Kata |
Takrif |
Sumber |
waktu | 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; W ~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; ~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana; habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal; sewaktu dlm waktu yg sama, pd masa (ketika), semasa: nelayan itu telah dirompak ~ menangkap ikan; sewaktu-waktu bila-bila sahaja, sebarang waktu: ~ kami dapat ditangkap; berwaktu mempunyai waktu yg tertentu, memakai waktu; sembahyang diberi ~, janji diberi berketika prb sesuatu pekerjaan hendaklah ditetapkan waktunya supaya selamat dan sempurna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lepas | 1. tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan, sangkut paut) lagi, bebas: apa bicara Bendahara kerana segala rantau barat ~lah drpd kita; ia tidak ~ drpd memikirkan kekasihnya; 2. lari atau bebas (drpd kurungan, penjara, tahanan, dsb), lucut (drpd ikatan dll): ia meronta-ronta dan menghempas-hempas tetapi tidak juga ~; ki bebas (drpd sesuatu yg menyulitkan, menyekat atau membatasi dsb): mereka tidak ~ drpd menghadapi pancaroba kehidupan; tertinggal di belakang (tempat dll), telah lalu atau lewat (tempat, hari, dll): setelah sampai ke kuala ~ alangan maka belayarlah ia; semenjak minggu yg ~ ia telah membawa suatu perubahan baru kpd diri gadis itu; 5. (se)sudah, setelah selesai atau habis: ~ sembahyang zuhur, boleh kita berjalan-jalan; ada selangnya sebulan ~ menabalkan anakanda baginda itu, maka baginda pun geringlah terlalu sangat; 6. bp lahir (bayi): hingga sampailah tujuh hari tujuh malam tidak juga ~ budak; 7. Pr, bp ada juga, boleh (juga), cukup juga (makanan, belanja, dll): belanja anak-beranak utk bulan ini ~lah; ~ angin sia-sia sahaja; ~ ayam (burung, unggas) a) bebas sungguh, boleh melakukan sesuka hati; b) telah dimerdekakan (hamba abdi dll); ~ bebas bebas benar-benar; ~ diri a) tidak melibatkan diri dlm sesuatu hal; b) tidak mahu bertanggungjawab atau mengambil tahu mengenai sesuatu hal; ~ idah sesudah waktu idah; ~ ijazah selepas memperoleh ijazah sarjana muda (bkn pengajian, penyelidikan dsb): kursus ~ ijazah; ~ laku bebas melakukan sesuatu dgn tidak segan-segan lagi; ~ lelas bebas sama sekali; ~ malu sudah dikhatankan (anak lelaki); ~ nafas menghembuskan nafas keluar perlahan-lahan; ~ pantang masa sesudah waktu pantang; ~ puasa setelah selesai berpuasa; ~ sekolah sesudah bersekolah; ~ tangan a) tidak berpegang (pd kemudi, selusur, dll); b) tidak masuk campur dlm sesuatu hal; c) tidak ada tambahan lain (di luar gaji atau upah), upah (gaji) semata-mata; ~ ungu pancaran cahaya yg tidak nampak dlm spektrum (selepas pancaran cahaya ungu); selepas sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi memukat; selepas-lepas sehabis-habis (jauh, kuat, dll), sejauh-jauh, sekuat-kuat: ~ seluang melaut; ~ tupai melompat; berlepas 1. tidak terikat lagi, tidak bersangkut paut lagi; 2. pergi, berangkat: aku menaiki kereta sewa dan ~ ke Dungun; 3. sl menyelamatkan, membebaskan: maka segala orang Kujai pun masuklah beramuk dgn orang Campa, setengah ~ anak bini setengah melawan; 4. = ~ diri mengasingkan diri, tidak melibatkan diri: kalau awak terkena satusatu hal kelak, saya akan ~ diri kerana saya tidak sanggup mendukung biawak hidup; ~ hati berpuas hati; ~ lelah berhenti seketika utk menghilangkan lelah; ~ tangan a) tidak berpegang pd selusur dll; b) tidak ambil peduli; melepas 1. bp hampa (kerana tidak tercapai maksud), kecewa (kerana tidak sampai hajat): kalau orang lain pergi dahulu tentulah