PeribahasaHidup segan mati tak mahu (= embuh).TakrifHidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSakit sama mengaduh, luka sama menyiuk.TakrifSama-sama ikut bertanggungjawab.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSakit perut, baru tahu di liang lantai.TakrifSesudah mendapat kesusahan baru ingat apa yang perlu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSakit pandan tidak tahukan duri, sakitnya badan tidak tahukan diri.TakrifOrang yang tidak tahu akan dirinya sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan.TakrifOrang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar sakit dulu senang kemudian.TakrifBiarlah bersusah-susah dulu asalkan senang kemudian hari.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerbau sakit, sapi beroleh nama.TakrifOrang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas, b. Kerbau punya susu, sapi punya nama).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat.TakrifJawab yang bersalahan dengan pertanyaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain biduk lain digalang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada sakit makan ubat.TakrifMenyusahkan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAwak sakit daging menimbun.TakrifOrang kaya yang berpura-pura miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Awak kurus daging menimbun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| sakit (adjektif) | 1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah, Berantonim dengan sihat
2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa, Berantonim dengan selesa
3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit, Berantonim dengan bahagia
| Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit, |
|
Puisi |
---|
|
Sakit barah sakitnya bisul, Sakit mari menghujung jari; Kami bertanya kepada usul, Untuk siapa cincin di jari?
Lihat selanjutnya... |
|