PeribahasaTegang tidak, kendur tidak.TakrifPerhubungan yang tidak terikat dan memaksa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaTegang dinanti kendur, keras dinanti lunak.TakrifMenyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaTegang berjela-jela, kendur berdenting-denting.TakrifPemerintahan yang baik ialah di dalam keras ada lunaknya dan di dalam lunak ada kerasnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaKendur mengusut, tegang memutus.TakrifPentadbiran yang kurang baik, kalau lemah menyebabkan kekacauan dan kalau keras menimbulkan kerusuhan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaPantang si tegang dibawa mengetul.TakrifOrang yang degil tidak mahu menurut nasihat orang. si tegang = orang yang keras kepala; mengetul = melipatkan, seperti meringkuk waktu tidur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaBagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan.TakrifPekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Tali jangan putus, kaitan jangan serkah). (Bandingkan dengan: Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaTali jangan putus, kaitan jangan serkah.TakrifMenyelesaikan sesuatu perkara (sengketa) hendaklah dengan seadil-adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berpuas hati. (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
  PeribahasaUlar biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah.TakrifMenyelesaikan sesuatu perkara (= menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menarik rambut di dalam tepung, b. Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
 |   |  | tegang (adjektif) |  1. Bersinonim dengan regang: cekang, kejang, sering, kencang, terik, ganjat,  Berantonim dengan kendur
  2. Bersinonim dengan kaku: keras, liat, kejur, kejat, jegang, genjur,  Berantonim dengan lembut
  3. Dalam konteks suara bersinonim dengan  nyaring, langsing, keras, tinggi,  Berantonim dengan lunak
  4. Bersinonim dengan genting: gawat, senting, berbahaya, meruncing, hangat,  Berantonim dengan kendur
 
  |  | Kata Terbitan : bertegang, menegangkan, ketegangan,  |   
  |  
  
    
    |