Kata |
Takrif |
Sumber |
berbangsa | 1 berasal dr sesuatu bangsa; termasuk dlm golongan sesuatu bangsa: Orang asing itu mencari seorang guru ~ Melayu utk mengajarkan bahasa Melayu. 2 berasal dr keturunan orang mulia-mulia: Tun Teja ialah anak orang berasal lagi ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbangsa | 1. berasal dr sesuatu bangsa; termasuk dlm golongan sesuatu bangsa: Orang asing itu mencari seorang guru ~ Melayu utk mengajarkan bahasa Malaysia. 2. berasal dr keturunan orang mulia-mulia: Tun Teja adalah anak orang berasal lagi ~. | Kamus Pelajar |
berasal | 1 bertempat asal; datang drpd: Agama Hindu ~ drpd India. 2 berketurunan drpd: Mereka mengaku ~ drpd Raja Iskandar Zulkarnain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berasal | 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka; 3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berasal | 1. bertempat asal; datang dr: Agama Hindu ~ dr India. 2. berketurunan dr: Mereka mengaku ~ dr Raja Iskandar Zulkarnain. | Kamus Pelajar |
Tamil | bahasa kaum yg berasal drpd campuran bangsa Dravidia dan Kaukasoid yg berasal dr selatan India dan Sri Lanka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuno | 1. lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala; barang ~ barang yg berasal dr zaman dahulu; masyarakat ~ masyarakat zaman dahulukala; zaman ~ zaman dahulukala, purbakala; 2. kolot, tidak moden; adat ~ adat yg sudah usang; kepercayaan ~ kepercayaan kolot (spt kepercayaan kpd kuasa ghaib dll); pendapat (sikap) ~ pendapat (sikap) yg tidak moden; kekunoan 1. barang apa yg bersifat kuno; 2. perihal (sifat) tidak moden, kekolotan: ~ sikap akan menghalang kemajuan; 3. Id (Lin) penggunaan bahasa secara kuno (bahasa lama). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dagang I | 1. (berasal) dr tempat lain atau dr luar negeri (bkn orang, barang, dll), asing: dgn perjumpaan ini, saya tidak berasa ~ lagi tinggal di sini; anak ~ orang asing, orang yg berasal dr tempat (negeri) asing; beras ~ beras yg diimport dr luar negeri; orang ~ a) orang asing; b) orang yg berniaga, saudagar; pegawai ~ pegawai yg bertugas di negeri orang; 2. orang yg merantau atau mengembara, perantau: akan Laksamana, ia berusung itu dipandang oleh segala ~; orang tua itu mudah menolong kalau diminta, mudah membantu kalau ~ kesukaran; 3. perniagaan, jual beli: aku fikir bukan perahu nelayan, harus perahu itu perahu ~; tanaman ~ tanaman yg hasilnya diperniagakan; 4. barangan utk diperniagakan, barang jualan: maka segala saudagar pun tiap-tiap negeri datanglah berniaga dan ~ pun terlalulah banyak masuk, tumpah-ruah; ~ melarat orang yg merantau dan hidup menderita di tempat orang; ~ piatu orang asing seorang diri (sebatang kara); ~ senteri berbagai-bagai orang asing yg mendatang (saudagar, pelawat, pelajar, dll); laki pulang kelaparan, ~ lalu ditanakkan prb urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain; perahu bertambatan, ~ bertepatan prb melakukan sesuatu hendaklah sesuai dgn tempatnya; berdagang 1. menjalankan perniagaan biasanya di tempat asing atau dgn pembeli atau penjual dr tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli: mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; dia memperoleh banyak keuntungan dgn ~; 2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain: sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yg datang ~ ini menghitamkan kampung yg putih bersih itu; mendagangkan, memperdagangkan menjadikan (barang dll) sesuatu utk dijual beli, menjualbelikan (barang-barang perniagaan), memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing): rupanya manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sbg menjual kambing, lembu, atau ayam itik; Nakhoda Jaya telah diamanahkannya memperdagangkan barang-barang dagangannya ke negeri-negeri lain; dagangan barang-barang yg diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing): pd ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak; ~ bersambut a) dagangan yg diambil dgn berhutang; b) dagangan yg diamanahkan; ~ cergas urus niaga di pasaran saham dsb yg secara keseluruhannya memperlihatkan