Kata |
Takrif |
Sumber |
halusinasi | pengalaman seolah-olah dapat melihat, mendengar atau menyentuh sesuatu yg sebenarnya tidak wujud akibat gangguan kesihatan (fikiran) atau pengambilan dadah: penggunaan dadah boleh menyebabkan penggunanya mengalami ~; berhalusinasi mengalami halusinasi: dia meracau-racau dan ~ bertemu dgn manusia zaman purba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hayat I | Ar ada nyawa pd badan, hidup; ilmu ~ pengetahuan tentang makhluk hidup (binatang dan tumbuhan), kaji hayat, biologi; selama ~ dikandung badan selagi hidup; tanda ~ cenderamata; mendapat ~nya sl mengalami sendiri; menghayati mengalami dan merasai (dlm batin), meresapkan ke dlm jiwa: matlamat akhirnya ialah utk ~ nilai-nilai akhlak; penghayatan perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dlm batin: buku-buku yg baik akan mempertinggi ~ estetik pd pembaca; inti karya seni adalah ~ penciptanya; aspek-aspek penguasaan dan ~ bahasa Melayu Tinggi; penghayat orang yg menghayati sesuatu (cerita, peristiwa): kita sbg pembaca dan ~ harus lebih teliti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
metamorfosis | (métamorfosis) 1. (Bio) perubahan sepenuhnya bentuk fizikal dll yg berlaku dlm kitaran hidup sesuatu organisma (mis perubahan kepompong menjadi kupu-kupu); 2. ki perubahan besar atau sepenuhnya: utk mendapatkan yg baru, sesuatu itu perlu mengalami ~; bermetamorfosis mengalami metamorfosis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengalami | merasai (menjalani, menempuh) sesuatu peristiwa: Ketika merantau dahulu, dia telah ~ berbagai-bagai kesulitan dan kesukaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengalami | merasai atau menempuh (kesusahan, kesulitan, perubahan, dll), menanggung: selama hampir tiga tahun yg lalu, kita telah ~ kesulitan ekonomi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengalami | merasai (menjalani, menempuh) sesuatu peristiwa: Ketika merantau dahulu, dia telah ~ berbagai-bagai kesulitan dan kesukaran. | Kamus Pelajar |
merasa | 1. mengalami rasa dgn lidah: air itu dirasanya masin; 2. mengalami rasa (sakit dll) pd tubuh: setelah Raja Zainal ~ luka, maka baginda pun meraba keris; nanti setelah lepas Pulau Penuba, sebelah petang, kita akan ~ angin Laut China; 3. = merasa-rasa mencuba dgn lidah utk mengetahui manis masam (pahit tidaknya dll): ia ~ gula itu; dua tiga orang sudah pun sampai dan ~ air kopi itu; 4. = merasa-rasa meraba-raba (menjamah dll) utk mengetahui kasar halusnya (berat tidaknya dll): licin tidaknya dapat dirasa sendiri dgn tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pernah I | sudah ada mengalami (melakukan, melihat, merasai, dll), sudah berlaku: ia sudah ~ hidup susah sebelum menjadi kaya; belum (tidak) ~ belum sekalipun (berlaku, kedengaran, mengalami, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penstrataan | proses pembentukan tanah atau batuan yg bersusun lapis: beberapa muara tertentu akan mengalami percampuran sekata manakala pd masa-masa lain pula akan mengalami ~ atau menjadi berlapis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susah | 1 rasa tidak puas hati kerana mengalami kesulitan dll; rasa tidak senang: Jika anakanda ~ tinggal di bandar, pulanglah ke kampung. ~ hati tidak senang hati; sedih; dukacita. 2 tidak mudah melakukannya (mendapatkannya; mencarinya dll); sukar; sulit: Latihan yg dijalani itu amat ~ dan berat. ~ payah berbagai-bagai kesulitan atau kesukaran. 3 serba kekurangan; miskin; papa: Kita hendaklah menolong orang-orang yg ~. bersusah melakukan sesuatu dgn susah payah; berpenat lelah mengerjakan sesuatu: Tak usahlah kamu ~ menolong kami. ~ hati berasa susah hati; berdukacita. menyusahkan 1 menyebabkan menjadi susah; menyukarkan; menyulitkan: Aku lebih suka hidup sendiri kerana aku tidak mahu ~ kedua-dua ibu bapaku lagi. 2 menyebabkan berasa susah hati; mendukacitakan; menyedihkan: Jika ada sesuatu yg ~ adinda, ceritakanlah kpd kakanda. kesusahan 1 keadaan susah; sesuatu yg susah; kesukaran; kesulitan: Sesiapa yg mengembara ke sana akan mengalami berbagai-bagai ~ dan bahaya. 2 menanggung atau menderita susah: Dlm musim kemarau yg berpanjangan, ramai yg ~ dlm mengharung hidup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
