Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah penggunaan `baru-baru` dalam ayat berikut betul? ~Pengawas yang segak itu baru -baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. penggunaan kata`haluan` ~haluan ke rumahnya sangat sempit ~pakar bahasa diminta untuk menyemak haluan kata buku karangan penulis itu ~para peserta yang bertanding dalam kira cepat itu dikehendaki menjumlahkan angka-angka dalam masa yang ditetapkan ~jarang sekali dia balik ke kampung selepas pindah ke K.L ~penduduk taman itu menceritakan tentang masalah serangan anjing liar ~cikgu memaklumkan bahawa peperiksaan akan dijalan dalam masa 2 minggu | Pengawas yang segak itu baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. Laluan ke rumahnya sangat sempit. Manakala soalan-soalan yg lain, sila diolah semula agar pihak kami dapat bertindak selanjutnya. T.kasih. | Lain-lain | 11.09.2008 |
I Rumah itu binasa selepas ribut kencang malam. II Kebahagiaan rumah tangganya binasa akibat daripada sikapnya yang suka berfoya-foya. III Dadah yang bersifat binasa jangan dicuba agar diri kita tidak menanggung kerugian. Iv Bajunya binasa kerana baru sahaja dicuci dengan bahan peluntur warna. Munsyi, penggunaan binasa dalam keempat-empat ayat ini , yang mana satukah yang betul? TK | Binasa bermaksud habis rosak atau hancur sama sekali, atau disebut juga musnah. Dalam bentuk kiasan binasa bermaksud mengalami bencana atau keburukan seperti mendapat kesusahan besar, penyakit, dan lain-lain. Berdasarkan makna tersebut ayat I, II dan IV betul tetapi ayat I dibetulkan menjadi semalam. | Tatabahasa | 08.04.2012 |
Ayat yang mana betul penggunaan pada perkataan merayakan? l Majlis merayakan pembinaan jambatan baharu itu telah ditangguhkan pada tahun hadapan. ll Rakyat l Malaysia sentiasa bergembira untuk merayakan Hari Kemerdekaan negara yang tercinta. lll Pak Jais dan Mak Jenab serta keluarga baru sahaja merayakan hari ulang tahun perkahwinan mereka berdua. lV Abang Azaman akan merayakan hari ulang tahun kelahirannya pada minggu hadapan di Hotel Seri Cenderawasih Tq kerana sudi membantu.... | Rakyat l Malaysia sentiasa bergembira untuk merayakan Hari Kemerdekaan negara yang tercinta. | Tatabahasa | 19.09.2012 |
Assalamualaikum. Tuan, saya memohon Tuan dapat memberi penjelasan mengenai dua perkataan di bawah ini kerana saya agak keliru dengan penggunaannya; (i) baru (ii) baharu Melalui pembacaan saya sebelum ini; baru merujuk kepada 'just'. contoh penggunaan: baru sampai, dia baru tersedar, baru sahaja habis. manakala; baharu merujuk kepada 'new'. contoh penggunaan: baju baharu, pengantin baharu, tahun baharu, adik baharu Namun begitu timbul kekeliruan pada saya kerana lazimnya 'baharu' tetap juga ditulis dengan 'baru' seperti yang biasa ditemui: baju baru, pengantin baru, tahun baru, adik baru. Saya mohon Tuan dapat membantu tentang ketepatan penggunaan perkataan 'baru' & 'baharu'. Terima kasih, Tuan. | Pendapat saudara memang benar, kita biasa melihat frasa 'kereta baru' atau 'kereta baharu' dan 'buku baru' atau 'buku baharu'. Oleh itu, kata news kerap diterjemahkan kepada baru atau baharu. Namun begitu berbeza dengan kata just yang lazimnya diterjemahkan kepada baru seperti baru sampai dan baru sebentar tadi. | Tatabahasa | 07.12.2011 |
apakah perbezaan "baharu" dan "baru" | Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, hal. 105, ejaan baharu hendaklah merujuk entri baru. Terdapat perbezaan makna bagi baru selain bermaksud "yang belum ada" dan sebagainya, makna lain ialah "baru sahaja berlaku" seperti " baru tiba", "baru lahir" dan sebagainya. Kesimpulannya baru mempunyai dua makna, iaitu (i) yang belum ada dan (ii) baru berlaku. Kata baharu digunakan secara baku dan sesuai untuk kata seperti pembaharuan. | Makna | 15.06.2008 |
