PeribahasaHilang kilat dalam kilau.TakrifKepandaian atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi apabila bercampur dengan orang pandai-pandai atau orang besar-besar. (Bandingkan dengan: Hilang ikan dalam kerabu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBergurindam di tengah rimba.TakrifMenunjukkan kepandaian di depan orang yang bodoh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak berberas akan ditanak.TakrifTidak ada kepandaian yang akan dipertunjukkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau.TakrifKepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut.TakrifKepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang). pasar = licin, mati rumput.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMeragakan suara kepada si pekak.TakrifTidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan, c. Meragakan pakaian cantik kepada si buta).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang.TakrifKepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMeragakan pakaian cantik kepada si buta.TakrifTidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan). (Biasa juga: Bersifat kepada si buta).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti limau masak seulas.TakrifMempunyai kelebihan daripada yang lain (kepandaian atau kekayaan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar.TakrifKepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| pandai | 1. Bersinonim dengan cerdik ( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal,
banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu,
tahu-tahu, piawai, ) (adjektif:) Berantonim dengan bodoh
2. Bersinonim dengan cekap ( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, ) (adjektif:)
3. Bersinonim dengan ahli ( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, ) (kata nama:)
| Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian, |
|
|