suffer | 2. experience (st unpleasant) mengalami: the team ~ed their first defeat today, pasukan itu mengalami kekalahan pertama mereka hari ini; he is likely to ~ the same fate as his father, dia mungkin mengalami nasib yg sama spt bapanya; he ~ed the consequences of being stubborn, dia mengalami padah sebab berdegil; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
experience | vt 1. undergo, mengalami: the country has ~d great changes recently, negara itu telah mengalami perubahan-perubahan besar kebelakangan ini; 2. feel, merasai, mengalami: to ~ pleasure, merasai nikmat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
unhurt | adj tanpa mengalami kecederaan: two of the passengers escaped ~ , dua drpd penumpang itu terselamat tanpa mengalami kecederaan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
know | 7. have experience of, mengalami, merasai, mengenal: to ~ poverty at an early age, mengalami kemiskinan semasa kecil lagi; ~ no /fear, sympathy, etc/, tdk /tahu, kenal/ /takut, simpati, dll/; 8. have memorized, ha | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
go | e. experience st, mengalami sst: as a child he went through many difficulties, semasa kecil dia mengalami banyak kesusahan; f. spend or consume st, menghabiskan sst: he went through his allowance in just a few days, dia telah menghabiskan elaunnya dlm beberapa hari saja; g. pass st, melalui sst: the bill has to ~ through several stages, rang undang-undang itu mestilah melalui beberapa peringkat; h. perform st, menjalani sst: | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hard-hit | adj mengalami keadaan /teruk, parah/; (mentally, emotionally) fikiran [sso] sangat terganggu: the construction business was ~ by inflation, perniagaan binaan mengalami keadaan teruk krn inflasi; he was ~ by the death of his daughter, fikirannya terganggu krn kematian anak perempuannya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
sustain | 4. undergo (injury, loss, etc) suffer, mengalami, menderita: here the army ~ed its first defeat, di sini askar itu mengalami kekalahan pertama; the driver ~ed third degree burns, pemandu itu menderita akibat kebakaran yg sangat teruk; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
unharmed | adj 1. not hurt, tdk mengalami kecederaan: the driver escaped ~ in the accident, pemandu itu terselamat dan tdk mengalami kecederaan dlm kemalangan itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
see 1 | 15. experience, mengalami: for all his youth, the boy has ~n much of the world and its ways, walaupun masih muda, budak itu telah banyak mengalami asam garam hidup; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
sample | 2. try out a place or activity, mengalami: once youve ~d the Malaysian way of life, you wont want to live anywhere else, sekali anda mengalami cara kehidupan orang Malaysia anda tdk mahu tinggal di mana-mana lagi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
Solomon four-group design | reka bentuk Solomon four group | Pendidikan | Tiada | Reka bentuk kajian yang melibatkan penentuan secara rawak ke atas subjek kepada setiap empat kumpulan, dua kumpulan mengalami praujian, manakala dua kumpulan lagi tidak mengalami praujian. Salah satu kumpulan yang mengalami praujian dan satu kumpulan yang tidak mengalami praujian akan menerima rawatan eksperimen. Kesemua empat kumpulan akan mengalami pascaujian. |
reverse case hardening | kering dalam | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Keadaan kayu yang mengalami tegasan peringkat akhir pengeringan apabila gentian di permukaannya mengalami tegasan tegangan, dan gentian di bahagian dalam kayu mengalami tegasan mampatan. Keadaan ini berlaku akibat proses penyesuaian yang terlalu lama. |