habis dipapasnya, kita ~ sahaja; 2. Pn berbohong, tidak bercakap betul, berdalih; 3. bp mengeluarkan angin melalui pelepasan, kentut; 4. bp buang air besar; melepasi 1. menebus atau membayar (niat, hutang, dll); ~ hutang membayar (melunaskan) hutang; ~ malu Mn menebus malu (mengahwinkan anak kemanakan); 2. mencukupi, memadai, berpadan dgn: sedang upah sawah itu kadang-kadang sama dgn kehasilan yg diperdapat, bahkan kadang-kadang rugi, dan kadang-kadang tidak ~ belanja; melepaskan 1. membiarkan lepas, membebaskan (drpd kurungan, penjara, dll), menjadikan tidak terikat lagi: ia ~ budak itu drpd pegangannya; 2. menghilangkan (letih, jerih, dll): ia berbaring-baring ~ jerihnya; mereka terus masuk ke kedai makan yg berhampiran utk ~ dahaga; 3. tidak menyekat-nyekat, membiarkan keluar (perasaan dll): racun kulat tersebut ~ hidrogen disulfida; serdadu itu pun ~ suatu penumbuk ke pangkal telinganya; Datuk Ujang menyedut cerutnya lama-lama kemudian ~ asapnya; dia ~ senyuman kpd Noor Hamidah; 4. tidak menghalang, membenarkan atau mengizinkan (pergi, berangkat, dsb), merelakan: dia ~ anaknya pergi dgn hati yg rela; 5. menceraikan (isteri): kalau Sharifah Aini dilepaskannya mungkin anak-anak muda itu berjaya mengetuk pintu hatinya; 6. memberikan (sesuatu yg dipegang atau disandang kpd seseorang lain), menyerahkan (dgn kehendak sendiri): Perdana Menteri mungkin akan ~ jawatan Menteri Hal Ehwal Luar kpd seorang menteri lain; 7. menguraikan (rambut dsb), tidak mengikat dsb: saya gemar ~ rambut saya menggerbang tetapi biar kelihatan sedikit ikal; 8. menghantar (orang belayar, berangkat, berjalan, dll): dia sendiri pergi ke stesen utk ~ anaknya berangkat; ~ mayat ke kubur; 9. membuang, memecat, memberhentikan: dlm zaman meleset, banyak pekerja yg dilepaskan; ~ angan-angan mengerjakan segala sesuatu yg diingini; ~ cinta kasihnya (rindunya, isi hatinya) kpd mencurahkan cinta kasihnya kpd; ~ dendam a) membalas dendam; b) menghilangkan perasaan rindu (dendam ) pd seseorang; ~ diri melarikan diri, membebaskan diri; ~ hati memuaskan hati; ~ jiwa (nyawa) a) menyelamatkan drpd bahaya maut; b) = ~ nafas yg akhir mati; ~ kritikan (kecaman, serangan, tuduhan, dll) melancarkan kritikan, (kecaman dll); ~ layang-layang menaikkan layang-layang; ~ malu mengkhatankan; ~ marah (nafsu, kehendak) tidak menahan marahnya (nafsunya, kehendaknya); ~ niat (nazar, kaul) membayar atau menunaikan niat (nazar, kaul); ~ niatnya (harapannya, maksudnya, tuntutannya, dll) membuang atau meninggalkan niatnya (harapannya, maksudnya, dll); ~ panah membiarkan anak panah lepas drpd busurnya; ~ pandangan memandang; ~ tembakan (meriam) menembak, memasang; ~ tinju (pukulan, tikaman, dll) meninju (memukul, menikam, dll); ~ untung masing-masing menyelamatkan diri masing-masing; memperlepas membiarkan lepas, tidak menghalangi; memperlepaskan sl menjadikan lepas, menyelamatkan: perlepaskan harta Yang Dipertuan dlm istana itu; bawa juga kita dgn anak isteri kita, perlepaskan oleh kamu ke rumah Bendahara; terlepas 1. telah lepas atau dilepaskan: Mawi berfikir tentang perkataannya yg ~ itu; tangannya yg berpaut pd baju Badri itu ~ ke bawah; 2. tidak ditimpa (dilanda dsb) sesuatu, bebas (drpd sesuatu yg tidak baik): beliau ~ drpd kelemahan dlm menghujahkan aspek-aspek estetika dlm karya sastera; ~ drpd tetek bengek kebencian; 3. bp, ki terlewat, melebihi (umur dll); ~ cakap mengatakan sesuatu dgn tidak sengaja; ~ perhatian tidak memberi perhatian kpd sesuatu hal dsb dgn tidak sengaja; lepasan orang yg tamat drpd sekolah (maktab, universiti, dll), yg telah dilepaskan, tamatan: ~ Universiti Malaya; ~ askar bekas askar; kelepasan 1. perihal lepas (bebas), kebebasan; 2. waktu rehat (sekolah dll), cuti, libur: kurang pukul satu loceng ~ dibunyikan; pd hari ~ begini, saya selalu pergi memancing; 3. kehilangan: anjing ~ daging; perlepasan perihal berlepas; pelepasan 1. perihal melepaskan: maka juara pun memadan ayamlah lalu dilepaskan dgn yg dipadan itu dua tiga ~ juga, Raja Chulan tiada menang; 2. pembuangan, pemecatan; 3. Mn dubur: lubang ~; 4. perihal dikecualikan drpd sesuatu (spt membayar cukai dsb): ~ cukai pendapatan; 5. jalan keluar utk lari atau bebas drpd sesuatu: tidak mungkin Amir Hamzah, melalui karyanya, mencari ~ drpd realiti yg menekan keinginan dan kehidupannya; pelepas 1. orang yg melepaskan pelumba-pelumba dlm perlumbaan (berlari, berenang, dsb); 2. benda yg digunakan utk melepaskan sesuatu: hal-hal yg beginilah yg harus dikemukakan oleh sajak, sesuai dgn tugasnya sbg ~ ketegangan perasaan; 3. = ~ wang orang yg membungakan wang (dgn memberi pinjaman, menyimpan di bank, dsb); 4. (wang, makanan, dll) yg diberikan kpd orang-orang yg hendak berjalan atau belayar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
sheath scar | parut pelepah | Buluh | Tiada | Parut yang tertinggal pada batang kulma buluh selepas selaput kulma gugur. |
pitting edema | edema lekuk | Kejururawatan | Tiada | Kesan lekuk yang tertinggal beberapa minit selepas ditekan dengan jari. |
residual heat | haba baki | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Haba yang tertinggal di dalam objek atau sistem selepas punca haba diberhentikan atau dikeluarkan. |
residual urine | urin baki | Kejururawatan | Tiada | Jumlah air kencing yang tertinggal dalam pundi kencing selepas kencing. |
non-extracted form | bentuk tak terekstrak | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Bentuk tak terlarut sesuatu tumbuhan yang tertinggal (sisa) selepas proses pengekstrakan. Bahan ini ada kalanya digunakan dalam pembuatan produk herba. |
elimination race | acara lumba singkir | Sukan | Lumba Basikal | Acara balapan yang mengarahkan pelumba yang tertinggal di belakang supaya keluar,sehingga tinggal dua (2) pelumba untuk merebut tempat pertama. |
coke | kok | Fizik | Nanoteknologi | Sisa sel karbon yang tertinggal hasil daripada proses penyulingan arang. Kok mengandungi karbon sebagai komponen utama berserta beberapa bahan mineral dan sisa mudah meruap. Lapisan kok dalam bentuk filem tipis dapat meliputi permukaan rod pemangkin yang digunakan dalam proses pemecahan minyak mentah kepada gasolin dan menyebabkan fungsi pemangkin terencat. |
receiver | penerima | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bekas silinder yang menyimpan cecair pendingin daripada bahagian kondenser. Bekas ini juga digunakan untuk menyerap gelembung gas dan wap yang tertinggal dalam sistem selepas pembersihan dan pengeringan. |
ash | abu | Perikanan | Akuakultur | Bahagian mineral dalam sesuatu sampel makanan. Bahagian ini dihasilkan dengan membakar sampel di dalam relau pada suhu 500°C selama 4 6 jam. Keadaan ini akan menyebabkan bahan organik terbakar dan meruap. Residu yang tertinggal dikenali sebagai abu. |
pot medicine | ubat periuk | Herba | Tiada | Sediaan campuran pelbagai bahan herba kering yang terdiri daripada berbagai-bagai akar dan daun kayu serta haiwan seperti gamat. Ubat periuk direneh dengan air (500 ml) sehingga berkurang menjadi setengah atau sepertiga daripada isi padu asal di dalam periuk tanah atau tembikar. Larutan herba kemudiannya ditapis dan airnya diminum. Bahan herba yang tertinggal boleh digunakan kembali dengan tambahan air. Contohnya, ubat periuk selepas bersalin. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
