kulit luar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggal kelopak salak.TakrifTelah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kain sehelai sepinggang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTinggal kain sehelai sepinggang.TakrifTelah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kelopak salak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah tinggal nadi saja.TakrifSakit berat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai geluk tinggal di air.TakrifOrang yang melarat hanya mengharap bantuan orang. geluk = timba daripada tempurung kelapa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
294 | Every land has its own laws | Setiap tempat, ada adat dan peraturan dan kita harus menghormatinya. | Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. | Every land has its own laws. When you stay in that place you must observe and respect its customs, no matter how strange they are. Surely, the people there ini turn will respect you. | Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Apabila awak tinggal di tempat itu, awak perlulah mematuhi dan menghormati adat resamnya betapapun pelik adat resam itu. Nescaya, orang di situ akan menghormati awak. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tinggal (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,
2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,
3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,
| Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal, |
|
Puisi |
---|
|
Nyiur tunggal kelapa tunggal, Tindan menindan kelapa manis; Berpeluk tinggal bercium tinggal, Tinggal abang jangan menangis.
Lihat selanjutnya... |
|