Kata |
Takrif |
Sumber |
jari telunjuk | jari antara jari hantu dgn ibu jari: tutup ketat-ketat lubang pam basikal itu dgn ~ tangan kiri | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telunjuk | 1. = jari ~ jari antara jari hantu dgn ibu jari: tutup ketat-ketat lubang pam basikal itu dgn ~ tangan kiri; 2. ki perintah, kemahuan, suruhan: orang-orang Belanda sangat pandai mengambil hati orang-orang besar kita yg mahu mengikut ~nya;~ lurus kelengkeng berkait prb perihal orang yg pd lahirnya kelihatan baik tetapi di dlm hatinya jahat; ~ mencucuk (merosok, meni-kam) mata (jari) prb orang yg dipercayai berbuat khianat kpd kita; menggigit ~ prb tidak tercapai maksud; runcing ~ memalit sambal lada prb perihal hidup miskin dan melarat; sebusuk-busuk ~, ~ juga pencolek tahi mata prb sejahat-jahat kaum keluarga kalau seorang dihinakan orang semuanya akan turut membelanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketat | 1 erat melekat hingga susah hendak ditanggalkan (spt keris pd sarungnya); tidak longgar; sendat (spt sumbat pd botol): Ambil sebiji botol yg kosong dan sumbat mulutnya ~-~ dgn gabus. 2 ki keras (peraturan dll); teliti dan rapi (kawalan dll): Tempat-tempat yg penting dikawal ~ siang dan malam. 3 paling ditentang; paling besar: musuh ~. mengetatkan 1 menjadikan ketat (susah hendak dicabut atau ditanggalkan): ~ skru. 2 ki menjadikan keras (peraturan dll); menjadikan rapi (kawalan dll); memperketat menjadikan lebih ketat; mempererat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketat | 1. erat melekat hingga susah hendak ditanggalkan (spt keris pd sarungnya); tidak longgar; sendat (spt sumbat pd botol):Ambil sebiji botol yg kosong dan sumbat mulutnya ~-~ dgn gabus. 2. ki keras (peraturan dll); teliti dan rapi (kawalan dll): Tempat-tempat yg penting dikawal ~ siang dan malam. 3. paling ditentang; paling besar:musuh ~. mengetatkan 1. menjadikan ketat (susah hendak dicabut atau ditanggalkan): ~ skru. 2. ki menjadikan keras (peraturan dll); menjadikan rapi (kawalan dll); memperketat menjadikan lebih ketat; mempererat. | Kamus Pelajar |
ketat | 1. tidak longgar (bkn tutup pd botol dll), kuat atau erat melekat (menyebabkan susah hendak dicabut atau ditanggalkan), sendat, sempit (bkn pakaian): ditutupnya botol itu dgn sumbat gabus hingga ~; dlm syarahannya ustaz tersebut telah mengecam hebat pemuda-pemudi Melayu yg suka berpakaian ~; 2. ki keras dan tidak ada tolak ansur atau kecualinya (bkn peraturan, perintah, dll), tidak boleh diubah atau dipinda (bkn perkataan, perjanjian, dll): undang-undang dan perintah-perintah yg ~ telah dikenakan dlm masa berlakunya darurat; musuh ~ musuh keras (besar); 3. ki teliti dan rapi (bkn kawalan, pengawasan, dsb): tempat-tempat yg penting dikawal ~ siang dan malam; pintu masuk ke pelabuhan itu dijaga dgn ~ oleh askar-askar yg bersenjata; 4. ki penuh dgn berbagai-bagai aktiviti, kerja dsb sehingga tiada masa lapang yg terluang (bkn jadual, program dsb): memang jadual harian saya ~ dan saya lebih banyak menghabiskan waktu di pejabat; mengetatkan 1. menjadikan ketat atau erat (ikatan tali dll), mencerut (tali pinggang dll): skru itu hendaklah diketatkan supaya roda kereta tidak tercabut; 2. ki menjadikan keras atau sukar (peraturan dll); 3. menjadikan rapi atau teliti (kawalan, pengawasan, dll): langkah pertama utk mencegah merebaknya penyakit itu ialah ~ penjagaan air minum utk orang ramai; memperketat menjadikan lebih ketat (ikatan tali, peraturan, kawalan, dsb): beliau menggesa supaya syarat-syarat mendapatkan sijil kerakyatan diperketat; keketatan perihal (keadaan dsb) ketat: bahasa Melayu Tinggi ditandai oleh ~ tatabahasa; pengetatan perihal (perbuatan) mengetatkan; pengetat alat utk mengetatkan (menerikkan, mempererat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