jumlah belian dan jualan yg besar; ~ keluar barang yg dieksport; ~ lembap urus niaga di pasaran saham dsb yg sangat perlahan dan berkurangan kerana pelabur tidak berminat utk memasuki pasaran atas sebab tertentu; ~ masuk barang yg diimport; ~ bersambut yg dia jual prb cerita dr orang lain yg diceritakannya kembali; perdagangan perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yg tinggi ke atas barang-barang yg diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha utk memajukan ~ antara negara-negara yg sedang maju; ~ antarabangsa perdagangan antara negara-negara di dunia ini; ~ bebas perdagangan antarabangsa yg tidak dikenakan sebarang sekatan spt kuota atau tarif terhadap barang import dr sesebuah negara; ~ entrepot perdagangan mengimport barang utk dieksport semula (spt yg dijalankan di pelabuhan spt Singapura, Hong Kong, dll); ~ gelap perdagangan yg dijalankan secara haram (tanpa membayar cukai dll); pedagang orang yg menjalankan perniagaan (biasanya secara besar-besaran dan dgn negeri asing), orang yg berdagang, saudagar: kapal dan ~ Sepanyol telah diharamkan drpd merapati pantai negeri Jepun; ~ borong pedagang yg menjual dagangan secara borong kpd pekedai; ~ kecil pedagang yg berdagang dgn modal yg kecil; ~ perantara pedagang yg menjual barang-barang drpd saudagar besar kpd saudagar kecil, pedagang yg berlaku sbg orang tengah; ~ runcit orang yg menjual barang-barang terus kpd umum (iaitu pembeli atau pengguna sebenar) biasanya dgn sedikit-sedikit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dari | 1 kata sendi nama yg menerangkan tempat bermulanya sesuatu (bergerak, bertolak, berasal dll): Saya berjalan kaki ~ Juaseh ke Kuala Pilah. Pukul berapa awak bertolak ~ rumah? Saya berasal ~ negeri Perak. 2 kata sendi nama yg menerangkan permulaan sesuatu jangka waktu; sejak: Dia pergi ~ pagi hingga ke malam. Mereka belajar ~ pukul lapan hingga pukul sepuluh. sedari mula (sejak) dr; semenjak: ~ kecil lagi, dia sudah belajar berniaga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
negeri | 1. daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll): membuka ~; ia berasal dr ~ China; anak ~ penduduk asli sesuatu tempat, bumiputera; 2. daerah yg di bawah perintah seorang sultan atau gabenor: saya berasal dr ~ Pahang; dewan ~ majlis perundangan negeri; tanah ~ tanah milik negeri; 3. kawasan bandar, bandar; 4. kerajaan, pemerintah; S.M.A. N~ Id Sekolah Menengah Atas Kerajaan; 5. bp, Id tanah asing (terutama negara-negara Barat); 6. Mn sekumpulan kampung yg di bawah seorang ketua, daerah; ~ akhirat alam sesudah kehidupan di dunia ini; ~ angkat negeri yg dianggap sbg negeri sendiri; ~ as Id = ~ pasak (Itali, Jepun dan Jerman dlm perang dunia kedua); ~ asing negeri bukan negeri sendiri; ~ Cik Siti Wan Kembang panggilan bagi negeri Kelantan; N~ Di Bawah Bayu panggilan bagi negeri Sabah; N~-N~ Selat negeri-negeri (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) yg diperintah langsung oleh orang Inggeris pd zaman penjajahan; ~ yg baka (kekal) akhirat; ~ yg fana dunia; ~ gedang, rumah gedang, berapa pun panjang perian tak akan tersanduk prb orang kaya yg murah hati biarpun banyak orang yg meminta pertolongan kepadanya tidaklah ia akan gusar atau susah; alpa ~ alah, sia-sia hutang tumbuh prb jika alpa atau sia-sia kerugian dan bencana juga yg menimpa; ibarat ~ berubah resam prb hal manusia itu berubah-ubah fikirannya; ke ~ cacing prb mati; spt ~ dialahkan geroda prb negeri atau kampung yg menjadi sunyi kerana penyakit atau malapetaka yg lain; bernegeri 1. mempunyai negeri; 2. mempunyai tempat tinggal, berkediaman: sedang baginda ~ di Pasir Raja dewasa itulah datang kpd hamba Seri Nara Wangsa; kenegerian perihal negeri, yg menunjukkan sifat-sifat atau ciri-ciri negeri; faham ~ faham kedaerahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
hail 2 | ~ from, /datang, berasal/ dr: he ~s from Fiji, dia berasal dr Fiji. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
derive | vi 1. originate, berasal: English and German ~d from a common source, bahasa Inggeris dan bahasa Jerman berasal drpd sumber yg sama; 2. spring, come, berpunca: his income ~s from bonds and stocks, pendapatannya berpunca drpd bon dan stok; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
