Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya sayang akan nenek. Saya sayang kepada nenek. Saya sayang pada nenek. Antara ketiga-tiga ayat di atas yang mana betul | Yang betul ialah saya sayang akan nenek atau saya sayangkan nenek. | Tatabahasa | 12.10.2009 |
sayang akan negara atau sayang pada negara? akan dan pada kedua-dua ini merupakan kata sendi nama, sepatutnya boleh guna kan??? | Frasa yang betul ialah “sayang akan negara”. Rujuk halaman 282, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
| Tatabahasa | 18.10.2024 |
salam sejahtera. Saya ingin bertanya adakah ayat ini betul atau sebaliknya. i) Kami sangat sayang akan sekolah kami. ii) Kami sangat sayang sekolah ini. | Ayat yang betul : Kami sangat sayang akan sekolah kami atau Kami sangat menyangi sekolah kami. | Tatabahasa | 04.07.2008 |
Ayat berikut yang mana lebih sesuai digunakkan? (a) Halim dan Ani sayang kepada ibu bapa mereka. (b) Halim dan Ani sayang akan ibu bapa mereka. Jika dua ayat di atas betul, apakah perbezaan 'sayang kepada' dan 'sayang akan'? Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih. | Kedua-dua ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun untuk menggambarkan unsur emotif kata 'akan' lebih sesuai digunakan seperti ... sayang akan ibu bapanya. | Tatabahasa | 10.02.2012 |
Tuan, Saya ada kemusykilan tentang penggunaan perkataan kepada dan akan. Saya sayang akan ibu dan Saya sayang kepada ibu. Perkataan mana lebih sesuai, akan atau kepada dan mengapa? | Saya sayang akan ibu saya. Ayat ini lebih sesuai kerana kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. | Tatabahasa | 06.02.2009 |
Selamat sejahtera. Saya memohon jasa baik pihak tuan untuk memberi penerangan terhadap kesalahan tatatabahasa dalam ayat-ayat berikut: 1. Buku itu ada pada saya. atau 1. Buku itu ada dengan saya. 2. Ibu saya suri rumah tangga. Dia sayang akan saya. atau 2. Ibu saya suri rumah tangga. Beliau sayang akan saya. Sekian, terima kasih. | Selamat sejahtera, Ayat yang betul: 1. Buku itu ada pada saya - Kata sendi nama "pada" digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu, 2. Ibu saya suri rumah tangga. Beliau sayang akan saya - Beliau merupakan ganti diri ketiga (untuk orang tua atau orang yangg dihormati) | Lain-lain | 13.09.2015 |
tuan, adakah ayat berikut salah? Ibu bapanya sangat sayang akan dia tetapi dia macam mana pula? | Frasa "macam mana" lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Dalam situasi rasmi kata tanya "bagaimana" yang digunakan. | Tatabahasa | 16.09.2011 |
salam sejahtera, mana satu ayat yang betul? 1. Setiap murid perlu sayang akan sekolah mereka. 2. Kita haruslah saling hormat-menghormati jiran tetangga. | Ayat 1 betul manakala ayat 2 tidak betul kerana "hormat-menghormati" ialah perbuatan bersalingan, maka tidak perlu lagi perkataan saling. | Tatabahasa | 08.09.2015 |
Kepada yang arif, Pertanyaan saya ialah: Bolehkah "tuanku" dirujukkan sebagai "tuan aku"? Aku sebatang pen, tuanku sayang akan aku. Betulkah penggunaan tuanku dalam ayat ini? Jika tuanku digunakan sebagai gelaran kepada raja, perlukah ditulis dengan huruf besar "Tuanku"? Terima kasih Yang benar, Lau | Perkataan tuanku boleh bermaksud tuan aku atau dipendekkan menjadi tuanku (tuan + ku). Tuanku dalam percakapan rakyat/hamba dengan raja ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 03.04.2012 |
kami semua hormat dan sayang akan Cikgu Lim atau kami semua menghormati dan menyayangi akan Cikgu Lim? | Kedua-dua frasa tersebut betul. | Tatabahasa | 09.05.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| sayang | 1. Bersinonim dengan kasih ( cinta, rindu, asyik, mahsyuk, berahi, ) (adjektif:) Berantonim dengan berahi
2. Bersinonim dengan suka ( gemar, minat, ghalit, ) (adjektif:) Berantonim dengan benci
3. Bersinonim dengan kasihan ( simpati, belas, timbang rasa, ) (kata nama:)
4. Bersinonim dengan kekasih ( jantung hati, buah hati, ) (kata nama:)
5. Dalam konteks rugi bersinonim dengan kesal, hampa, kecewa, terkilan, (adjektif:)
| Kata Terbitan : bersayangan, bersayang-sayangan, menyayangi, kesayangan, penyayang, |
|
Puisi |
---|
|
Belayar dari Mengurung, Patah tiang layang-layangan; Sudah mendapat bunga tempisung, Akan dibuang sayang-sayangan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 147 You'll be damned if you do and damned if you don't Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. Bak membelah kepayang muda: makan mabuk, dicampak sayang The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana bak membelah kepayang muda: makan mabuk, dicampak sayang . Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|