Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Tuan/Puan, apabila kita menggunakan perkataan "berlambak" untuk menyatakan "maklumat yang terlalu banyak" (maklumat yang berlambak), adakah ia membawa maksud negatif - maklumat yang terlalu banyak TETAPI tidak teratur?Berlambak maksudnya tidak tersusun rapi. Berlambak bukanlah bermaksud negatif (tidak elok), sebaliknya merujuk keadaan bahan/perkara tersebut.Tatabahasa01.06.2022
Tuan, Ayat di bawah manakah adalah gramatis? 1. Ramai orang tidak sedar bahawa makan terlalu banyak mengakibatkan masalah obesiti. Atau 2. Banyak orang tidak sedar bahawa makan terlalu banyak mengakibatkan masalah obesiti. Terima kasih.Kedua-dua ayat betul.Tatabahasa27.08.2019
Terjemahan English-BM mana yang lebih sesuai. English:What will happen to the plant if you give it too much water?BM1:Apakah yang akan terjadi kepada tumbuhan jika kamu memberi terlalu banyak air? BM2:Apakah akan terjadi jika kamu memberi air yang terlalu banyak kepada tumbuhan?

Salam sejahtera,

Jawapan 1 (BM1) lebih sesuai kerana menepati maksud ayat dalam bahasa Inggeris. Jawapan BM2 pula menepati ayat " What will happen if you give too much water to the plant". Untuk lebih tepat lagi kata kerja "give" boleh diberi padanan dalam BM  "siram" atau "menyiram" bergantung kepada konteks ayat tersebut. Contohnya, "Apakah yang akan terjadi kepada tumbuhan jika kamu menyiram terlalu banyak air?"

Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP.

Lain-lain24.03.2010
mengapa kesalahan bahasa terlalu banyak kini ? pengunaan frasa yang tidak tepat ? pengunaan bahasa di papan tanda sangat menyedihkan.Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Selain iklan, pihak DBP juga turut membuat pemantauan tulisan yang diterbitkan melalui majalah, surat khabar dan sebagainya. Untuk pengetahuan puan, DBP sering membantu pihak berkuasa tempatan untuk meluluskan sesuatu iklan yang ingin disiarkan atau yang hendak dinaikkan. Pendeknya setiap iklan yang menggunakan bahasa Melayu sebelum disiarkan hendaklah penggunaan bahasanya diluluskan oleh DBP sebelum lesen kebenaran iklan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.Lain-lain11.01.2013
SAYA NAK TAHU MAKSUD PERKATAAN POYO, KERANA TERLALU BANYAK DIGUNAKAN MASA KINI OLEH REMAJA SEKARANGPerkataan poyo tidak terakam dalam kamus atau mana-mana sumber rujukan DBP.  Perkataan ini  merupakan ungkapan yang digunakan dalam konteks percakapan tidak rasmi. Ia tidak tergolong dalam bahasa baku.Istilah03.03.2009
Penggunaan partikel -lah dan la dalam penggunaan ayat agak mengelirukan. Terlalu banyak kekeliruan yang terjadi dalam penggunaan ayat. Boleh terangkan perbezaan antara dua tatabahasa ini? Antara yang berikut mana yang lebih tepat penggunaannya? " Aku rasa la lebih baik kau pergi saja ke sana?" " Aku rasalah lebih baik kau pergi saja ke sana?"

Ayat yang betul ialah “Aku rasalah lebih baik kaupergi saja ke sana.” Penggunaan partikel atau kata penyerta yang betul ialah “–lah”, yang berfungsi untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

Tatabahasa13.06.2022
Apakah yang boleh diterangkan mengenai bidang-bidang fonetik dan fonologi?Soalan anda terlalu luas. Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang fonetik dan fonologi. Saya cadangkan anda mendapatkan buku "Asas-asas Fonetik" tulisan Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin, dan juga buku "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad. Itu antara buku terbaik tentang fonetik dan fonologi yang boleh anda rujuk.Lain-lain04.09.2007
Selamat sejahtera, Bolehkah pihak tuan/puan memberikan contoh penggunaan 'pernyataan' dan 'penyataan'? Tidak perlu memberikan maksudnya kerana sudah terlalu banyak/kerap pihak tuan/puan memberikan maksud. Saya hanya ingin tahu contoh penggunaan dalam ayat. Terima kasih.Penyataan bersama oleh kedua-dua pihak dapat merungkaikan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Kesusasteraan bukanlah lahir daripada kekosongan, tetapi ialah penyataan daripada pergolakan dan perkembangan masyarakat".Tatabahasa25.08.2015
Salam, Mohon menyemak status penggunaan bahasa di media diatas talian seperti bharian, harian metro dan lain-lain. Semenjak akhir-akhir ini, terlalu banyak kesalahan tatabahasa sehinggakan mengelirukan pembaca. Kebannyak masalah, seumpama hasil daripada "google translate" yang mana tatabahasa tidak dijaga dan sesuka hati di letakkan di dalam sessuatu ayat. Contoh: BH; yang mana benar sama ada "penghawa dingin" atau "Pendingin Hawa". http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pendinginhawadiperlahan/Article/Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Unit Pemantauan akan mengeluarkan surat teguran kepada pihak media yang berkenaan.Lain-lain16.08.2013
saya ingin bertanya dalam penulisan minit mesyuarat, apakah perkataan lain yang sesuai dgunakan selain "memaklumkan"? ini kerana saya merasakan perkataan "memaklumkan" berulang terlalu banyak dan menjadi redundant. sekian, terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi memaklumkan ialah 1. membuat maklum, men­jadikan maklum, memberitahukan, mengkha­barkan, menyatakan; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll), menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll). Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, definisi memaklumkan ialah memberitahukan; mengkhabarkan; menyatakan.

Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep penulisan tuan, perkataan-perkataan ini boleh digunakan untuk menggantikan perkataan memaklumkan.

Lain-lain11.07.2019
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Peribahasa
415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...