come | ~ from, a. arrive from, datang dr; b. be native of, berasal dr: he ~s from the country, dia berasal dr kampung; c. be the product of, datang dr: these computers ~ from Malaysia, komputer ini datang dr Malaysia; energy that ~s from the sun, kuasa yg datang dr matahari; d. see ~ of (sense b.); e. see ~ of (sense c.); | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
derivation | n 1. obtaining (from a source) pemerolehan; (chem) penerbitan: the ~ of a myth from an icon, pemerolehan mitos drpd ikon; 2. origin, source, berasal: words of Sanskrit ~, perkataan-perkataan yg berasal drpd perkataan Sanskrit; he claimed ~ from French stock, dia mengakui dia berasal drpd keturunan Perancis; 3. (ling) a. process of word formation, proses penerbitan kata; b. etymology, asal-usul; 4. (chem & math), (process) penerbitan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
come | 13. be a native of, datang, berasal: she ~s from California, dia datang dr California; 14. become, [not translated, sometimes menjadi]: the knot came loose, simpulan itu terurai; the button came unfastened, butang itu terbuka; the door came open, pintu itu terbuka; her dream came true, impiannya menjadi nyata; it ~s easily with practice, kerja itu menjadi mudah kalau selalu dibuat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
common | adj 1. one and the same, sama: the two families have a ~ ancestor, kedua-dua keluarga itu berasal dr keturunan yg sama; we have ~ interests, kami mempunyai minat yg sama; 2. of, belonging to, shared by more than two people, bersama; (used by members of a group) utk kegunaan bersama: ~ property, harta bersama; the land was held in ~ ownership by the wife and husband, tanah itu dimiliki bersama oleh pasangan suami isteri tersebut; they worked for a ~ cause, mereka berusaha utk perjuangan bersama; a ~ staircase, tangga utk kegunaan bersama; 3. of, belonging to, affecting, etc the public, umum: the government claimed that it acted for the ~ good, kerajaan mendakwa bahawa tindakan itu diambil utk kebaikan umum; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
come | 10. originate, be derived from, datang: milk ~s from cows and other animals, susu datang dr lembu dan binatang-binatang lain; kind deeds ~ from a kind heart, perbuatan baik datang dr hati yg baik; 11. be descendant of, berasal: she ~s from a noble family, dia berasal drpd keluarga bangsawan; 12. be the result of, padahnya, akibat: thats what ~s of gambling, itulah padahnya berjudi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ascription | vt; ~ st to, a. consider st to be the result of, menganggap [sst] sbg /berpunca drpd, disebabkan oleh/: he ~d his success to hard work, dia menganggap kejayaannya sbg berpunca drpd usahanya yg sungguh-sungguh; b. believe st to be the work of, menganggap [sst] sbg /ciptaan, karya/: this poem has been ~d to Chaucer, sajak ini dianggap sbg ciptaan Chaucer; c. attribute st to specific origin, period, etc, menganggap [sst] berasal /dr, drpd/: the alphabet is generally ~d to the Phoenicians, abjad pd umumnya dianggap berasal drpd orang Phoenecia; an invention that is variously ~d to the sixth and the ninth centuries, sebuah rekaan yg oleh setengah-setengah orang dianggap berasal dr kurun yg keenam atau dr kurun yg kesembilan; d. assign an attribute of, /menganggap, mengatakan/ [sst] sbg sifat [sso dll]: he ~d beauty to youth, dia menganggap kecantikan sbg sifat keremajaan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
