Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam, Bolehkah kata hubung "lalu" digunakan pada pangkal ayat. Misalnya, "Lalu, Ali terjatuh ke dalam longkang." Jika perkataan "lalu" diletakkan selepas perkataan Ali, iaitu "Ali lalu terjatuh ke dalam longkang." Ayat tersebut gramatis? Sekian, terima kasih. | Lalu ialah kata hubung gabungan yang berfungsi menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. kata hubung gabungan terletak pada pertengahan ayat dan ayat yang terbentuk disebut ayat majmuk gabungan. | Tatabahasa | 09.07.2012 |
a) Pekerja memetik daun teh. b) Pekerja memasukkan daun teh ke dalam bakul. (lalu) Ayat Majmuk: 1) Pekerja memetik daun teh lalu memasukkan daun teh ke dalam bakul. 2) Pekerja memetik daun teh lalu dia memasukkan daun teh ke dalam bakul. Ayat majmuk 1 atau 2 yang betul? Mengapa? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Pekerja memetik daun teh lalu dia memasukkan daun teh ke dalam bakul." | Tatabahasa | 09.10.2013 |
tolong semakan perenggan ayat ini dan beri panduan: Antara langkah-langkah untuk lmengatasi kesesakank lalu lintas adalah pihak kerajaan dan pihak swasta ganding bahu untuk menjayakan kempen berkongsi kereta. Melalui cara ini, kesesakan lalu lintas dikurangkan dan penggunaan petroleum untuk kereta individual dapata dijimalkan... | Antara langkah-langkah untuk lmengatasi kesesakank lalu lintas adalah pihak kerajaan dan pihak swasta ganding bahu untuk menjayakan kempen berkongsi kereta. Antara langkah untuk mengatasi kesesakan lalu lintas ialah kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta untuk menjayakan kempen berkongsi kereta. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Melalui cara ini, kesesakan lalu lintas dikurangkan dan penggunaan petroleum untuk kereta individual dapata dijimalkan Melalui kempen tersebut, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan dan penggunaan petrol kereta dapat dijimatkan. petrol = minyak drpd petroleum yg telah dibersihkan dan digunakan sbg bahan api utk menjalankan enjin; minyak benzin. | Tatabahasa | 13.10.2012 |
penggunaan tanda baca: a)"Jangan lalu di situ. Itu kawasan larangan," kata Cikgu Kamal. b)"Jangan lalu di situ! Itu kawasan larangan!" kata Cikgu Kamal. mana yang betul? | Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Jangan lalu di situ! Itu kawasan larangan," kata Cikgu Kamal. | Tatabahasa | 08.07.2013 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan penggunaan kata hubung antara "serta " dengan "dan" , "lalu" dengan "kemudian"? Terima kasih. | Dan, serta, lalu dan kemudian ialah kata hubung gabungan. Kata hubung dan/serta lazimnya digunakan apabila menggabungkan dua unsur yang setara. Kata lalu/kemudian digunakan apabila menggabung dua perkara atau perbuatan yang berlaku berturut-turut. | Tatabahasa | 03.02.2013 |
1.Keadaan lalu lintas menjadi tenang pada waktu malam. 2.Hujan mulai tenang pada waktu petang selepas beberapa jam turun dengan lebatnya. Ada salah tak? | Tenang bermaksud: 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll); dan 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan). Berdasarkan definisi dalam Kamus Dewan perkataan tenang tidak sesuai digunakan dalam ayat contoh yang tersebut, sebaliknya perkataan reda lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 25.02.2012 |
Dia tidak hadir ke sekolah sejak Isnin lalu. Ayat di atas ialah ayat majmuk pancangan keterangan.'Sejak' ialah kata hubung keterangan waktu (Rujuk Tatabahasa Dewan). Klausa utama ialah 'Dia tidak hadir ke sekolah. Apakah klausa kecilnya? Kalau klausa kecilnya 'sejak Isnin lalu', apakah subjek bagi klausa ini? | Dia tidak hadir ke sekolah sejak Isnin lalu. Dia = subjek, tidak hadir ke sekolah = predikat, sejak Isnin lalu = frasa keterangan. Ayat ini bukan ayat majmuk, oleh itu tidak ada klausa kecilnya. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
Tuan, Adakah ayat-ayat dibawah betul? 1) Tugas polis trafik ialah mengawal lalu lintas. 2) Tugas polis trafik adalah untuk mengawal lalu lintas. 3) Pak Abu menjual barangannya dengan menjaja makanan. 4) Pak Abu menjual barangannya dengan harga yang murah. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 2)Tugas polis trafik adalah untuk mengawal lalu lintas. 4) Pak Abu menjual barangannya dengan harga yang murah. | Tatabahasa | 20.03.2012 |
Pertandingan itu dijalankan dua bulan lalu. Dalam ayat di atas, 'lalu' tergolong sebagai kata apa? | Kata adjektif waktu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan muka surat 229. Harap maklum. | Tatabahasa | 23.07.2008 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan penggunaan " kemudian" dengan "lalu"? Terima kasih. | Kata lalu/kemudian digunakan apabila menggabung dua perkara atau perbuatan yang berlaku berturut-turut. Penggunaan kata hubung tersebut sama. | Tatabahasa | 18.02.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| lalu | 1. Bersinonim dengan berjalan ( melintas, melewati, ) (kata kerja:)
2. Bersinonim dengan berdaya ( larat, bertenaga, bermaya, ) (kata kerja:)
3. Bersinonim dengan kemudian ( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, ) (kata tugas:)
4. Bersinonim dengan lewat ( menjangkaui, melampaui, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan, |
|
Puisi |
---|
|
Pisang rendah masak hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah mata meninjau, Nanti lalu tidak lalu.
Lihat selanjutnya... |
|