ametabola | ametabola | Biologi | Ekologi | Serangga yang mengalami sedikit metamorfosis atau tidak mengalami mentamorfosis langsung. Apabila anak menetas daripada telus, anak itu menyerupai induknya, dan hanya sedikit perubahan bentuk sahaja yang berlaku semasa setiap instar. Serangga jenis ini biasanya tidak bersayap, dan dikenali juga sebagai Apterygota. |
preconditioning | prapenyesuaian | Veterinar | Tiada | Proses pengurusan ternakan supaya tidak mengalami tekanan apabila dipisahkan atau diangkut ke tempat lain. Proses ini merangkumi kaedah penjagaan yang rapi, amalan pemberian makanan yang berkesan, program keimunan dan juga rawatan untuk menghindari parasit. Selain mengalami tekanan, ternakan juga biasanya mengalami keadaan keletihan dan kurang daya tahan penyakit. Bagi mengatasi keadaan ini, bahan antitekanan seperti vitamin B kompleks dan vitamin C diberikan kepada ternakan dengan cara menambahkannya ke dalam makanan, minuman atau disuntik. Bahan ini juga boleh meningkatkan selera makan dan digunakan sebagai nutrien kepada ternakan. |
bone-marrow toxicity | toksisiti sumsum tulang | Perubatan | Farmakologi | Keadaan apabila sumsum tulang yang mengalami kesan keracunan akibat daripada ubat atau bahan kimia. Sumsum tersebut akan mengalami hipoplasia atau aplasia sama ada secara kekal atau sementara. Keracunan ini menyebabkan berkurangnya penghasilan sel darah putih, sel darah merah dan platelet. Antara gejalanya ialah pucat, mudah mendapat jangkitan dan mudah mengalami perdarahan. Rawatan keracunan ini termasuklah menghindari agen penyebab, penggantian sel darah merah dan platelet, dan rawatan sokongan yang lain. Kesan keracunan kekal boleh menyebabkan kematian. Contoh penyebab toksisiti sumsum tulang ialah ubat Chloramphenicol dan racun serangga. |
lateral instability | ketakstabilan sisi | Kejuruteraan | Tiada | Keadaan apabila pesawat udara mengalami ayunan yang terus bertambah selepas mengalami gangguan oleng. |
high range sealant | pengedap julat tinggi | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Pengedap yang berupaya mengalami satu tahap pemanjangan tanpa mengalami kepecahan. |
amensalism | amensalisme | Biologi | Ekologi | Hubungan simbiosis apabila satu individu mengalami kerugian manakala yang satu lagi tidak mendapat kesan apa-apa. Organisma yang mengalami kerugian dinamai amensal. |
angular spreading factor | faktor perebakan sudut | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Nisbah tenaga ombak yang mengalami perebakan sudut terhadap tenaga ombak tersebut jika ia tidak mengalami perebakan sudut. |
technical correction | pembetulan teknikal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Situasi harga sekuriti, komoditi atau opsyen mengalami kejatuhan atau kenaikan kerana telah dianggap terlalu tinggi atau rendah selepas mengalami kenaikan atau penurunan iaitu yang aman relevan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
mengalami | merasa [mrasa] | Melanau Dalat | |
pekiram | mengalami | TETAW | |
alam II | mengalami ngalamik; | kedayan | |
langou | magang; 1 sudah terlalu masak, tetapi masih melekat pd batangnya atau dahannya (bkn buah petai dll): buak petah wak ngak ~ buah petai yg sudah magang; 2 hampir masam krn mengalami perubahan kimia (bkn nira dll); ngak ~ nyam tuweak itou sudah magang rasany | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb dalam litar arus ulang-alik dikenali sebagai komponen bertenaga atau komponen aktif. (KEJ) active force (daya tindakan) Daya luar yang bertindak pada jasad dan berkebolehan melakukan kerja apa- bila jasad mengalami sesaran. (FIZ) active star (bintang aktif) Topologi rangkaian perhubungan data yang mempunyai tatasambung yang terdiri daripada nod luar yang bersambung pada nod pusat dalam bentuk bin- tang, dengan nod pusat di dalam esidium. (BIO) aedeagal apodeme (apodem aedeagus) Apodem pada aedeagus. (BIO) aemetoecious (ametoesius) Lihat autoecious. (BIO) aeolean tones (nada aeolin) Nada muzik yang dihasilkan oleh tali yang teregang apabila mengalami tin- dakan vorteks alur udara. (FIZ) aeration number (bilangan pengudaraan) Parameter yang digunakan untuk melihat kesan pengudaraan ke atas peng- gunaan kuasa dalam sistem teraduk. Bilangan pengudaraan ditakrifkan se- bagai
