PeribahasaRosak tapai kerana ragi.TakrifPekerjaan gagal kerana kurang hati-hati waktu melakukannya. ragi = bahan atau zat untuk membuat tapai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRosak bawang ditimpa jambak.TakrifMenjadi celaka kerana perbuatan (kawan, kaum dan sebagainya) sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRosak anak oleh menantu.TakrifMendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Karam Kampar oleh Kuantan, b. Karam sambal oleh belacan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar titik, jangan tumpah.TakrifLebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar merangkak jangan menjalar.TakrifLebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIkan sekambu rosak oleh ikan seekor.TakrifKerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebab nila setitik, rosak susu (= santan) sebelanga.TakrifKerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKemarau setahun rosak oleh hujan sepagi.TakrifKebaikan yang banyak hilang kerana kesalahan yang sedikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPotong hidung rosak muka.TakrifBerbuat kurang baik terhadap kaum keluarga maka kita sendiri akan mendapat malu juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDurian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa.TakrifOrang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| rosak (adjektif) | 1. Bersinonim dengan binasa: musnah, punah, ranap, jahanam, hancur, hancai, lingkup, hapus, tengkarap, terban,
2. Bersinonim dengan buruk: busuk, cacat, cedera, usang, lapuk, reput, lama, tua, Berantonim dengan elok
| Kata Terbitan : merosakkan, kerosakan, perosak, |
|
Puisi |
---|
|
Nasi masak sayur pun masak, Turun ke tanah memetik lada; Hati rosak jantungku rosak, Rasa bekah dalam dada.
Lihat selanjutnya... |
|