PeribahasaSejernih-jernih air, kalau melalui pembuluh yang kotor, tentu kotor juga.TakrifSebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir jernih, ikannya jinak.TakrifNegeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir yang jernih, sayak yang landai.TakrifSegala sesuatu berlaku dengan adil dan benar. sayak = tempurung kelapa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh.TakrifDaripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai puyu di air jernih.TakrifSenang hidupnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuangkan yang keruh, ambil yang jernih.TakrifBuang yang jahat ambil yang baik; memulai penghidupan yang baru.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDari telaga yang keruh, tak akan mengalir air yang jernih.TakrifDaripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak ada kusut yang tak selesai, tak ada keruh yang tak jernih.TakrifSekalian perselisihan besar dan kecil dapat didamaikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya.TakrifDaripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati. keruh-keruh kerak = tiada jernih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| jernih (adjektif) | 1. Bersinonim dengan hening: bening, terang, jelas, Berantonim dengan keruh
2. Dalam konteks hati bersinonim dengan bersih, suci, murni, kudus, putih, khalis, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, jujur, safi, sadik, lurus, mustakim, mukhlis, zakiah, tahir, nirmala, mukaddas, Berantonim dengan bernoda
3. Dalam konteks air muka bersinonim dengan manis berseri, ceria, riang, Berantonim dengan muram
| Kata Terbitan : menjernihkan, kejernihan, |
|
Puisi |
---|
|
Selat Teberau air jernih, Banyak mengail ikan gelama; Pura-pura menumpang kasih, Kenangan kita selama-lama.
Lihat selanjutnya... |
|