longgar | 1 tidak sempit; lega (bkn pakaian dll). 2 tidak ketat; mudah tercabut (bkn paku, skru dll). 3 tidak erat (bkn persahabatan, tali persaudaraan); tidak kuat berpegang pd adat (syarat, undang-undang dll). melonggarkan 1 menjadikan longgar atau menjadikan tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku dll): Dia ~ ikat pinggangnya kerana terlalu kenyang. 2 memudahkan syarat atau cara pembayaran; meringankan peraturan, undang-undang dll: Pihak majikan telah ~ syarat-syarat kenaikan pangkat. kelonggaran keadaan longgar: Oleh sebab ~ undang-undanglah maka banyak berlaku kecurian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
longgar | 1. tidak sempit, lapang (pakaian, lubang, dll): seluar baru itu ~ sedikit; 2. tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas (paku, skru, jahitan, ikatan, dll): jahitannya ~ dan kasar; tangannya memeluk ~ anak bongsunya di dada; 3. ki tidak teguh, tidak erat (tali persaudaraan, persahabatan, dsb): semenjak kejadian itu, persahabatan mereka mulai ~; 4. ki tidak mengikat kuat (aturan, syarat, undang-undang, dsb), tidak sangat terbatas, tidak ketat, kendur: hutang lapuk disebabkan oleh cara pemberian, cara kawalan dan cara pentadbiran wang kerajaan dan syarikat yg ~ dan tidak teratur; ~ sendat, lapang bertukul prb berpura-pura menerima sesuatu kebenaran tetapi sebenarnya menolak kebenaran itu; sempit lalu, ~ ditokok prb di negeri yg miskin penduduknya rajin-rajin dan di negeri yg makmur penduduknya malas; melonggari menolak atau menambah supaya longgar (pakaian dll): kalau tidak dilonggari, seluar itu tidak dapat dipakai lagi; utk menambah ahli, syarat-syarat utk masuk pertubuhan itu mesti dilonggari; melonggarkan 1. menjadikan longgar atau tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku, dll): ia ~ skru itu; menggali atau membajak akan ~ tanah; 2. mempermudah (syarat-syarat, cara pembayaran, dsb), meringankan (aturan, undang-undang, dsb): larangan membakar mercun dilonggarkan pd malam itu; 3. meluangkan (waktu dsb); memperlonggar menjadikan lebih longgar; kelonggaran 1. perihal longgar: utk mencegah ~, skru itu harus diketatkan; pertolongannya itu bererti memberi ~ juga kpd isterinya; 2. menjadi longgar: semua pakaiannya ~ kerana badannya yg semakin susut itu; pelonggaran perihal melonggarkan (pakaian, skru, dll, meluangkan waktu dsb, mempermudah syarat-syarat dsb, meringankan aturan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sendat | 1. tidak longgar (cincin dll), ketat, sempit: sampai di rumah, dia melucutkan segala pakaiannya yg serba ~ dan terus merebahkan tubuh ke katil; 2. tidak dapat diisi lagi (karung dll), penuh betul, tumpat: pondok tempat kami berlindung itu terlalu ~ dgn manusia; menyendati memenuhi ruang hingga padat, memadati: dia hilang di celah-celah orang ramai yg ~ lorong itu; menyendatkan menjadikan sendat, menyum-batkan; tersendat 1. tersumbat (saluran dll), ter-ketat, tersekat: negara-negara maju meng-alami keadaan ~ disebabkan birokrasi pen-tadbiran yg berlebih-lebihan; 2. = tersendat-sendat; tersendat-sendat ki tersekat(-sekat), tidak lancar: mereka harus dilatih berbicara dgn tenang, jelas, gramatis, tidak ~ dan tidak berbelit-belit; kesendatan keadaan sendat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
