Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tanam mari tengah hari, Mana didapati ada tak kena; Saya menyusun sepuluh jari, Jangan diumpat mana tak kena.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tahan bubu di Sungai Dungun, Seekor ikan haram tak kena; Mengapa adik duduk termenung, Di manakah tempat abang tak kena.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ada satu nama si Putung, Duduk di surau berbaju kurung; Taruh umpan salah gantung, Tak kena ikan kena jerung.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak Keling anak Cina, Ketiga dengan anak Melayu; Jangan belayar angin tak kena, Takut karam tenggelam lalu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Membeli songket di kampung Cina, Kadung berisi buah berangan; Tahan racik burung tak kena, Burung biasa makan di tangan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ada satu Mamak Pelikat, Lima tahun balik negeri; Bubu kuhimpit lagi kuikat, Kalau tak kena kupasang lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kututuh mari sebatang pisang, Habis menimba selara padi; Kutembak dengan peluru petunang, Naga tak kena ular tak mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tiga petak tiga penjuru, Anak haruan di Padang Cina; Habis dah ubat habis dah peluru, Barang tembak sedikit pun tak kena.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang Cina juga Melayu, Juga Jepun tak jadi bertanam; Apa kena bungaku layu, Bunga ditunggu salah ditanam.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tanam limau di tanah liat, Buah manggis dalam perahu; Belang harimau kalau dilihat, Kena badi saya tak tahu.
Tesaurus
 
kena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,

2. Dalam konteks sasaran
bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,

3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang

4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,

5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,

6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,

7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,

Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena,

Puisi
 

Tahan bubu di Sungai Dungun,
     Seekor ikan haram tak kena;
Mengapa adik duduk termenung,
     Di manakah tempat abang tak kena.



Lihat selanjutnya...