Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang mana betul? (1) Isi tempat kosong. (2) Isikan tempat kosong. | Penggunaan yang betul ialah "Isi tempat kosong", isikan bermaksud arahan supaya mengisi sesuatu seperti "isikan air ke dalam botol". | Tatabahasa | 15.11.2011 |
APAKAH NAMA JAWATAN KOSONG? DAN DI MANA HENDAK MENDAPATI NAMA IKLAN DI JAWATAN KOSONG INI. | Sdr boleh mendapatkan butiran jawatan kosong melalui iklan yang kami siarkan dari masa ke masa atau melayari laman sesawang kami. Terima kasih. | Lain-lain | 10.02.2010 |
jawatan kosong | Sdr, Pada masa ini tiada iklan jawatan kosong yang disiarkan. Sdr disarankan supaya sering melayari laman sesawang DBP untuk melihat iklan jawatan kosong kami. | Lain-lain | 23.03.2010 |
iklan jawatan kosong sekarang | Sdr Areyu, Buat masa ini belum ada jawatan kosong yang hendak diiklankan. Walau bagaimanapun, sila layari laman web kami dari masa ke masa untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perkembangan aktiviti DBP dan jawatan kosong (Sekiranya ada). | Lain-lain | 19.02.2008 |
BAGAIMANA SAYA INGIN MENDAPATKAN SENARAI BERKAITAN JAWATAN KOSONG YANG DIKELUARKAN OLEH DBP SEDANGKAN DI DLM LAMAN WEB CUMA TERDAPAT BORANG JAWATAN KOSONG TETAPI SENARAI NAMA JAWATAN YANG DITAWARKAN TIADA. TERIMA KASIH | Kami akan mengeluarkan senarai jawatan kosong melalui iklan di dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu dan juga di dalam laman web DBP apabila urusan pengisian jawatan-jawatan tersebut hendak diisi. | Lain-lain | 05.06.2008 |
Assalamualaikum/salam sejahtera nak bertanya bila DBP ada iklankan jawatan kosong | Sdr, Pada masa ini tiada iklan jawatan kosong yang disiarkan. Sdr disarankan supaya melayari laman sesawang DBP dari masa ke masa bagi melihat iklan jawatan kosong yang disiarkan. | Lain-lain | 21.03.2010 |
Apakah perbezaan antara kosong dan sifa ? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kosong bermaksud 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; manakala sifar pula ialah (angka) kosong. | Istilah | 21.10.2009 |
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17/PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17 | Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 bertaraf Sambilan untuk pengisian di DBP Cawangan Sabah dan Sarawak boleh dikemukakan sekarang. Dimaklumkan kami tidak mempunyai peruntukan jawatan Pembantu Perpustakaan Gred S17 buat masa ini. | Lain-lain | 09.05.2008 |
pertanyaan jawatan kosong | Kekosongan jawatan diiklankan dari semasa-semasa oleh DBP dalam akhbar-akhbar tempatan dan juga laman web DBP. Mohon disemak. | Lain-lain | 24.11.2007 |
"omong-omong kosong" adakah peribahasa atau simpulan bahasa | Omong kosong ialah kata majmuk yang bermaksud cakap angin atau melompong. | Tatabahasa | 31.03.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| kosong (adjektif) | 1. Dalam konteks bekas bersinonim dengan tidak berisi Berantonim dengan penuh
2. Dalam konteks angka bersinonim dengan sifar, nol, nihil,
3. Dalam konteks ruang bersinonim dengan tidak didiami, tidak dihuni, sunyi, sepi, lengang, hana,
4. Bersinonim dengan sambang: hampa, keropok, keropong, geroheng, Berantonim dengan bernas
5. Bersinonim dengan hampagas: vakum
6. Bersinonim dengan berongga: lompang Berantonim dengan padat
7. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan hampa, kecewa, sia-sia, tidak bermakna,
| Kata Terbitan : mengosongkan, kekosongan, pengosongan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau ada kereta api, Pergi ke Panggor membeli benang; Sudah suka hati, Perut kosong menjadi kenyang.
Lihat selanjutnya... |
|