musuh ketat | musuh yg paling besar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memperketat | menjadikan lebih ketat; mempererat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
cap | vt 1. put a lid on, menutup: to ~ a bottle tightly, menutup botol ketat-ketat; 2. form a cap over, melitupi: the snow ~ped the mountain top, salji melitupi puncak gunung itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
lax | adj 1. negligent, not strict, a. (of rules etc) tdk /ketat, longgar/: ~ security, kawalan tdk ketat; the regulations were ~ and supervision minimal, peraturan tdk ketat dan pengawasannya sangat sedikit; b. of a persons, i. (performance) tdk tegas: lately, the teacher has been ~ and standards have slipped, kebelakangan ini, guru itu tdk tegas dan mutu pelajaran telah menurun; ii. (attitude towards looks) cuai menjaga: she has become ~ about her appearance, dia cuai menjaga rupanya; iii. morals, rendah; 2. (of bowels) lawas. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
clamp-down | n kawalan ketat: the government has ordered a ~ on tax evasion, kerajaan telah memerintahkan kawalan ketat dikenakan thdp pengelakan cukai. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hold 1 | keep a (firm, tight) ~ on, (fig.) mengawal dgn ketat: he still kept a firm ~ on the family business, dia masih mengawal perniagaan keluarga itu dgn ketat; on ~, a. (of caller) sedang menunggu; b. (of project) ditangguhkan; take ~, (of law, policy, etc) berkuat kuasa; with no ~s barred, (fig.) tanpa mengikut + approp n: the competition was held with no ~s barred, pertandingan itu telah dijalankan tanpa mengikut peraturan; they both tried to win her with no ~s barred, mereka berdua mencuba memenangi hati gadis itu tanpa mengikut batas susila; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
close-fitting | adj (of clothes) ketat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
arch-enemy | n 1. chief enemy, musuh ketat; 2. usu the A~, the Devil, Iblis. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hard and fast | adj (of a rule, decision) tegas dan ketat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
enforcement | n penguatkuasaan: the strict ~ of the new immigration law, penguatkuasaan ketat undang-undang imigresen baru. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
drainpipes | n (colloq & old-fashioned) seluar /sampul nangka, sarung nangka, ketat/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
drainpipe trousers | n (colloq & old-fashioned) seluar /sampul nangka, sarung nangka, ketat/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
skinny jeans | jean ketat | Fesyen | Tiada | Seluar denim yang ketat dengan bahagian kaki yang sangat sempit dan biasanya diperbuat daripada fabrik yang meregang. |
strict liability | liabiliti ketat | insurans | Tiada | lih. liabiliti mutlak. |
pantoum | pantun | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang ketat konvensinya. Pantun kebanyakannya terdiri daripada empat baris satu rangkap. Dua baris pertama sebagai pembayang maksud dan dua baris seterusnya sebagai maksud. Pantun yang sedemikian disebut sebagai pantun empat kerat. Terdapat juga pantun enam, lapan, sepuluh, dan dua belas kerat. Pantun terpendek ialah pantun dua kerat dengan baris pertama sebagai pembayang dan baris kedua sebagai maksud. Selain itu, terdapat juga bentuk pantun yang menarik dan disebut sebagai pantun berkait. Dalam pantun berkait, baris kedua dan keempat pada rangkap pertama menjadi baris pertama dan ketiga untuk rangkap seterusnya. Pantun berkait boleh terdiri daripada berbelas-belas rangkap dengan tema yang berurutan. Setiap rangkap