PeribahasaLemah-lembut santan berlada.TakrifPerkataan yang lemak manis tetapi berisi sindiran yang pedas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelinga yang lembut, itulah yang kerap dipulas.TakrifOrang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemah-lembut lintah, melekat payah lucut.TakrifOrang yang lemah-lembut lakunya tetapi susah hendak melepaskan sesuatu yang telah diperolehnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBila meminta: lembut gigi daripada lidah.TakrifBila berkehendakkan sesuatu maka selalu orang berlemah lembut dan merendahkan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBajak selalu di tanah yang lembut.TakrifOrang yang lemah selalu menderita.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti lilin baru digelek.TakrifBenda yang lembut elok dan licin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLenggang patah sembilan.TakrifGaya langkah yang lemah-lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Lenggang lenggok bagai cupak hanyut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMulut manis mematahkan tulang.TakrifPerkataan yang lemah lembut dapat menundukkan hati yang keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti bangsi buluh perindu.TakrifSuara yang lemah lembut dan merdu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLunak gigi daripada lidah.TakrifMerendahkan diri; bersikap lemah-lembut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| lembut (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tidak keras: lunak, lembik, empuk, Berantonim dengan keras
2. Dalam konteks perangai bersinonim dengan bersopan, bersantun, beradab, berbahasa, beradat, baik, elok, Berantonim dengan kasar
3. Dalam konteks suara bersinonim dengan lunak, perlahan, rendah, merdu, enak, Berantonim dengan keras
| Kata Terbitan : berlembut, melembutkan, kelembutan, |
|
Puisi |
---|
|
Lembut lemak sisi bemban, Terendak ikan letak di paya; Lemak lemah sirih digenggam, Hendak diunjuk emaknya ada.
Lihat selanjutnya... |
|