Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah istilah sebenar bagi KDNK - Keluaran Dalam Negara Kasar atau Keluaran Dalam Negeri Kasar? | Istilah yang betul bagi KDNK ialah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) | Istilah | 29.10.2024 |
Selamat pagi, Bolehkah saya menggunakan tangkap layar daripada buku teks keluaran DBP (dalam bentuk kod QR) untuk dimasukkan ke dalam buku kerja keluaran syarikat kami? Adakah terdapat sebarang isu berkaitan dengan hak cipta sekiranya saya berbuat demikian? Perlukan saya membuat permohonan bertulis kepada DBP jika saya mahu menggunakan tangkap layar daripada buku teks keluaran DBP (dalam bentuk kod QR) untuk dimasukkan ke dalam buku terbitan syarikat? Terima kasih. | Salam sejahtera, Untuk makluman, Semua pengeluaran semula buku teks dalam sebarang bentuk perlu mendapat kebenaran daripada KPM. Hak cipta buku teks adalah milik KPM. Sekian. | Lain-lain | 07.05.2021 |
Kod Amalan ini disusun sebagai garispanduan mengenai prosidur mengendali dan menyimpan minyak sayuran dan keluaran-keluarannya bagi operator tangki simpanan pukal bagi memelihara mutu keluaran dan meminimakan risiko pencemaran untuk keselamatan makanan. | Soalan puan tidak jelas, jika puan maksudkan penyemakan pada ayat/ejaan yang disertakan, sila rujuk ayat ini - Kod Amalan ini disusun sebagai garis panduan mengenai prosedur mengendali dan menyimpan minyak sayuran dankeluarannya bagi operator tangki simpanan pukal bagi memelihara mutu keluaran dan meminimumkan risiko pencemaran dalam makanan. | Lain-lain | 02.10.2010 |
dimana saya boleh mencari mjlh dewan kosmik keluaran tahun 80an? | Dewan Kosmik diterbitkan setiap bulan mulai Januari 1993. Jadi, tiada keluaran Dewan Kosmik tahun 80-an | Lain-lain | 12.07.2007 |
1. Perbezaan penggunaan perkataan 'penggunaan' dengan 'kegunaan', 'pengeluaran' dengan 'keluaran', dan 'pernyataan' dengan 'kenyataan'. | Penggunaan bermaksud perihal menggunakan, manakala kegunaan bermaksud faedah menggunakan. Pengeluaran bermaksud perihal atau proses mengeluarkan, manakala keluaran ialah hasil yang dikeluarkan. Pernyataan dan kenyataan boleh membawa maksud masing-masing atau membawa maksud pengumuman bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Untuk maklumat lanjut layari www.prpm.dbp.gov.my.
| Makna | 25.06.2012 |
Mohd Syazalie Almasry SAT 01:47 Assalamualaikum Sy syazalie Daripada tasek gelugor penang Amat Berminat dengan Buku2 dan majalah keluaran DBP bagaimana sy ingin menjual majalah dan Buku2 keluaran BP | Salam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih | Lain-lain | 17.12.2016 |
Salam Mohon tanya yang mana satukah ayat yang betul (sama ada ayat 1 atau ayat 2). Diharap tuan dapat memberi alasan tentangnya. 1) Pasar raya yang baru dibuka itu hanya menjual barangan keluaran Malaysia sahaja. 2) Pasar raya yang baru dibuka itu tidak menjual barangan keluaran Malaysia sahaja. Drp: Izani b. Hj. Daud Kota Bharu. | Kedua-dua ayat itu betu, ayat pertama menekankan bahawa pasar raya itu hanya menjual barangan keluaran Malaysia, manakala ayat kedua memaklumkan bahawa pasar raya itu tidak menjual barangan keluaran Malaysia sahaja. | Tatabahasa | 21.05.2012 |
1. Makin hari perangainya makin menjadi-jadi. 2. Kereta baru keluaran Proton itu amat bergaya sekali. 3. Bapa pengantin lelaki tidak menang tangan melayan tetamu yang datang. Adakah ketiga-tiga ayat di atas ini betul? Kalau salah tolong terangkan kesalahan pada ketiga-tiga ayat tersebut. 4. Pokok ciku madu ditanam di halaman kebun datuk saya. bolehkah perkataan "halaman" digunakan dalam ayat ini. 5. Dua orang pelancong itu telah tersesat di dalam hutan. Adakah perkataan 'pelancong' dalam ayat ini betul? 6. Telefon bimbitnya rosak kerana terjatuh. Adakah kegunaan perkataan 'telefon' dalam ayat ini betul. 7. Murid-murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. "kokurikulum" dalam ayat ini betul tak? semua ayat ini dikatakan salah dalam buku kerja yang saya gunakan, saya minta tuan terangkan apakah kesalahan dalam ayat-ayat tersebut. saya tidak faham apakah kesalahannya. sekian terima kasih. | 1. Makin hari perangainya makin menjadi-jadi. 2. Kereta baru keluaran Proton itu amat bergaya sekali. 3. Bapa pengantin lelaki tidak menang tangan melayan tetamu yang datang. Ketiga-tia ayat tersebut betul dan tiada kesalahan. 4. Pokok ciku madu ditanam di halaman kebun datuk saya. - halaman menunjukkan kawasan perkarang rumah, oleh itu kata halaman tidak sesuai dalam ayat ini. 5. Dua orang pelancong itu telah tersesat di dalam hutan. - perkataan pelancon boleh digunakan dalam ayat ini. 6. Telefon bimbitnya rosak kerana terjatuh. - Penggunaan perkataan telefon adalah betul. 7. Murid-murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. - Penggunaan perkataan kokurikulum dalam ayat ini adlah betul. | Tatabahasa | 07.12.2009 |
Assalamualaikum. Berdasarkan artikel keluaran DBP (majalah DTI Bil. 10), didapati nama surah yang dinyatakan dalam teks ditulis seperti berikut: ... dirakamkan dalam Surah al-Baqarah... "Surah al-Baqarah" diitalikkan, S pada perkataan 'surah' menggunakan huruf besar, dan 'al', huruf 'a' menggunakan huruf kecil. Adakah ini kaedah yang menggunakan Gaya Dewan? Terima kasih. | Ya, penulisan tersebut mengikut buku Gaya Dewan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2005) hlm. 165-166. | Lain-lain | 19.02.2025 |
Majalah Dewan Bahasa keluaran April 2012 menggunakan perkataan internet. Penggunaan huruf besar sebagai huruf pertama perkataan itu menunjukkan majalah itu menganggap Internet ialah kata nama am. Jawapan Khidmat Nasihat pula menunjukkan Internet dianggap sebagai kata nama khas dan kata nama am. Adakah Internet tergolong sebagai nama khas sahaja atau dapat juga menjadi nama am dalam keadaan yang tertentu? | Untuk makluman tuan, berdasarkan kesepakatan ahli jawatankuasa istilah bidang komunikasi dan multimedia, kata internet bukanlah merupakan kata nama khas lagi kerana tersebut telah pun diterima umum dan digunakan secara meluas. Oleh yang demikian, kata tersebut telah diterima sebagai kata nama am dan dieja dengan menggunakan huruf kecil. | Lain-lain | 13.04.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| keluar (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak, Berantonim dengan masuk
2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul, Berantonim dengan lesap
3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,
4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,
5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,
6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri
| Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar, |
|
|