PeribahasaBerpindah ke balik papan.TakrifMeninggal dunia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelah mati yang bergading.TakrifTelah meninggal orang yang berkuasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGaram tumpah apakah (= pada) tempatnya?TakrifOrang yang hina yang meninggal tidak dihiraukan orang sangat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembalik-balik mayat di kubur.TakrifMenyebut-nyebut nama orang yang telah meninggal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLepas bantal berganti tikar.TakrifKahwin dengan saudara atau keluarga isteri yang sudah meninggal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutus tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak.TakrifKehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPutih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.TakrifBudi bahasa yang baik akan tetap dikenang orang, walaupun kita telah lama meninggal dunia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMati di sisi yang hidup, hidup di sisi yang mati.TakrifOrang jahat yang telah menghilangkan diri dianggap seperti orang yang sudah mati; orang berjasa yang meninggal dunia dianggap masih hidup juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tinggal (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,
2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,
3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,
| Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal, |
|
Puisi |
---|
|
Bunga melati di tengah padang, Mari dikutip anak Cina; Harimau mati meninggal belang, Manusia mati meninggalkan nama.
Lihat selanjutnya... |
|