Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Anak-anak Pak Ali pandai-pandai belaka. Anak Pak Ali pandai-pandai belaka. Anak-anak Pak Ali pandai belaka. Ayat manakah yang betul dalam penggunaan kata ganda? Sila jelaskan. Terima Kasih, tuan | Anak-anak Pak Ali pandai belaka, gandaan sebagai penanda jamak iaitu menandakan jumlah yang banyak. | Tatabahasa | 27.06.2008 |
Maksud Pandai Soalan saya ialah: Bolehkah perkataan pandai digunakan dalam kontek kemahiran seseorang dal bidang pertukangan. contohnya pandai kayu | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pandai boleh digunakan untuk merujuk makna ahli. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Istilah | 02.01.2009 |
1. Cikgu menyentuh tentang masalah disiplin murid. ( tentang diperlukan atau tidak?) 2. Bapa mengambil berat tentang pelajaran kami. ( tentang diperlukan atau tidak?) 2. Dia juga pandai/Dia pandai juga. | Ayat (1) dan (2) boleh menggunakan 'tentang' yang bermaksud mengenai atau berkaitan dengan. Manakala ayat (3), kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 20.08.2010 |
Salam sejahtera, 1. Puan Lee pandai menganyam tikar daripada buluh. 2. Puan Lee pandai menganyam tikar dengan buluh. Ayat di atas yang manakah betul. Terima kasih.... | Ayat yang betul ialah Puan Lee pandai menganyam tikar daripada buluh. | Tatabahasa | 02.09.2013 |
murid yang teramat pandai dalam mata pelajaran Matematik di kelas ialah Luqman. penggunaan perkataan 'teramat' betul atau tidak?? | Frasa teramat pandai boleh digunakan, ter + amat + kata adjektif (pandai). Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk selanjutnya. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Murid yang teramat pandai dalam mata pelajaran Matematik di kelas kita ialah Farhan. 'teramat' dlm ayat ini bermaksud paling? penggunaan 'teramat' ini boleh diterima? | Kata penguat bebas boleh digabungkan dengan awalan ter- dan hadir sebelum kata adjektif dalam konteks penanda darjah penghabisan. Contoh : teramat pandai,teramat cantik, tersangat pandai, tersangat cantik. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
sangat pandai sekali. adakah ini betul? terima kasih. | Kata penguat bebas, iaitu amat, sungguh dan sangat boleh diikuti oleh kata penguat belakang sekali. Hal ini kerana kata penguat tersebut tidak mendukung maksud darjah penghabisan. Terima kasih. | Tatabahasa | 08.08.2011 |
kekeliruan penggunakan kata nafi (bukan/tidak) 1. Dia bukan cantik tetapi pandai bergaya. 2. Dia tidak cantik tapi pandai bergaya. Manakah yang tepat. T. kasih. | Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. Dia bukan cantik tetapi pandai bergaya. | Tatabahasa | 22.06.2011 |
"Ali rajin dan pandai sangat." Adakah ayat ini betul? Terima kasih. | Ali rajin dan pandai sangat - ayat ini betul kerana sangat ialah kata penguat bebas yang boleh hadir di hadapan atau belakang kata adjektif. | Tatabahasa | 19.03.2010 |
Mana ayat yang betul dan kenapa ? 1. Dia amat pandai sekali dalam kelas. 2. Dia amat pandai dalam kelas. Terima kasih. | Kata penguat bebas iaitu amat, sungguh dan sangat boleh diikuti oleh kata penguat belakang sekali. Hal ini demikian kerana kata penguat bebas tersebut tidak mendukung maksud darjah penghabisan. | Tatabahasa | 26.09.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| pandai | 1. Bersinonim dengan cerdik ( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal,
banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu,
tahu-tahu, piawai, ) (adjektif:) Berantonim dengan bodoh
2. Bersinonim dengan cekap ( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, ) (adjektif:)
3. Bersinonim dengan ahli ( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, ) (kata nama:)
| Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian, |
|
Puisi |
---|
|
Memasang jerat sudah lama, Dapat seekor burung nuri; Saya pergi tiada lama, Pandai-pandai menjaga diri.
Lihat selanjutnya... |
|