PERBEZAAN MAKNA ANTARA BAHARU DAN BARU | Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, hal. 105, ejaan baharu hendaklah merujuk entri baru. Terdapat perbezaan makna bagi baru selain bermaksud "yang belum ada" dan sebagainya, makna lain ialah "baru sahaja berlaku" seperti " baru tiba", "baru lahir" dan sebagainya. Kesimpulannya baru mempunyai dua makna, iaitu (i) yang belum ada dan (ii) baru berlaku. Kata baharu digunakan secara baku dan sesuai untuk kata seperti pembaharuan. | Makna | 04.04.2009 |
Sebaik-baik sahaja Luqman tiba di rumah, hujan pun turun dengan selebat-lebatnya. adakah penggunaan kata sebaik-baik sahaja dan selebat-lebatnya salah dalam ayat tersebut? | "Sebaik-baik sahaja Luqman tiba di rumah, hujan pun turun dengan selebat-lebatnya", ayat ini betul sebaik-baik bermaksud baru sahaja, manakala selebat-lebatnya menunjukkan keadaan hujan yang sangat lebat. | Tatabahasa | 23.06.2009 |
Apakah perbezaan antara perkataan 'baru' dengan 'baharu'? Contohnya, guru baru itu mengajar saya mata pelajaran Matematik. Adakah ayat ini betul? | Saudara Tammychong, Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, hal. 105, ejaan baharu hendaklah merujuk entri baru. Terdapat perbezaan makna bagi baru selain bermaksud "yang belum ada" dan sebagainya, makna lain ialah "baru sahaja berlaku" seperti "baru tiba", "baru lahir" dan sebagainya. Kesimpulannya, baru mempunyai dua makna, iaitu (i) yang belum ada dan (ii) baru berlaku. Kata baharu digunakan secara baku dan sesuai untuk kata seperti pembaharuan. Penggunaan perkataan 'baru' dalam ayat contoh yang disertakan adalah betul yang merujuk makna belum (tidak) ada sebelumnya. | Makna | 13.09.2012 |
baru-baru ni saya ada menghantar manuskrip kepada sebuah syarikat penerbit. sekarang saya berasa was-was mengenai hak cipta. sebenarnya, bagaimana cara untuk mendapatkan hak cipta terhadap hasil tulisan kita? adakah selepas kita menghantar kepada penerbit baru kita mendapat hak cipta? | Hak cipta wujud secara automatik sebaik sahaja sesuatu karya itu dicipta. Ia dimiliki oleh penciptanya iaitu pengkarya. Di Malaysia, tidak ada sistem pendaftaran hak cipta. Seseorang itu akan mendapat hak cipta bagi karyanya apabila semua keperluan yang dikehendaki oleh Akta Hak Cipta 1987 dipenuhi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan karya Rohazar Wati Zuallcobley yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2010. | Lain-lain | 29.09.2010 |
Yang mana satu ayat yang betul, dan apakah alasannya? 1. Ali membasuh tangan kerana baru saja lepas makan menggunakan sabun. ATAU Ali membasuh tangan dengan sabun kerana baru saja lepas makan. 2. Ali mencuci tangan supaya bersih di singki. ATAU Ali mencuci tangan di singki supaya bersih. | Binaan ayat yang betul, iaitu Subjek + Predikat ialah: 1. [Ali membasuh tangan dengan sabun] + [kerana baru sahaja lepas makan] 2. [Ali mencuci tangan di singki] + [supaya bersih]. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| sahaja (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,
2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa, Berantonim dengan jarang-jarang
3. Bersinonim dengan juga: jua
4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,
5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,
| Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan, |
|
|