pantun boleh berdiri sendiri dan mengandungi unit makna yang utuh, kecuali pantun berkait yang maknanya berkembang mengikut rangkap yang lain. Baris pantun terdiri daripada tiga atau empat patah perkataan dengan pola rimanya, a,b,a,b, dan setiap patah perkataan terdiri daripad 3-4 suku kata dengan suku katanya antara 712. Baris pantun disusun dengan pola rima hujungnya: a,b,a,b, kecuali pantun dua kerat yang memperlihatkan pola rima a,a. Pantun yang baik harus memperlihatkan pola rima dalaman (a ,b, a, b). Bentuk barisnya yang terikat kepada suku kata dan pola rima yang tegar memerlukan pemilihan kata-kata yang bernas dan bijak. Pantun dianggap sebagai puisi Melayu asli dengan ciri-ciri bentuk yang amat unik dan indah. Contoh pantun yang baik adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan/Jauh ke tengah, rimanya, a/a (9 suku kata) Gunung Daik/bercabang tiga; rimanya, b/b (9 suku kata) Hancur badan/dikandung tanah, rimanya, a/a (9 suku kata) Budi baik/dikenang juga. rimanya, b/b (9 suku kata) Keindahan pantun terletak pada penggunaan imageri dalam baris pembayang maksudnya. Pembayang maksud selalunya menggunakan imej alam semula jadi sebagai metafora dan perbandingan. Pantun menggarap pelbagai tema, antaranya pantun nasihat, adat, agama, percintaan, didaktik, falsafah, kesateriaan dan sebagainya. Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular, masih terus hidup dan dicipta sehingga ke hari ini. |
totalitarian | totalitarian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan pemerintahan yang berasaskan penguasaan ketat rejim politik terhadap individu supaya tunduk kepada pemerintah. Keadaan ini berlaku dalam semua aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, pengeluaran, pendidikan, pentadbiran atau ruang sosial. Persaingan politik tidak terdapat di sini seperti kehadiran parti pembangkang, NGO yang bebas, gerakan pelajar atau pilihan raya yang bebas. Penguasaan dalam pemerintahan ini dilakukan secara kekerasan undang-undang yang menekan termasuklah censorship (penapisan) dan terrorisme. Keadaan politik seperti ini dikatakan juga sebagai bersifat kediktatoran, autoritarian dan despotik. Contohnya, keadaan Jerman di bawah pemerintahan Hitler semasa Perang Dunia Kedua bersifat autoritarian. |
vertical organization | organisasi menegak | Pentadbiran | Tiada | Struktur pentadbiran sesebuah organisasi yang mempunyai hierarki yang ketat dengan kuasa yang berpunca daripada pihak pengurusan atasan hingga ke bawah. |
totalitarian government | kerajaan totalitarian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintah yang melaksanakan pemerintahan berasaskan penguasaan ketat terhadap individu. Penguasaan ini bertujuan supaya individu tunduk kepada pemerintah dan ini dilakukan dalam semua aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, pengeluaran, pendidikan, pentadbiran atau ruang sosial. Kerajaan seperti ini tidak membenarkan persaingan politik secara terbuka, kewujudan parti pembangkang dan kebebasan NGO. Hukuman keras dilaksanakan kepada penentang kerajaan. Kerajaan jenis ini boleh muncul sama ada melalui satu revolusi seperti yang berlaku di China dan Soviet Union atau secara kemunculan seorang diktator yang sangat berpengaruh seperti Hitler di Jerman dan Mussolini di Itali. |
glued securely | perekat kemas | Kesenian | Hiasan Dalaman | Proses pengikatan atau penyambungan yang kemas dan ketat pada sesuatu bahan (objek) tanpa menampakkan garisan penyambungan. |
health recovery | pemulihan kesihatan | Kesihatan Awam | Tiada | Penyembuhan daripada sesuatu penyakit, berikutan pelaksanaan langkah-langkah pengawalan ketat yang dijalankan oleh pihak berkuasa. |
