PeribahasaMemakan hendak lemang, membeli hendak pelo.TakrifInginkan barang yang bagus, tetapi tidak berani membayar mahal. pelo = ubi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti api memakan lalang kering, tiada dapat dipadamkan lagi.TakrifMarabahaya yang tak dapat ditolak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenyuruk (menyorok) hilang-hilang, memakan habis-habis.TakrifJika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memakan habis-habis, menyuruk [menyorok] hilang-hilang, b. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemakan habis-habis, menyuruk (menyorok) hilang-hilang.TakrifJika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan.TakrifJika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memakan habis-habis, menyuruk [menyorok] hilang-hilang, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelentang sama menadah embun, tertiarap bersama memakan pasir.TakrifOrang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu.TakrifDaripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan. aris = getah kayu yang sudah beku.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada telap oleh asai.TakrifSihat dan kuat meskipun usianya telah lanjut. asai = binatang kecil yang memakan kayu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengunggis tebu tak bergigi, jahanam gusi.TakrifMelawan musuh yang kuat tanpa syarat, tentulah membinasakan diri sendiri. unggis = memakan dengan menggigit berdikit-dikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air.TakrifOrang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Telentang sama tertiarap bersama memakan pasir).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
43 | A bird in the hand is worth two in the bush | Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula. | Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu | We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise | Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu gajah memamah aris, baik diikat kera kecil y | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| makan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan santap: menjamah, merasa, meratah membaham, mencaruk, melahap, membedal, menyental, membalun,
membantai, menggasak, menalak, mengisi perut, menyekang perut, menangsel perut, mencengam, mencekik,
muntah kedarah mengunyah, memamah, menggigit-gigit, mengunggis, mengerit, mengerip, mengerkah,
mematuk, mencatuk meragut, menelan, melulur menghirup, menjilat, bahau, mendahar, menyunkah,
mengganyang, menggerogot, meranggah,
2. Bersinonim dengan tembus: telap, lut, mempan, kena, ayap, masuk,
3. Dalam konteks brek bersinonim dengan mencengkam, berfungsi, berkesan, memakan,
4. Dalam konteks nasihat bersinonim dengan menerima, mengikut, menurut, mendengar, mematuhi, mentaati,
| Kata Terbitan : memakan, makanan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak babi memakan siput, Siput bercampur batang keladi; Kasihkan padi buangkan rumput, Kasihkan rumput buangkan padi.
Lihat selanjutnya... |
|