Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum. Dalam Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, apa istilah yang sesuai di dalam Bahasa Melayu untuk perkataan Assemble dalam perkataan Cara-cara Assemble Roti Sandwic. Saya cari di dalam kamus tak jumpa istilah yang tepat. Istilah yang ada mengumpul, menghimpun, memasang. Cara-cara mengumpul Roti Sandwic. Cara-cara menghimpun Roti Sandwic, Cara-cara memasang Roti Sandwic. Semuanya serba tak kena. Apa istilah yg sesuai berdasarkan Kamus Dewan Bahasa & Pustaka ya? | Waalaikumussalam wbt, Saya mencadangkan terjemahan bagi kata assemble dalam konteks penggunaan seperti How to assemble a sandwic?, to assemble a dish, to assemble a cake dan sebagainya ialah 'menyediakan'. Terjemahan memasang bagi assemble amat janggal dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, saudara bolehlah merujuk kepada pihak Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) untuk mendapatkan pengesahan tentang terjemahan ini. Sekian, terima kasih. | Istilah | 06.06.2024 |
terjermahan 'due diligence' kepada 'usaha wajar' macam tidak kena. Tak menepati konsep betul. Main terjermah je ke? "Pemeriksaan Terperinci" lagi tepat. Bila Syarikat kata due diligence ini melibatkan kerja-kerja penelitian, menentu kesahihan berbagai maklumat dan sebagainya. Atau kalau nak kata 'Penilitian Terperinci" pun boleh. | Menurut kamus undang-undang yang telah diterbitkan oleh MABBIM maksud due diligence ialah usaha wajar. Setiap istilah yang digubal mengikut konsep ayat dan bidang bagi mendapatkan terjemahan yang betul. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang padangan mengenai istilah tuan/puan boleh memberikan cadangan melalui http://ekamus.dbp.gov.my/. | Makna | 03.12.2016 |
Adakah perkataan 'bena' (sekiranya wujud) diterjemahkan daripada perkataan 'banner'? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan bena bermaksud (béna) endah, hirau, peduli: janganlah buat tidak ~ kpd budak itu; ~ tak ~ endah tak endah (tidak berapa peduli);membenakan menghiraukan, mengendahkan, mempedulikan: tidak ~ musuh datang. Manakala perkataan "banner" merujuk pada "kain rentang" iaitu jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan. Oleh itu, perkataan "bena" dan "banner" tiada kena mengena antara satu sama lain. | Istilah | 01.04.2013 |
Selamat sejahtera. Saya hendak bertanya, apa cara yang betul untuk menulis dialog yang dipetik dalam dialog? Contohnya: "Farah kata "Aku tak mahu lagi dah kena uji macam ni!" pada aku semalam." Adakah contoh ini betul? Kalau salah, macam mana cara yang tepat untuk menulisnya? Terima kasih. | Penggunaan tanda petik pada contoh ayat yang diberikan tidak betul. Tanda petik tunggal (‘ ’) digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik (“ ”). Contoh: “Aku tahu engkau menghina aku apabila kau kata, ‘kerja itu sesiapa pun boleh buat’ semasa makan tengah hari tadi.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 125 – 126. | Lain-lain | 28.09.2023 |
tak bolehkah bersifat tetap. mcm bhs inggeris x ada perubahan. kalau alasan nak memartabatkn bhs,kena lah tetapkn bhs, seolah2 mcm x tentu dgn bhs kebangsaan sendiri sehingga sentiasa berubah. | Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada saudara atas pandangan menarik yang diberikan berkaitan bahasa kebangsaan negara. Sebenarnya untuk makluman saudara, setiap bahasa yang ada di dunia berubah mengikut peredaran masa dan turut berubah selagi manusia berbudaya. Bahasa Inggeris juga turut berubah mengikut perkembangan. Mohon jasa baik saudara untuk mengemukakan apakah perubahan yang dimaksudkan agar pihak kami dapat sama-sama berkongsi maklumat untuk bersama-sama kita mengangkat martabat bahasa kebangsaan negara kita. Terima kasih. | Lain-lain | 27.10.2006 |
membajak padi betul ke ayat tu? emel ada dash ke tak de? generasi Y , G tu kena huruf besar ke? | Salam sejahtera, Membajak berasal daripada kata dasar 'bajak' yang bermaksud alat untuk menghancurkan serta menggemburkan tanah; tenggala. Membajak menggemburkan tanah dgn bajak; menenggala. Penggunaan 'membajak padi' adalah salah dan yang sebetulnya ialah membajak sawah. Ejaan yang betul bagi emel ialah e-mel. Generasi Y - istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001. Generasi Y juga dikenali sebagai Generasi Milenium. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains politik, dan pemasaran. Cara penulisan yang tepat ialah 'Generasi Y' dan 'Generasi G'. (Kedua-dua permulaannya perlu ditulis dengan huruf besar) | Ejaan | 04.11.2012 |
Hutan Hujan Tropika kena guna huruf besar ke untuk setiap pangkal perkataan? | Hutan Hujan Tropika tergolong dalam kumpulan kata nama khas tak hidup. | Tatabahasa | 14.11.2016 |
Tuan, 'kan' dalam dialog berikut perlu dieja bersambung atau dijarakkan? (1) "Janganlah macam tu, kita kan kawan baik." atau "Janganlah macam tu, kitakan kawan baik." (2) "Kau kan tak suka aku." atau "Kaukan tak suka aku." (3) "Ibu... kakak kan... dia kan, dia nak pukul adik". atau "Ibu... kakakkan... diakan, dia nak pukul adik." (4) "Siapalah saya ni kan". atau "Siapalah saya nikan". (5) "Ha, tu kan dah jatuh." atau "Ha, tukan dah jatuh." (6) "Kau ni kan, memang nak kena". atau "Kau nikan memang nak kena". (7) "Pergilah, aku tumbuk kan!" atau "Pergilah, aku tumbukkan!" | Hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
Salam sejahtera, apa bezanya "menggunting" dan "mengguntingkan" ? Macam mana kita dapat tahu bila kena tambah "kan" di belakang dalam ayat, bila tak perlu ya? Contoh: Nabilah mengguntingkan kertas.(Adakah ini betul?) Terima kasih kerana menjawab soalan saya. | Perkataan menggunting bermaksud memotong dengan menggunakan gunting dan perkataan mengguntingkan bermaksud menggunting (kain dan lain-lain) untuk dijadikan sesuatu. Contoh, Ahmad menggunting kertas dan Aini mengguntingkan kain untuk dijadikan baju. | Tatabahasa | 21.08.2022 |
Namum begitu, ada sesuatu yang tidak kena apabila rakyat tidak "mengambil" berat untuk mempelajari bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. adakah mengambil dalam ayat di atas merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap? | Frasa mengambil berat ialah kata majmuk. Perkataan mengambil di sini tidak berfungsi sebagai kata kerja transitif aktif seperti mengambil surat dan mengambil wang. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| kena (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,
2. Dalam konteks sasaran bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,
3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang
4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,
5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,
6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,
7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,
| Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena, |
|
Puisi |
---|
|
Tahan bubu di Sungai Dungun, Seekor ikan haram tak kena; Mengapa adik duduk termenung, Di manakah tempat abang tak kena.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 388 Mind your own business Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain. Jangan buat kerbau tanduk panjang '' Mind your own business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark. ''Jangan buat kerbau tanduk panjang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|