Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Majalah ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terbit air kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa.

Takrif

Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak pinang dianduh, putus tali dia berdiri).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bak pinang dianduh, putus tali dia berdiri.

Takrif

Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa. (Peribahasa lain yang sama makna: Terbit air kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa). dianduh = ditarik dengan tali.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak air pancuran terbit.

Takrif

Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak ulam, pucuk menjulai, b. Pucuk dicita ulam tiba).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sumur digali air terbit.

Takrif

Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki; hasil yang diperoleh dengan serta-merta.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak ulam, pucuk menjulai.

Takrif

Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak air pancuran terbit, b. Pucuk dicita ulam tiba).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pucuk dicita ulam tiba.

Takrif

Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak air pancuran terbit, b. Hendak ulam, pucuk menjulai).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
terbit (kata kerja)
1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,

2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,

3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,

4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,

5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,

Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit,

Puisi
 

Sebab bulan terbit pagi,
     Bunga pandan dalam cerana;
Sebab intan datang ke mari,
     Nampak berlain dalam bunga.



Lihat selanjutnya...