accomodation line | lini akomodasi | insurans | Tiada | Perniagaan yang diterima daripada pengantara yang biasanya tidak diterima mengikut standard pengunderaitan yang ketat tetapi diterima disebabkan oleh keuntungan keseluruhan perniagaan yang diberi oleh pengantara atau pelanggan tersebut. |
authoritarian | autoritarian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Konsep yang menerangkan sesebuah organisasi atau negara yang mempraktikkan undang-undang atau peraturan yang ketat dan agak keras ke atas rakyatnya. Kehidupan rakyat terikat kuat kepada autoriti pemerintah dalam pelbagai aspek seperti kegiatan ekonomi, pergerakan sosial, pendidikan, kebudayaan dan politik. Pemerintah dalam sistem ini biasanya daripada golongan elit yang mempunyai darjah toleransi yang sangat rendah. Golongan elit ini juga menggunakan kaedah yang keras seperti menindas untuk mengekalkan kuasa. Pemerintah autoritarian tidak pula berusaha mengawal ideologi politik rakyatnya, melainkan sekiranya mengancam kedudukan kuasa mereka. Contoh negara autoritarian ialah Indonesia semasa era Soeharto dan Filipina di bawah pemerintahan Marcos. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
sikak | ketat, sendat | - | - | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
ketat | terit laju [trit laju]; dereh [dreh] | Melanau Dalat | |
ketat | katat, sampit. | kedayan | |
ketat | ketuk. | Melanau Mukah | |
luah | longgar, galir; 1 tidak sempit, lapang (pakaian, lubang dll): ~ angai sangat longgar; 2 tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas: ~ sekeru longgar skru, galir skru; 3 tidak ketat bkn undang-undang, syarat, dsb: aturan wak ~ nulik wak nda adil aturan yg | Melanau Mukah | |
selet | ketat | TETAW | |
tait | ketat; | Melanau Mukah | |
ketuk | tutok (pintu) ketat [tutok ktat]; beketat (ayam betina selepas bertelur) [bktat] | Melanau Dalat | |
patin II | terkepit spt kain ketat di antara kedua-dua belah paha, kempun, terkempun-kempun. | Melanau Mukah | |
leset | sesak; 1 sempit, sendat, ketat: luruong itou ~ lorong ini sempit; bilit yen ~, telou lawaih un tudui gak giyen bilik itu sempit, hanya tiga orang saja dapat tidur di situ; 2 terlalu penuh hingga tak terluang lagi (bkn orang dlm kenderaan, dewan dll): bas | Melanau Mukah | |
kaang kertang | kaang yang dipasang ketat pada leher | | Pakain dan Aksesori |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
kantiu Bj, Sl | seluar yang dibuat daripada kain baldu dan dihiasi dengan labuci. | Dia tersedu. Tubuhnya yang bersalutkan baju egut diperbuat daripada kain baldu biru laut, terhias indah dengan labuci damit. Seluar kantiu daripada jenis kain yang sama, dipadankan dengan baju egut yang ketat. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tayen LB | sejenis bekas daripada anyaman rotan yang digunakan untuk mengangkut padi, buah dan lain-lain. Kadang-kadang ia dijadikan sebagai tempat letak barang hantaran perkahwinan. | Akulah yang kamu patut berkawan. Kalau kamu sudah sampai pakailah ubur bunga sebagai alat kamu berteduh. Barulah kita duduk bersama, rapat dan berdampingan dan mengumpul padi yang kurang baik, yang jarang. Supaya kami diisi penuh seperti desa yang penuh sesak, seperti dimuatkan dalam lubang yang ketat. Agar buan dan tayen kami penuh berlimpahan, agar kami akan menuai dengan selamat. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