derive | vt 1. obtain, acquire, mendapat, memperoleh; (character, quality, etc) mewarisi: the mills ~ power from the new dam, kilang-kilang itu mendapat tenaga drpd empangan baru itu; he ~s pleasure from music, dia mendapat keseronokan drpd muzik; he ~d his enthusiasm for the theatre from his father, dia mewarisi minat thdp seni teater drpd bapanya; 2. deduce, membuat, menarik: to ~ a conclusion from the facts presented, membuat kesimpulan drpd fakta-fakta yg dibentangkan; 3. trace source, origin, formation of, mengesan asal: the dictionary ~s the word bloom from old Norse bloom, kamus itu mengesan asal perkataan bloom drpd perkataan dlm bahasa Norse lama bloom; be ~d from, berasal drpd: the ceremony is ~d from an ancient Hindu custom, upacara itu berasal drpd adat resam Hindu purba; 4. trace descent of, menyusurgalurkan; 5. (chem & math) menerbitkan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ascribe | adj; be ~ to, a. may be considered to be the result of, dapat dianggap sbg /berpunca drpd, disebabkan oleh/; b. may be considered to be the work of, dapat dianggap sbg /ciptaan, karya/; c. may be considered to originate from, dapat dianggap (sbg) berasal /dr, drpd/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
diploid | diploid | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Satu sel atau organisma yang mempunyai dua set kromosom. Satu set berasal daripada bapa dan satu set berasal daripada ibu. |
paronym | paronim | Kesusasteraan | Puisi | Pemilihan dan pembentukan diksi yang berasal daripada sumber atau akar yang sama. Khususnya diksi yang diambil daripada bahasa asing yang akhirnya mengalami pergeseran erti. Umpamanya perkataan ilmu dan alima yang berasal daripada bahasa Arab. |
marchen | marchen | Kesusasteraan | Tiada | Istilah ini berasal daripada bahasa Jerman yang bermaksud cerita pari-pari. Lihat juga cerita pari-pari. |
nazam | nazam | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi yang berasal dari Parsi. Genre nazam ini mempunyai bentuk yang tetap terutama dalam asterik pembentukan baris dan pembinaan rima. Isi dan pemikirannya lebih banyak berkisar pada hubungan antara raja dan hamba-hambanya. Contohnya, Nazam dalam petikan di bawah. Bahawa bagi raja sekalian Hendak ada menteri demikian Yang pada suatu pekerjaan Sempurnakan segala kerajaan. |
biocatalyst | biopemangkin | Bioteknologi | Tiada | Bahan pemangkin yang berasal daripada sumber hidup, seperti enzim dan sel. |
absurd | absurd | Kesusasteraan | Tiada | 1. Istilah yang berasal dari perkataan Latin 'absurdum' bermaksud sesuatu yang bertentangan atau tidak selari. 2. Sesuatu yang tidak menggambarkan realiti, tetapi menggambarkan di sebalik realiti dan merupakan realiti. |
chanson | chanson | Muzik | Tiada | Lagu popular yang berasal dari Perancis dan Itali pada abad ke-14 hingga akhir abad ke-16. Chanson digubah untuk nyanyian solo yang diiringi alat muzik atau nyanyian bercorak polifoni. Bentuk karya jenis ini dibahagikan kepada lebih daripada satu bahagian. Karya jenis ini juga digubah secara homofoni. Contoh chanson pada Zaman Pertengahan ialah chanson troubadour dan trouvère. |
habanera | habanera | Muzik | Tiada | Tarian Havana yang berasal dari Cuba pada abad ke-19. Habanera mengandungi ciri ritma Sepanyol, Afrika dan Cuba. Tarian ini bermeter dupel, bertempo sederhana dan beritma sinkopasi. Habanera digunakan oleh Georges Bizet (1838-1875) dalam opera beliau yang bertajuk Carmen (1875). |
activism | aktivisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Konsep yang berasal daripada perkataan Jerman iaitu Activismus, yang membawa maksud keterlibatan secara meluas dan aktif para intelektual dalam proses transformasi di Jerman sewaktu berakhirnya Perang Dunia Pertama. Fahaman ini merujuk kepada keterikatan secara aktif para ilmuwan dalam proses transformasi politik yang berlaku bagi sesebuah masyarakat atau sistem politik. Para ilmuwan ini tidak semestinya bersifat melampau atau tidak melampau, malah bersifat rasional. |
orthology | ortologi | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Jujukan homolog yang berasal dari leluhur yang sama tetapi terpisah di antara satu sama lain disebabkan peristiwa penspesiesan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
likou II | orang; 1 manusia yg berasal dr sst daerah tertentu, rakyat sesebuah negara: ~ Dalat orang Dalat; ~ Kedah orang Kedah; 2 bangsa, kaum, suku: ~ Dayak bangsa Iban; ~ Tabi bangsa India; ~ ajok orang hulu; ~ apuk, ~ apok orang putih; ~ asel orang asli; ~ bukit | Melanau Mukah | |
dageng | dagang; 1 perniagaan jual beli; 2 sst yg dijual: bareng ~ barang dagang; 3 berasal dr tempat lain: a ~ orang asing, orang dagang; | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
