Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. Ini ayat contoh dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, pada halaman 1439. Pada masukan ini dinyatakan sementelahan bermaksud lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi. Bukankah ayat ungkapan yang wajar digunakan dalam ayat contoh ini ialah sementelahan sahaja tanpa pula? | Penggunaan "pula" menjadi "sementelahan pula" dalam ayat yang diberikan tidak salah, cuma lewah. | Tatabahasa | 23.02.2009 |
adakah 'sanggup' tergolong dalam kata kerja?? | Perkataan "sanggup" tergolong dalam kata kerja. | Tatabahasa | 20.08.2013 |
Dia sanggup menggadaikan nyawanya sekalipun demi negaranya. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TQ | Ayat yang gramatis ialah "Dia sanggup menggadaikan nyawanya demi negara." | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Minta maaf, kerana membuat pertanyaan semula tentang kata sanggup, saya amat memuaskan hati dengan jawaban yang diberikan | Perkatan sanggup tergolong dalam kata kerja. | Tatabahasa | 30.09.2013 |
ejaan untuk kusanggup adakah dieja rapat? kalau aku sanggup ejaannya jauh.. | Perkataan kusanggup ditulis rapat manakala aku sanggup ditulis terpisah. | Tatabahasa | 08.09.2009 |
sehingga setakat ini, saya belum menerima maklum balas daripada pihak dbp tentang pertanyaan saya, kata 'sanggup' tergolong kata apa? | Perkataan sanggup tergolong dalam golongan kata kerja. | Tatabahasa | 30.09.2013 |
Untuk melindungi harta intelek, kerajaan sanggup mengambil pelbagai langkah termasuk penubuhan Mahkamah Harta Intelek. Munsyi, apakah perkataan yang sesuai digantikan penubuhan kerana mengikut buku, jawaban yang salah ialah penubuhan. TK | Perkataan menubuhkan sesuai dalam konteks ayat tersebut. Sila rujuk kamus untuk mengenal pasti perkataan yang tepat dalam konteks sesuatu ayat.
| Tatabahasa | 04.07.2012 |
Kesalahan bahasa dalam ayat berikut: 1. Kerajaan merayu kepada rakyat agar mereka sanggup berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara. 2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handa sejak dari bangku sekolah lagi. | Kedua-dua ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah: 1. Kerajaan merayu rakyat berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara. 2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak bangku sekolah lagi. | Tatabahasa | 05.07.2013 |
Salam, bolehkah saudara@saudari jelaskan penggunaan kata sendi nama 'bagi'?Bolehkah digunakan dalam ayat seperti berikut? 1. Anggota tentera sanggup berkorban demi kesejahteraan negara. 2. Puan Sahara rela membanting tulang empat keratnya untuk menanggung keluarga. Benarkah kata sendi nama 'demi' lebih sesuai dan betul jika disusuli kata nama?Sekian, terima kasih. | Kata sendi nama "demi" yang lebih tepat digunakan dalam konteks ayat-ayat tersebut. Kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Manakala kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 276 - 278. | Tatabahasa | 22.05.2013 |
makna punitif | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna punitif ialah berkenaan perbuatan mengenakan (melibatkan) hukuman: negara kecil sanggup mengambil tindakan penentangan yg ~. | Istilah | 18.05.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| sanggup (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan bersedia: rela, sudi, mahu, ingin, suka, setuju, berkenan, tidak keberatan, Berantonim dengan enggan
2. Bersinonim dengan boleh: mampu, berupaya, pandai, dapat, terdaya, terlarat, berkebolehan, cekap, terbuat, lalu,
| Kata Terbitan : menyanggupi, kesanggupan, berkesanggupan, |
|
Puisi |
---|
|
Pucuk kangkung batang jerami, Bunga padi di Tanah Daik; Sudah tak sanggup dengan kami, Cari ganti tempat yang baik.
Lihat selanjutnya... |
|