Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Teknologi MaklumatKamus Thai Melayu DewanGlosari Sains Untuk Sekolah
Kata Takrif Sumber
limpah1. = melimpah tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): air yg di dlm tempayan itu terlalu banyak hingga ~; ~-ruah terlalu banyak keluar kerana terlalu penuh; 2. ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih (kemudahan, rezeki, kasih sayang, dll): ampun dan kurnia Duli Yang Dipertuan ~lah; 3. ki baik atau murah hati: hanya Tuhan dgn ~ kasihan-Nya, yg akan dapat menolong beliau; berlimpah-limpah 1. terlalu banyak tumpah kerana penuh; 2. terlalu banyak atau ramai (orang dll): bahan makanan ~; melimpah 1. tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): darah pun spt sebak penuh ~ di dlm kota Singapura itu; 2. = melimpah-limpah ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih atau tidak termuat, banyak sekali: dlm pertengahan kedua abad ke-18, bangsa asing telah datang melimpah-limpah ke Tanah Melayu; 3. ki turun kpd, datang kpd, diwarisi oleh anak (tentang perangai dll): hanya sisa-sisanya yg jatuh ke tangan orang kita, ~ ke negeri kita ini; melimpahi 1. melimpah ke (kpd): padang bola maktab itu dilimpahi air; 2. ki bermurah hati kpd, mengurniai seseorang: semoga Allah ~nya rezeki dan bahagia hidupnya; melimpahkan 1. menjadikan melimpah, menumpahkan: isi padu air yg dilimpahkan oleh penyumbat itu sama dgn isi padu penyumbat juga; ~ air mata; 2. menge­luarkan banyak-banyak, mencurahkan banyak­banyak: ~ kasih sayang; ~ perhatian kpd per­kembangan pemakaian bahasa Kebangsaan; 3. memberikan banyak-banyak, mengurniakan banyak-banyak, menghadiahkan banyak-banyak: Tuhan yg ~ rahmat kpd hamba-Nya yg ber­usaha dan sabar; limpahan sesuatu yg melimpah atau yg dilimpahkan: kamu sekalian yg makan drpd ~ kemurahan raja bapa aku itu tidak patut sekali membuat aku begini; kelimpahan 1. perihal limpah, ketumpahan banyak-banyak: agak seketika didengarnya bunyi air ~; 2. diberi (dikurniakan dll) banyak-banyak, menerima (kurnia dll) banyak-banyak; 3. kelimpahmewahan; pelimpahan perihal (proses) melimpahkan sesuatu: proses ~ ini tidak memerlukan agen perantara.Kamus Dewan Edisi Keempat
melimpahtumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): air yg di dlm tempayan itu terlalu banyak hingga ~; ~-ruah terlalu banyak keluar kerana terlalu penuh;Kamus Dewan Edisi Keempat
simpang-siur1. terlalu banyak dan silang-me­nyilang (jalan raya, kawat telefon, dll); 2. terlalu banyak liku-likunya (jalan), berliku-liku; 3. terlalu banyak kesulitan atau keruwatan (kerana ber­liku-liku, libat-melibat, sangkut-menyangkut, dll); 4. bergerak ke sana ke mari (kenderaan di jalan raya), sibuk benar, hilir mudik; bersimpang-siur bergerak ke sana ke mari, sibuk benar, hilir mudik.Kamus Dewan Edisi Keempat
berlimpah-limpah1. terlalu banyak tumpah kerana penuh; 2. terlalu banyak atau ramai (orang dll): bahan makanan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
belembang(belémbang) Kl banyak, terlalu banyak.Kamus Dewan Edisi Keempat
belanarKl, Tr banyak, terlalu banyak.Kamus Dewan Edisi Keempat
yak I; belacak ~, melacak ~ terlalu banyak hingga bertimbun-timbun (buah-buahan, ikan, dll); beryak-yak, teryak-yak terlalu banyak.Kamus Dewan Edisi Keempat
berlebih1. ada lebihnya, berbaki, bersisa: pendapatannya ~ drpd perbelanjaannya; 2. terlalu banyak, banyak sangat: menempatkan semula penduduk yg ~ di Pulau Jawa; ~ kurang bertolak ansur (dgn kawan dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
sebegitu1. seperti itu, sebagai itu, begitu: sengaja atau tidak pameran dibuat ~, kita tidak dapat menafikan hakikat wujudnya perkara itu; 2. sangat, terlalu; ~ banyak sangat (terlalu) banyak;Kamus Dewan Edisi Keempat
melimpah1. tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): darah pun spt sebak penuh ~ di dlm kota Singapura itu; 2. = melimpah-limpah ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih atau tidak termuat, banyak sekali: dlm pertengahan kedua abad ke-18, bangsa asing telah datang melimpah-limpah ke Tanah Melayu; 3. ki turun kpd, datang kpd, diwarisi oleh anak (tentang perangai dll): hanya sisa-sisanya yg jatuh ke tangan orang kita, ~ ke negeri kita ini;Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Peribahasa
415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...