|
Kamus Thai 2.indb น sejarah ประวิง [prawi] ก melambatkan: ฝนตก หนักประวิงการเดินทางของฉันไปยังเกาะลังกาวี Hujan lebat melambatkan perjalanan saya ke Pulau Langkawi. ประเวณี [prawe:ni:] น persetubuhan ประสงค ์ [praso] ก ingin, mahu ประสบ [prasop] ก mengalami: บริษัทนั้ นประสบกับการขาดทุนมาก Syarikat itu mengalami kerugian besar. ประสบการณ ์ [-ka:n] น pengalaman ประสม [prasom] ดู ผสม ประพ ั นธ ์ ประสม Kamus Thai 2.indb 236 4/15/2008 11:09:22 AM ป
|
Kamus Thai 2.indb sangat marah: พ ่ อของวิช ั ยเดือดดาลเมื่ อรู ้ ว ่ าวิช ั ยหนีเรียน Bapa Wichai sangat marah apabila mengetahui anaknya ponteng seko lah. เดือดร ้ อน [-r:n] ก mengalami ke- susahan: ชาวบ ้ านน ้ ำเค็มเดือดร ้ อนหล ั งจาก ประสบภ ั ยส ึ นามิ Penduduk Kampung Nam Khem mengalami kesusahan setelah dilanda tsunami. เดือน [dan] น bulan เดือนเพ็ญ [-pen] น bulan purnama เดือนหงาย [-a:y] น bulan terang เดือย [day] น susuh, taji แด ่ [dε:] บ kepada |
Kamus Thai 2.indb ykr:] น puisi ร ้ อยแก ้ ว [r:ykε:w] น prosa ร ่ อแร ่ [r:rε:] ว teruk: ชูวิทย ์ อาการร ่ อแร ่ เพราะถูกรถชน Chuwit mengalami cedera teruk kerana dilanggar kereta. ระกา [raka:] น tahun ayam ระกำ 1 [rakam] น kelubi ระกำ 2 [rakam] ว sengsara, mende rita: หลังจากสามีของอามีนะห ์ เสียชีวิตไปชีวิต ของเธอก็ระกำลำบากมาก Setelah suaminya meninggal, hidup Kamus Thai - Melayu menunjukkan kemajuan lebih dari- pada 90 peratus. รุน [run] ดู เข็น รุนแรง [runrε:] ว teruk: ภาคใต ้ ของประเทศ ไทยประสบอุทกภัยอย ่ างรุนแรง Bahagian se- latan negara Thai mengalami bencana banjir yang teruk. รุ ่ น [run] น generasi รุ ่ นราวคราวเดียวกัน [-ra:wkra:w- diawkan] ว sebaya: คุณครูนาเซร ์ รุ ่ นราวคราว เดียวกันกับพ ่ อฉัน Cikgu Nasir sebaya
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
mengalami | [me.nga.la.mi] | مڠالمي |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
mutan | mutant | Individu yang mengalami mutasi. | Menengah Atas |
berat ketara | apparent weight | Ukuran berat yang mengalami kehilangan berat apabila berada di dalam cecair. | Menengah Atas |
pemuliharaan | conservation | Usaha untuk memulihkan sumber alam yang hampir mengalami kepupusan. | Menengah Atas |
kaca fotokromik | photochromic glass | Kaca yang berubah warna apabila mengalami perubahan jumlah cahaya yang melaluinya. | Menengah Atas |
getah tervulkan | vulcanized rubber | Molekul getah asli yang telah mengalami proses pembentukan rangkai silang atom sulfur untuk memperbaiki sifatnya. | Menengah Atas |
anoreksia nervosa | anorexia nervosa | Penyakit psikologi yang menyebabkan seseorang mengalami kebimbangan yang keterlaluan terhadap peningkatan berat badan. | Menengah Atas |
nimfa | nymph | Serangga bersaiz kecil yang menyerupai bentuk seperti serangga dewasa dan mengalami perubahan dalam kitaran hidup yang belum lengkap. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
haba pendam | latent heat | Haba yang diserap atau dibebaskan apabila sesuatu bahan mengalami perubahan keadaan jirim. | Menengah Atas |
demam campak | measles | Penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus. Demam campak menyebabkan pesakit mengalami demam yang teruk, sakit tekak dan ruam merah di seluruh badan. | Sekolah Rendah |
pereputan | decomposition | Proses pemusnahan sesuatu organisma sehingga hancur secara semula jadi. Contohnya, sisa tumbuhan mengalami pereputan sehingga menjadi baja kompos. | Sekolah Rendah |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
terbitan | derivative | Perubahan sesuatu fungsi apabila inputnya mengalami perubahan. Contohnya, jika f(x) = x4, maka f (x) = 4x³. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalami |
|
|