remis | air yang masih tertinggal di daun/lantai selepas hujan | - | - | - | - | - | Fenomena Alam | Bajau |
remis | air yang masih tertinggal di daun/lantai selepas hujan | - | - | - | - | - | Fenomena Alam | Bajau |
te'ed | Pangkal pokok kayu yang masih tertinggal dalam tanah (setelah ditebang) | biteed | bertunggul | ~ mengteed | Duduk seperti tunggul, (tidak bergerak) | - | Flora dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
ragus Kd | sejenis tenggala khusus untuk menghaluskan ketulan tanah selepas membajak. | Kemudian sawah diratakan dengan ragus di samping menghaluskan ketulan-ketulan tanah yang tertinggal. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
temuda Ib | kawasan bekas huma yang sudah lama ditinggalkan. | Keling masih lagi mengikuti tupai tersebut. Apabila tupai berjalan Keling pun berjalan juga menjejaki jalan tupai tersebut. Lama-kelamaan Keling tertinggal jauh di belakang. Dan tupai tidak kelihatan lagi. Keling tiba di tanah huma tinggal orang lain. Temuda itu terletak berdekatan sebuah tasik yang besar. Kelihatan seorang perempuan di atas jelatung di seberang, perempuan itu sedang mandi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb 1 A programming language (bahasa pengaturcaraan A) Bahasa pengaturcaraan paras tinggi yang dapat memudahkan penggunaan no- tasi matematik dan penyelenggaraan tatasusunan. Singkatan APL. (KOM) abduct (abduk) Perihal menggerakkan sesuatu anggota dari arah satah median tubuh, atau jari-jari dari garis paksi anggota. (UBAT) abductor (abduktor) Otot yang mengabdukkan sesuatu. Banding adductor. (UBAT) abend (aben) Penamatan atur cara akibat ralat seperti ralat yang berlaku apabila huruf di- gantikan dengan nombor. Istilah ini dibentuk daripada abnormal ending atau abnormal
|
Kamus Thai 2.indb จด ๆ จ ้ อง ๆ [-cotc:c:] ดู จดจ ้ อง จด² [cot] ก mencatat: เลขานุการของเขาได ้ จดวันที่ ที่ ทั้ งสองได ้ ตกลงก ันไว ้ Setiausahanya mencatat tarikh yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. = จดบันทึก จดจ ่ อ [-c:] ก menumpukan perhatian: จิตใจของเขาจดจ ่ ออยู ่ กับเนื้ อหาปาฐกถาธรรม วันตรุษอีดิลฟิตรี Dia menumpukan per hatian terhadap isi khutbah Hari Raya ดู จนใจ จน 2 [con] ส ั น sehingga, sampai: เขาอยู ่ ที่ ท ่ ารถเมล ์ จนรถที่ แม ่ เขานั่ งเคลื่ อนออกไป Dia duduk di terminal bas sehingga bas yang dinaiki emaknya bertolak. จนกระทั่ ง [-krataˆ ] ส ั น sehingga, sampai: บรรดาคนงานจะต ้ องทำงานจนกระทั่ ง เที่ ยงคืน Para pekerja harus beker ja sampai tengah malam. = จนถึง จนกว ่ า
|
Kamus Thai 2.indb y] น haram นอกจาก [-ca:k] สัน kecuali: ทุกคนนอน หมดแล ้ วนอกจากฉัน Semua orang sudah tidur kecuali saya. นอกใจ [-cai] ก curang: สามีที่ ดีต ้ อง ไม ่ นอกใจภรรยา Suami yang baik mesti tidak curang terhadap isteri. นอกชาน [-ca:n] น pelantar นอกเหนือ [-na] ว lebih daripada: เขาทำงานนั้นนอกเหนือจากที่ ได ้ สั่งไว ้ Dia membuat kerja itu lebih daripada yang diarahkan. นอง [n:] ก berlinang: หลังจากฝนตก น ้ ำก็นองบนถนน Selepas hujan, air pun berlinang di jalan. นองเลือด [-lat] ว tumpah darah: เหตุการณ ์ นองเลือดนั ้ นเกิดขึ ้ นในวันที่ สามของ |
|
Tesaurus |
---|
| tinggal (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,
2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,
3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,
| Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal, |
|
|