PeribahasaKena-kena seperti santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala.TakrifSuatu perbuatan (perkataan) itu kalau bersalahan tafsirannya, jadi melarat; jika benar, jadi kebajikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur, makin dalam ia terbenam.TakrifJika tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak kena tepuk dengan tarinya.TakrifLain yang ditanya lain yang dijawab.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti permata baik tak kena ikatannya.TakrifPerempuan terpelajar bersuamikan lelaki yang rendah budi pekertinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpan habis, ikan tak kena (= dapat).TakrifUsaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebesar-besar bumi ditampar tak kena.TakrifPerkara yang nampaknya saja mudah, tetapi sukar menyelesaikannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUmpan habis pancing putus, punca terlepas daripada tangan.TakrifUsaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Umpan habis, ikan tak kena [= dapat]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudu-sudu di tepi jalan (dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya).TakrifOrang yang cerdik atau pendekar yang tak dapat dikalahkan. sudu-sudu = tumbuhan sebangsa lidah buaya; rabas = air hujan yang ada pada daunnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKe hulu kena bubu, ke hilir kena tengkalak.TakrifTak dapat terhindar daripada bahaya. tengkalak = lukah yang panjang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak ada pendekar yang tak bulus, tak ada juara yang tak kalah.TakrifMeskipun pandai ada kalanya salah (keliru) juga. bulus = kena.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kena (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,
2. Dalam konteks sasaran bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,
3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang
4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,
5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,
6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,
7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,
| Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena, |
|
Puisi |
---|
|
Tahan bubu di Sungai Dungun, Seekor ikan haram tak kena; Mengapa adik duduk termenung, Di manakah tempat abang tak kena.
Lihat selanjutnya... |
|