PeribahasaKalau pandai makan, pandai simpan.TakrifPandai menyimpan rahsia. (Bandingkan dengan: Pandai makan tak pandai simpan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPandai makan tak pandai simpan.TakrifTak pandai menyimpan rahsia. (Bandingkan dengan: Kalau pandai makan, pandai simpan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSumpit penuh tidak berisi.TakrifOrang bodoh yang berlagak seperti orang pandai-pandai; orang miskin yang berbuat seperti orang kaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSukar kaji pada orang alim, sukar wang pada orang kaya.TakrifOrang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelalang hendak menjadi elang.TakrifOrang bodoh (= hina) hendak berlaku sebagai orang besar (= pandai-pandai). (Bandingkan dengan: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang kilat dalam kilau.TakrifKepandaian atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi apabila bercampur dengan orang pandai-pandai atau orang besar-besar. (Bandingkan dengan: Hilang ikan dalam kerabu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenempuh baik, ditempuh istimewa lagi; durian tidak apa-apa, mentimun juga yang binasa.TakrifPerlawanan yang tidak sebanding (seperti orang bodoh melawan orang pandai-pandai dan sebagainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHulu mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai memakai.TakrifOrang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan, selalu selamat dan disukai orang. hulu mujur = pangkat untung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTahu makan, tahu simpan.TakrifPandai menyimpan rahsia. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau pandai makan, pandai simpan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPandai berminyak air.TakrifMemuji-muji kerana ada sesuatu maksud; pandai berpura-pura; pandai menggunakan sesuatu yang sebenarnya kurang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| pandai | 1. Bersinonim dengan cerdik ( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal,
banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu,
tahu-tahu, piawai, ) (adjektif:) Berantonim dengan bodoh
2. Bersinonim dengan cekap ( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, ) (adjektif:)
3. Bersinonim dengan ahli ( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, ) (kata nama:)
| Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian, |
|
Puisi |
---|
|
Memasang jerat sudah lama, Dapat seekor burung nuri; Saya pergi tiada lama, Pandai-pandai menjaga diri.
Lihat selanjutnya... |
|