Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hujan berpohon, panas berasal.

Takrif

Segala sesuatu tentu ada sebab-musababnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Suak, sungai satu air.

Takrif

Sepupu yang berasal daripada satu keturunan. suak = teluk kecil.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau sesangkar sekalipun, yang bayan itu bayan juga; serindit, serindit juga.

Takrif

Manusia itu tetap berbeza, sekalipun berasal daripada satu keluarga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sejernih-jernih air, kalau melalui pembuluh yang kotor, tentu kotor juga.

Takrif

Sebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berasal

Puisi
 

Paku ini paku landai,
     Paku berasal dari Jawa;
Barang bini habis digadai,
     Pinjam pula barang mentua.



Lihat selanjutnya...