bau kina LB | sejenis manik yang berasal dari negeri China. | Yang di dalam perut ikan, walaupun batunya sekecil bau kina, bau kua kamu periksa juga sampai ke dalam perut besar dan perut kecil. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tipa-tipa Tb | sebarang bekas yang bertutup yang berasal daripada tin. | Pak Odok mengeluarkan tipa-tipa. Dia mengeluarkan sebatang tigur. Lantas menghulurkan kepada Nanak. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mematai, *mamatai* Kd KB | sejenis roh jahat. | Mematai - Berasal dari mayat orang mati dibunuh atau terbunuh, selalu kembali kepada jasad orang yang masih hidup. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
keningau Kd | sejenis tumbuhan (pokok yg kulitnya manis); Cinnamomum zeylanicum. | Keningau berasal daripada nama pokok kayu iaitu "kayu manis" (sejenis rempah). Orang-orang Dusun memanggil daerah ini Keningau kerana daerah ini katanya terlalu banyak mengeluarkan kayu manis. Kayu manis menjadi barang dagangan kepada penduduk-penduduk di sini. | Diari K. Bali | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
senggang Ib | sejenis tumbuhan seperti lengkuas (tetapi tidak boleh dimakan), kulitnya boleh dibuat tikar. | Telichai beristerikan Endu Dara Sia, berasal daripada keturunan Hantu Kamba, perempuan yang tinggal di hutan asam paya. Dia mewarisi harta pusaka yang berbentuk tajau rusa, berukir menarik mengambil bentuk rumpun buah senggang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ratak Kd KB | sejenis roh jahat. | 29. Ratak Roh ini pembawa kudis, selalu menyerang manusia di bahagian kaki, tinggal di tanah, berasal dari air pencuci kaki. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb bertanggungjawab terhadap sintesis semula AMP daripada adenina dan fosforibosilpirofosfat. (KIM) adenitis (adenitis) Inflamasi kelenjar. (UBAT) adenoblast (adenoblas) Sel kelenjar yang masih pada peringkat muda. (BIO) adenocarcinoma (adenokarsinoma) Sejenis karsinoma yang berasal daripada tisu kelenjar atau yang menyerupai tisu kelenjar. Karsinoma jenis ini dapat dikelaskan mengikut corak susunan selnya yang paling ketara seperti adenokarsinoma alveolar atau mengikut hasil tertentu sel tersebut seperti adenoidectomy (adenoidektomi) Pembuangan adenoid secara pembedahan. (UBAT) adenoids (adenoids) Hipertrofi tonsil farinks pada nasofarinks kanak-kanak. (UBAT) adenoma (adenoma) Tumor benigna pada epitelium yang mempunyai struktur menyerupai kelen- jar atau berasal daripada epitelium kelenjar. Contohnya, adenoma tubular. (UBAT) adenomere (adenomer) Bahagian kelenjar yang berfungsi dan biasanya terletak di bahagian yang ter- tutup pada ruang yang sedang berkembang. (BIO) adenomyoma (adenomioma) Tumor
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
berasal | [be.ra.sal]/[ber.a.sal] | براصل |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
bahan semula jadi | natural material | Bahan yang berasal daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan dan tanah serta wujud secara semula jadi di alam. Contohnya, arang batu dan petroleum. | Sekolah Rendah |
sebatian tak organik | inorganic compound | Sebatian yang berasal dari bahan bukan hidup. | Menengah Atas |
batu | stone | Benda bukan logam yang keras dan padat, yang berasal dari bumi. | Sekolah Rendah |
bendalir tisu | tissue fluid | Cecair luar sel yang terdapat dalam ruang antara sel dan mengandungi bahan-bahan yang berasal dari plasma darah kecuali eritrosit dan molekul protein plasma yang bersaiz besar. | Menengah Atas |
struktur beranalog | analogous structure | Struktur yang merujuk kepada persamaan dari aspek fungsi dan rupa bentuk, bukan dari sumber asalnya. Contohnya, persamaan struktur dan fungsi kepak serangga dengan kepak burung. Kedua-duanya mempunyai struktur dan fungsi yang sama tetapi berasal dari dua kumpulan haiwan yang berbeza. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berasal |
|
Puisi |
---|
|
Paku ini paku landai, Paku berasal dari Jawa; Barang bini habis digadai, Pinjam pula barang mentua.
Lihat selanjutnya... |
|