Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah frasa "sejak dua menjak" boleh digunakan dalam bahasa Melayu atau hanya bahasa pasar? | Menjak merupakan perkataan arkaik yang bermaksud "mulai, sejak; semenjak". Perkataan arkaik bermaksud 1. kuno, sudah ketinggalan zaman; 2. sudah tidak lazim dipakai lagi (berkenaan kata, ungkapan, dan sebagainya). Maknanya, istilah tersebut sudah tidak lazim digunakan dan bukan perkataan bahasa Melayu standard. | Lain-lain | 29.09.2016 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Boleh saya tahu dengan lebih lanjut apakah maksud bagi istilah lazim dan istilah tidak lazim? Hal ini kerana, apabila saya merujuk atas talian, saya tidak menjumpai jawapan yang tepat terhadap pertanyaan saya. Seterusnya, bagaimanakah sesuatu istilah tidak lazim itu diambil? Terima kasih. | Istilah lazim biasanya merupakan istilah yang tepat, betul dan sesuai mengikut bidang tertentu. Istilah tidak lazim pula biasanya perkataan atau frasa yang bersifat arkaik, iaitu kuno dan sudah ketinggalan zaman. Istilah tidak lazim juga boleh dikategorikan sebagai kata, ungkapan dan sebagainya yang bukan merupakan perkataan bahasa Melayu standard. Sesuatu istilah yang tidak lazim mungkin dahulunya diambil daripada suatu konsep penggunaan yang popular dalam tempoh atau era tertentu. Oleh sebab itu, istilah tidak lazim perlu dielakkan penggunaannya. | Lain-lain | 15.10.2020 |
Boleh saya tahu perbezaaan kampung dan desa? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020): desa kata nama 1 kawasan kediaman yang terletak jauh dari bandar yang dihuni oleh sekelompok masyarakat dan biasanya terdapat kemudahan seperti masjid, klinik dan sekolah; 2 bahasa klasik daerah, kawasan atau tempat; kampung kata nama 1 kawasan kediaman yang terletak jauh dari bandar, dan biasanya terdiri daripada sekumpulan rumah serta bangunan lain seperti masjid, balai raya dan sekolah: Setelah tamat SPM, aku meninggalkan kampung utk berhijrah ke Kuala Lumpur. 2 kawasan yang terletak dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: Kampung Jawa yang terletak di tengah-tengah bandar Serian itu dihuni oleh masyarakat Jawa yang berasal dari Pulau Sumatera, Indonesia. 3 Negeri Sembilan kawasan di keliling rumah seseorang atau beberapa buah rumah kepunyaan ahli daripada keluarga yang sama yang biasanya dilingkungi pagar; 4 Minangkabau daerah di desa atau bandar yang lebih kecil daripada negeri tetapi lebih besar daripada dusun, di bawah jagaan seorang ketua yang dipilih oleh penduduk setempat daripada kalangan ketua dusun; Kata adjektif 5 (berkenaan dengan hasil tanaman, ternakan dan sebagainya) dihasilkan dengan cara tradisional, misalnya tanpa penggunaan mesin canggih, bahan kimia dll: kopi kampung; ayam kampung; 6 kiasan (berkenaan dengan pemikiran, gaya hidup dan sebagainya) tidak moden atau ketinggalan zaman: Datuknya masih kampung. Kesimpulannya, desa dan kampung ada persamaan dan perbezaan dari segi pecahan makna. | Makna | 10.07.2024 |
|
Tesaurus |
---|
| tinggal (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,
2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,
3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,
| Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal, |
|
|