Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
makna kepuasan hati | Menurut Kamus Dewan maksud berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll); memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; Sdr juga boleh mendapatkan kemudahan menggunakan Kamus Dewan secara digital dengan melayari laman DBP. | Lain-lain | 04.03.2008 |
"Ngobrol Sampe Puas" Panggilan Termurah ke Indonesia dengan Kartu "WOW" | Sila gunakan bahasa Melayu yang betul untuk paparan iklan di Malaysia. Jika hendak menggunakan bahasa-bahasa lain, perlu ada padanan dalam bahasa Melayu dan diletakkan di bahagian atas dengan saiz yang lebih besar. Untuk pengesahan iklan klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 14.12.2012 |
apa kesalahan dalam ayat di bawah: 1. Tandas itu mereka rosakkan kerana tidak puas hati terhadap penjaja kedai itu. | Ayat yang betul ialah : Tandas itu dirosakkan oleh mereka kerana tidak puas hati terhadap penjaja kedai itu. Ayat ini merupakan bentuk ayat pasif diri ketiga. | Tatabahasa | 11.04.2008 |
maksud keluguan dan segmentasi | Lugu bermaksud berasa senang, puas, kenyang. Kata terbitan keluguan tidak ada contoh dalam Kamus Dewan walau bagaimanapun maksudnya sama seperti makna kata asalnya. Manakala segmentasi tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah perkataan segmen bermaksud 1. bahagian (dari sesuatu), penggal; 2. (istilah Biologi) bahagian dari binatang yang beruas-ruas (seperti cacing, serangga, dll), dan padanan segmentation dalam bahasa Melayu ialah pensegmenan. | Makna | 12.09.2009 |
Salam. Merujuk kembali persoalan tentatif program dan program tentatif. Saya masih kurang puas hati terhadap jawapan yang diberikan. Jika dilihat maksud tentatif dalam Kamus Dewan ia bermaksud tidak muktamad atau buat sementara waktu. Jadi kalau frasa tentatif program adalah betul ia bermaksud tidak muktamad program atau buat sementara waktu program, bukan program tidak muktamad atau program buat sementara waktu. Dalam Kamus Dewan pun memberi contoh langkah tentatif dan bukannya tentatif langkah. Harap dapat penjelasan daripada pihak DBP kerana saya masih keliru. Terima kasih. | Program tentatif ialah program yang belum muktamad. Harap mkalum | Tatabahasa | 30.06.2008 |
assalamualaikum bagaimana saya bole dapatkan artikel surat khabar dan majalah yang terdapat dalam laman web dbp?puas mencari tapi tak jumpa. sbb saya pernah terjumpa tetapi dah lupa. tq | Sila klik pada ruangan DBP Dalam Media untuk mendapatkan artikel surat khabar berkaitan DBP. | Lain-lain | 04.08.2007 |
Saya ingin merujuk semula pertanyaan berkaitan dengan penjodoh bilangan bagai "kerang". Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Saya puas hati dengan jawapan yang diberikan. Tetapi saya masih ingin memndapat kepastian lagi, misalnya ada 2 kerang terjatuh atas lantai. Saya akan mengutip "kerang" itu. Jadi apakah penjodoh bilangan yang akan saya kenakan kepada dua.....kerang itu? Terima kasih tuan. | Dalam konteks ini, saudara boleh gunakan penjodoh bilangan ekor kerana kerang merupakan sejenis haiwan. | Lain-lain | 09.07.2009 |
Saya mengkaji buku Cakra Waruga dan hampir selesai proses penulisan esei. Namun, saya terlepas pandang untuk mencari defini sebenar "Cakra Waruga". Boleh dikatakan puas saya mencari maknanya. Definisi "Cakra" yang saya perolehi ialah aliran tenaga dalaman manusia, manakala Waruga pula merupakan gabungan wale dan maruga yang beerti rumah dan badan yang hancur. Setelah membaca karya ini, saya sukar untuk mengaitkan tajuk buku ini dengan masej yang ingin disampaikan oleh pengarang. Namun, saya berpendapat. definisi cakra waruga ialah keupayaan atau kekuatan manusia akan hilang apabila jasadnya telah hancur(mati), menunjukkan pengarang ingin menonjolkan kekuasaan tuhan dalam menentukan setiap perkara dalam kehidupan manusia. Itulah yang saya dapat kaitkan dengan definisi cakra dan waruga dengan berlandaskan pemahaman saya melalui bacaan novel ini. Adakah benar pendapat ini, atau ada pengertian yang lebih jelas mengenai hal ini? | Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maksud bagi perkataan cakra waruga ataupun cakra/waruga, berkemungkinan penulisnya ada maksud tersendiri yang hendak disampaikan melalui karyanya yang tersebut. Hal ini hanya dapat dipastikan melalui penelitian atau kajian terhadap teks tersebut. | Lain-lain | 16.10.2010 |
Assalamualaikum...saya nak tahu apa bezanya perkataan MENGELAK dan MENGGELAK? tolong sertakan sekali contoh ayat | Mengelak bermakna menjauhkan diri daripada kena pukulan; hindar, menyisi; ataupun menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu. Contoh ayat : Setelah puas ia 'mengelak', tibalah gilirannya pula untuk menyerang lawannya. Ejaan kata 'menggelak' dalam konteks ini adalah salah. | Makna | 25.02.2008 |
Adakah perkataan 'berkenan' sesuai digunakan dalam ayat di bawah? Sewaktu kita dalam keadaan panas baran, kita tidak akan berkenan dengan pujukan daripada sesiapa pun. | Berkenan bermaksud bersetuju di hati atau berasa gembira (puas hati atau senang hati) tetapi tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Pujukan lazimnya dikaitkan dengan terpengaruh ataupun termakan pujuk bukan berkenan atau bersetuju dengan pujukan. Panas baran juga ialah sifat dan bukan keadaan. | Tatabahasa | 25.08.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| puas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan senang hati: lega, selesa, bahagia, sejahtera, seronok, tenang, tenteram, kenyang, cukup, pada, jelira,
marem,
2. Bersinonim dengan jemu: bosan, jelak, jenuh, cemus, muak, lugu, majal, pasai,
| Kata Terbitan : berpuas hati, memuaskan, kepuasan, |
|
Puisi |
---|
|
Hendak memakan buah cermai, Makan bersama jambu susu; Puas ombak melanda pantai, Mengapa pantai tak ambil tahu?
Lihat selanjutnya... |
|