buan LB | sejenis bekas mengangkut padi berbentuk bulat besar. Ia diperbuat daripada anyaman rotan. Disikut di belakang. | Akulah yang kamu patut berkawan. Kalau kamu sudah sampai pakailah ubur bunga sebagai alat kamu berteduh. Barulah kita duduk bersama, rapat dan berdampingan dan mengumpul padi yang kurang baik, yang jarang. Supaya kami diisi penuh seperti desa yang penuh sesak, seperti dimuatkan dalam lubang yang ketat. Agar buan dan tayen kami penuh berlimpahan, agar kami akan menuai dengan selamat. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb menggunakan tetulang keluli untuk mengikat sekelilingnya. (KEJ) tigerʼs milk (susu harimau) Nama am bagi Polyporus saler yang digunakan di Malaysia sebagai ubat un- tuk penyakit tuberkulosis. (BIO) tight knot (buku ketat) Buku kayu yang terjadi bersama pertumbuhan kayu di sekelilingnya. Buku jenis ini terlekat teguh pada kedudukannya, tidak mudah tertanggal atau ter- kopak semasa penggergajian dan pengetaman. Buku ketat tidak mengurangi mutu dan sifat kekuatan kayu. (HUT) tight side (muka ketat) Muka sebelah luar kepingan venir semasa pengupasan kayu balak. Bahagian ini biasanya lebih rata dan lebih licin berbanding
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd B, C dan D. Pecahan A mempunyai darjah keselamatan tertinggi. Setiap kelas dipecahkan kepada beberapa kelas tambahan dengan menggunakan nombor. Nombor yang lebih tinggi menunjukkan pencapaian keperluan keselamatan yang lebih ketat. Set kelas yang lengkap daripada yang terendah hingga tertinggi adalah D, C1, C2, B1, B2, B3, dan A1. kumpulan tindak balas kecemasan komputer (CERT) (Ig. computer emergency response team (CERT
|
Kamus Thai 2.indb Ada bukti yang jelas bahawa dia tidak melakukan je- nayah itu. แน ่ นอน [-n:n] ดู แน ่ แน ่ น [nε:n] ว 1 (เงื ่ อน เวลา) ketat: เขาผูก กระสอบนั ้ นจนแน ่ น Dia mengikat guni itu นึ ่ ง แน ่ น Kamus Thai 2.indb 212 4/15/2008 11:09:04 AM น 213 dengan ketat. 2 (สถานที ่ ยานพาหนะ) pa- dat: สนามกีฬาแห ่ งชาติแน ่ นไปด ้ วยผู ้ ชม Sta- dium Negara padat dengan penonton. แน ่ นหนา [-na:] ว 1 kukuh: เขาสร ้
|
Kamus Thai 2.indb l:t] ก menyusup: คนร ้ าย ไม ่ สามารถเล็ดลอดเข ้ าประเทศมาเลเซียได ้ เพราะ มีการควบคุมอย ่ างเข ้ มงวด Penjenayah tidak dapat menyusup masuk ke Ma- laysia kerana kawalan yang ketat. เลน [le:n] น lumpur เล ่ น [len] ก bermain: เด็ก ๆ กำลังเล ่ น ฟุตบอลอยู ่ ในสนาม Budak-budak sedang bermain bola sepak di padang. เล ่ นกล empangan itu akan pecah. เล ้ า [la:w] น reban เลาะ [l] ก 1 (รอยเย็บ) menetas: ช ่ าง ตัดเย็บกำลังเลาะขากางเกงที่ คับตัวนั้ น Tukang jahit sedang menetas kaki seluar yang ketat itu. 2 ดู เลียบ เลิก [l:k] ก berhenti: สามีของฉันเลิกสูบ บุหรีแล ้ ว Suami saya sudah berhenti me rokok. เลิกล ้ ม [-lom] ดู ยกเลิก เลินเล ่ อ [lnl:] ว |
Kamus Thai 2.indb วยที่ ค ั ่นหน ั งส ื อ Dia menanda buku dengan penanda buku. คั ้ น [kan] ก memerah: ค ั ้ นกะทิ meme rah santan คับ [kap] ก ketat: รองเท ้ าคู ่ นี้ ค ั บเกินไป Kasut ini terlampau ketat. คับขัน [-kan] ว genting: ขณะนี้ เกิด เหตุการณ ์ ค ั บข ั นขึ้ น Keadaannya amat genting. คับคั่ง [-ka] ก sesak: ถนนสายนี้ ค ั บค ั ่ ง คัด
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
ketat | [ke.tat] | کتت |
|
Tesaurus |
---|
| ketat (adjektif) | 1. Dalam konteks pakaian bersinonim dengan sendat, sempit, kecil, sepan, Berantonim dengan longgar
2. Dalam konteks ikatan bersinonim dengan kuat, kukuh, tegang, terik, tegap, kejap, Berantonim dengan longgar
3. Dalam konteks peraturan bersinonim dengan keras, tegas, Berantonim dengan longgar
4. Dalam konteks kawalan bersinonim dengan teliti, rapi, Berantonim dengan longgar
| Kata Terbitan : mengetatkan, memperketat, keketatan, pengetatan, pengetat, |
|
|