Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ada satu aduan untuk dibuat kepada pihak yang bertanggungjawab menguruskan laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Apabila saya cuba melakukan carian kata bagi kata dwi- (awalan asing), saya mendapati hasil carian berbeza dengan sepatutnya. Sepatutnya, ejaan dwibahasa, dwipihak, dwimingguan, dwiguna dieja tanpa tanda sempang, namun hasil carian pada pautan yang disediakan menunjukkan sebaliknya, mohon pihak yang menyelia laman web PRPM membetulkan kesilapan ini. Rujuk: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dwi Terima kasih. | Terima kasih atas makluman tuan. Dalam Kamus Pelajar kata terbitan dengan awalan dwi- dieja dengan betul. Berkemungkin berlaku kesilapan dalam proses pemindahan data daripada salinan keras ke laman maya. | Ejaan | 28.07.2015 |
Sepatutnya sesuaikah perkataan cuba kita renung sejenak digunakan dalam karangan? Apakah maksud cuba kita renung sejenak? | Frasa tersebut sesuai digunakan. | Lain-lain | 27.12.2019 |
Bagaimana sepatutnya ditulis masa/jam dengan betul.1 titik atau titik bertindih. | Cara penulisan masa yang betul ialah menggunakan titik. Contohnya, 6.00 petang. | Lain-lain | 29.03.2025 |
Bagaimanakah sepatutnya menggunakan ungkapan kata/ucapan aluan. Yang mana satukah daripada empat (4) contoh yang diberikan di bawah ini adalah betul? 1. Kata-kata aluan 2. Kata alu-aluan 3. Ucapan aluan 4. Ucapan alu-aluan | Ungkapan kata yang betul ialah 2. Kata alu-aluan dan 4. Ucapan alu-aluan. | Tatabahasa | 06.12.2007 |
hubungkait:sepatutnya hubung kait ke (2 patah perkataan)rekabentuk : reka bentuk tanggungjawab: tanggung-jawab? betul ke | Ejaan yang betul:1. hubung kait 2. reka bentuk 3. tanggungjawab | Ejaan | 22.11.2002 |
Nak tanya, sepatutnya kita guna "berpuluh kali" ke atau "berpuluh-puluh kali" untuk menggantikan huruf X pada ayat berikut: "Sudah X mak pesan simpanlah duit lebih sedikit dalam bank, takut nanti ada kecemasan boleh guna juga duit simpanan ini." | Sudah berpuluh-puluh kali mak pesan simpanlah duit lebih sedikit dalam bank, takut nanti ada kecemasan boleh guna juga duit simpanan ini." | Tatabahasa | 05.10.2022 |
Prime minister sepatutnya menteri perdana. Ikut hukum DM. Mengapa gunakan Perdana Menteri? Menteri pendidikan - education minister. | Pembentukan istilah Perdana Menteri ialah kekecualian bagi Hukum D-M, iaitu penerang (Perdana) mendahului inti (Menteri). | Istilah | 15.04.2022 |
Perkataan yang sepatutnya samada mewar-warkan atau menguar-uarkan. Contoh ayat "Satu sidang akhbar akan diadakan pada 1/2/2016 untuk menguarkan-uarkan perkara tersebut" | Jawapan yang tepat ialah 1. menguar-uarkan. | Istilah | 16.02.2016 |
Adakah (meminta) sepatutnya menggunakan kata sendi (daripada)? Contohnya: meminta sedekah daripada seseorang ,meminta kebenaran daripada ibu dsb Jadi, meminta maaf (daripada/ kepada)? Merujuk kepada lampiran fail ,kamus dbp ada menggunakan meminta maaf kepadanya. | Frasa yang betul ialah "meminta sedekah/maaf daripada". | Tatabahasa | 30.07.2014 |
perkataan mana sepatutnya, sama ada 'dipelbagai daerah' atau 'di pelabagai daerah'? | Ejaan yang betul ialah "di pelbagai daerah" | Ejaan | 25.04.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| patut (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan layak: sesuai, padan, wajar, cocok, laik, labut, gegadan,
2. Bersinonim dengan mesti: wajib, tidak boleh tidak, memang, tentu, harus, wajar, hendaklah, pasti, nescaya,
perlu, fardu, cengki, cengli, sembada,
3. Bersinonim dengan mustahak: penting, perlu, pantas,
| Kata Terbitan : sepatutnya, berpatutan, |
|
Peribahasa |
---|
| 65 Make bricks without straw Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya. Seperti hendak menepung tiada berberas We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|