PeribahasaHitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih.TakrifYang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. Peribahasa lain yang sama makna: Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHitam dikatakan putih, putih dikatakan hitam.TakrifYang buruk dikatakan baik, yang baik dikatakan buruk; berdusta.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai.TakrifYang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHitam-hitam bendi, putih-putih sadah.TakrifYang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. bendi = kereta kuda; sadah = kapur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang.TakrifBarang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutih seperti kapas dibusar.TakrifPutih bersih; amat putih. busar = busur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.TakrifBudi bahasa yang baik akan tetap dikenang orang, walaupun kita telah lama meninggal dunia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutih mengandung awan, kelambaja mengandung hujan.TakrifSesuatu yang belum pasti. kelambaja = awan hitam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutih mata kerana memandang.TakrifMenanggung rindu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutih di luar, kuning di dalam.TakrifBaik pada lahirnya, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepat di luar, pancung [= rancung] di dalam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| putih (adjektif) | 1. Dalam konteks warna bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak, Berantonim dengan hitam
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria, Berantonim dengan tercemar
| Kata Terbitan : memutihkan, keputihan, |
|
Puisi |
---|
|
Kain putih disesah putih, Tengah bersesah sabun hilang; Tuan kasih saya pun kasih, Tengah kasih bencana datang.
Lihat selanjutnya... |
|