Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
sakit hati ataupun hati sakit bagi orang yang tersentuh | Yang betulnya ialah sakit hati. | Tatabahasa | 18.07.2010 |
Apakah perbezaan makna antara perkataan "menyakiti" dengan menyakitkan" Kedua-duanya nampak sama saja. Terima kasih. | Menyakiti bermaksud menyebabkan orang berasa sakit atau menjadikan sakit seperti dalam contoh ayat: Sebenarnya polis tidak boleh menyakiti orang-orang tahanan, Kata-katanya menyakiti hatiku. Manakala menyakitkan bermaksud menimbulkan rasa sakit atau mendatangkan sakit, contohnya: Hulu kikir yang bujur akan menyakitkan tangan ketika menggunakannya. Berdasarkan contoh ayat yang diberi, menyakiti - akibatnya kena pada seseorang, manakala menyakitkan - akibatnya kena pada sesuatu/benda. | Tatabahasa | 29.11.2010 |
Adakah penggunaan kata penguat berikut betul: 1. Aduh, terlalu amat sakit perut saya ini! 2. Aduh, benar sungguh sakit perut saya ini! | 1. Aduh, terlalu sakit perut ini! atau Aduh, amat sakit perut ini. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
tuan menghidapi sakit lutut atau menghidapi sakit lutut? tq | Kata terbitan yang betul ialah menghidap (tidak ada kata mengidap). | Tatabahasa | 18.09.2011 |
Setelah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 245, didapati tiada tatabahasa yang mengatakan "amat sangat sakit" adalah gramatis. Jika tatabahasa ini diterima, maka "sangat amat sedih" atau "amat sungguh sedih" pun menjadi gramatis. Sila berikan penerangan yang jelas. Kenapa tatabahasa "(sangat/amat/sungguh) + adjektif + nian" digugurkan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Adakah tatabahasa tersebut tidak gramatis lagi? | Merujuk halaman 245, buku Tatabahasa Dewan, pola yang ada ialah (v) ter- + {amat/sangat} + kata adjektif dan (vi) {amat/sungguh/sangat} + kata adjektif sekali. Oleh itu, berdasarkan pola tersebut contoh yang saudara beri "amat sangat sakit" tidak gramatis kerana bentuk yang betul teramat sakit atau tersangat sakit (pola v) dan amat sakit sekali atau sungguh sakit sekali atau sangat sakit sekali (pola vi). Sebarang persoalan tentang kandungan buku Tatabahasa Dewan saya cadangkan saudara berhubung terus dengan editor yang terlibat. | Tatabahasa | 27.08.2009 |
1. Adik jatuh sakit ,kerana keracunan makanan. / Adik jatuh sakit kerana keracunan makanan. 2. Abang menonton televisyen ,sambil meminum air. / Abang menonton televisyen sambil meminum air. 3. Siti mengetuk pintu ,lalu memasuki kelas. / Siti mengetuk pintu lalu memasuki kelas. | Ayat/tanda baca yang betul; 1. Adik jatuh sakit kerana keracunan makanan. 2. Abang menonton televisyen sambil meminum air. 3. Siti mengetuk pintu lalu memasuki kelas. | Tatabahasa | 15.03.2010 |
hanya keimanan dapat mengikis penyakit sakit hati dalam kalangan manusia. ( mengapakah ayat ini salah dalam penggunaan penyakit? TK) | Berdasarkan konteks ayat, frasa sakit hati merupakan suatu perasaan bukan penyakit hati. Ayat yang betul ialah "Hanya keimanan dapat mengikis perasaan sakit hati dalam kalangan manusia." | Tatabahasa | 11.08.2013 |
Ramai wartawan atau pengguna bahasa Melayu sudah terbiasa dengan penggunaan perkataan TERLANTAR yang acap digunakan untuk merujuk kepada orang yang sakit. Contoh ayat : 1. Datin Orkid Abdullah kini TERLANTAR sakit ketumbuhan. 2. Ibu Halimah TERLANTAR sakit di hospital. Jika dilihat dari konteks makna, maksud perkataan TERLANTAR ialah terbiar tanpa penjagaan dalam tempoh yang lama. | Antara maksud terlantar termasuklah dalam keadaan yang tidak dijaga atau dipelihara, tetapi saudara juga perlu merujuk makna terlantar yang pertama, iaitu terletak atau terbaring (di). Berdasrkan makna yang tersebut penggunaan kata terlantar adalah betul tetapi ayat itu perlu diperbetulkan menjadi "Datin Orkid Abdullah kini terlantar di rumahnya kerana sakit ketumbuhan". | Tatabahasa | 02.05.2011 |
adakah "giginya sakit" merupakan objek kata kerja transitif? apakah yang dimaksudkan dengan objek kata kerja transitif? | Untuk makluman tuan, objek yang terdiri daripada kata nama hadir selepas kata kerja aktif transitif untuk melengkapkan maksudnya. contohnya, Murid-murid sedang membersihkan kawasan sekolah, "membersihkan" ialah kata kerja aktif transitif dan frasa nama "kawasan sekolah" yang hadir selepasnya ialah objek bagi kata kerja tersebut. | Tatabahasa | 01.04.2013 |
Apakah maksudl: Sakit pandan tak tahukan duri, Sakit badan tak tahukan diri. | Saudara, Maksudnya ialah orang yang tidak tahu akan dirinya sendiri. | Lain-lain | 24.11.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| sakit (adjektif) | 1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah, Berantonim dengan sihat
2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa, Berantonim dengan selesa
3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit, Berantonim dengan bahagia
| Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit, |
|
Puisi |
---|
|
Sakit barah sakitnya bisul, Sakit mari menghujung jari; Kami bertanya kepada usul, Untuk siapa cincin di jari?
Lihat selanjutnya... |
|