Kata |
Takrif |
Sumber |
terakam | 1. tercap, tercatat, tersurat (dlm perlembagaan, perjanjian, dll): hak-hak istimewa yg sudah ~ dlm perlembagaan; 2. tersirat dlm hati, terlekat dlm hati: kenangan-kenangan yg sedih itu sudah ~ dlm hatinya; 3. tercatat dan tersimpan (utk kegunaan, rujukan, dsb pd waktu kemudian); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersenarai | tercatat (terakam, termasuk) dlm sesuatu senarai atau dlm senarai tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
andal | 1. boleh dipercayai; 2. boleh dijamin mutu atau kualitinya: data yg terakam haruslah ~; mengandalkan 1. menaruh harapan atau kepercayaan kpd: mereka akan sedar bahawa tidak dapat tidak mereka akan ~ pengalaman; 2. menjamin ketinggian (kemampuan, mutu, dll); andalan apa-apa yg boleh diandalkan; keandalan keadaan atau hal andal: bank data bergantung pd ~ data; keterandalan keadaan (hal) dapat diandalkan: ~ merupakan keperluan segera bagi andaian ramalan yg sebenar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
album | 1 buku tempat menyimpan atau tempat melekatkan gambar-gambar, setem dsb. 2 koleksi lagu dsb (oleh seseorang), yg terakam dlm kaset, CD dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
karaoke | /karaoké/ satu bentuk hiburan yg membolehkan individu atau kumpulan menyanyikan lagu terpilih (di khalayak tertentu) dgn iringan muzik yg sedia terakam dlm alat audio visual. berkaraoke bernyanyi dgn cara karaoke: Utk menghibur hati, mereka ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
karaoke | (karaoké) satu bentuk hiburan yg membolehkan individu (kumpulan) menyanyikan lagu terpilih (di khalayak tertentu) dgn iringan muzik yg sedia terakam dlm alat audio visual; berkaraoke bernyanyi dgn cara karaoke: pd malam itu kami ~ dgn beberapa orang teman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpahat | 1. telah diukir dgn pahat, terukir: ukiran yg ~ di atasnya melambangkan kepercayaan animisme; tulisan yg ~ pd batu nisan itu mengandungi dua rangkap puisi; 2. ki terlekat, tercatat atau terakam seolah-olah telah dipahat pd sesuatu: hasrat utk menulis novel tetap ~ di tangkai hatinya; bagi kaki pancing, nama Pulau Sembilan pasti ~ dlm ingatan mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
runut jam(clock track) | Jejak pada permukaan bahantara rakaman yang dirakamkan dengan suatu corak digit dan bertindak sebagai isyarat rujukan. Runut jam merupakan isyarat jam penyegerakan pada maklumat yang terakam dalam bahantara rakaman tersebut. | Kamus Komputer |
senarai | catatan (rakaman) nama, perkara, dll yg disusun berderet atau mengikut urutan tertentu dr atas ke bawah, daftar: ~ harga barang; menyenaraikan 1. menuliskan dlm bentuk daftar (mengikut bilangan), menjadikan senarai: bukti-buktinya terlalu banyak utk disenarai-kan; 2. (Eko) memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut: saham syarikat itu telah disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur; tersenarai tercatat (terakam, termasuk) dlm sesuatu senarai atau dlm senarai tertentu; penyenaraian 1. perbuatan (kerja, proses) menyenaraikan, perihal (perbuatan dsb) me-masukkan ke dlm senarai: ~ manuskrip dlm bahasa Melayu; ~ kata kerja; 2. (Eko) proses memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pahat I | alat besi yg berbentuk bilah yg tajam hujungnya (utk menebuk lubang, mengukir kayu, dll); jenis-jenisnya: ~ caku, ~ kuku, ~ mata bulat, ~ mata lintang, ~ putar, dll; ~ kuku pahat yg matanya melengkung, digunakan utk membuat lurah dan ukiran biasa; ~ pating sj pahat yg tidak tajam; ~ pelubang pahat yg khusus digunakan utk menebuk lubang; bagai ~, tidak ditukul tidak makan = laksana ~ dgn penukul prb orang yg hanya bekerja apabila diperintah (disuruh); menciritkan ~ prb sudah tua sangat (orang); berpahat 1. sudah dipahat; 2. berukir; yg berbaris yg ~, yg bertakuk yg bertebang prb Mn pekerjaan dilakukan mengikut adatnya (aturannya) yg biasa; memahat 1. menebuk lubang dll dgn pahat; 2. mengukir, membuat patung dgn pahat: di atas tugu itu semua nama pejuang yg gugur turut dipahat; ~ di dlm baris, berkata dlm pusaka prb Mn mengerjakan sesuatu dgn aturannya (supaya selamat); terpahat 1. telah diukir dgn pahat, terukir: ukiran yg ~ di atasnya melambangkan kepercayaan animisme; tulisan yg ~ pd batu nisan itu mengandungi dua rangkap puisi; 2. ki terlekat, tercatat atau terakam seolah-olah telah dipahat pd sesuatu: hasrat utk menulis novel tetap ~ di tangkai hatinya; bagi kaki pancing, nama Pulau Sembilan pasti ~ dlm ingatan mereka; pahatan sesuatu yg dipahat, hasil memahat, ukiran: di sekolah seni ini kami menikmati lukisan dan ~ ramai seniman; pemahatan perbuatan (proses) memahat; pemahat orang yg memahat (mengukir), pengukir, ahli seni pahat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
Jungian criticism | kritikan Jung | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang mengkaji aspek bawah sedar kolektif manusia yang terakam dalam karya sastera. Kritikan ini bersandarkan teori psikologi Carl Jung. Menurut Jung, bawah sedar manusia terbahagi kepada dua bahagian: Pertama, bahagian peribadi yang mengandungi perkara yang ditebatkan kermasuklah maklumat tentang kehidupan individu yang dilupakan. Kedua, bahagian arketaip yang mengandungi maklumat terkumpul dan dikongsi bersama dengan manusia sejagat atau sesuatu kumpulan budaya tertentu. Kritikan Jung juga dikenali dengan kritikan arketaip dan kritikan mitos. Lihat juga kritikan arketaip, kritikan mitos. |
digital object identifier (DOI) | pengecam objek digital | Teknologi Maklumat | Tiada | Rentetan nombor, aksara dan simbol yang digunakan untuk mengenal pasti artikel atau dokumen dan pautannya di laman sesawang. Pengecam objek digital akan membantu alat baca mencari dokumen dengan mudah daripada petikan yang terakam di dalam suatu dokumen atau satu set dokumen. |
ethopoetics | etnopuitika | Kesusasteraan | Tiada | Perihal tafsiran baharu tentang sistem kesusasteraan sesuatu bangsa berdasarkan ciri-ciri khusus sastera bangsa tersebut. Dalam kalangan sarjana tempatan, wujud suatu kesedaran untuk menilai semula sistem sastera tempatan, sama ada dari segi sejarah atau teori dan kritikan yang berteraskan tradisi dan nilai tempatan. Sarjana tempatan tidak lagi bergantung pada tradisi dan nilai budaya luar (Barat), malah berdialog secara kritis dengan mereka. Unsur etnopuitika kesusasteraan sesuatu bangsa harus bersumberkan budaya pemikiran asli bangsa berkenaan yang banyak terakam dalam khazanah kesusasteraan lisan. Dengan kata lain, etnopuitika sastera sesuatu bangsa haruslah berteraskan jati diri dan tradisi bangsa yang melahirkan sastera tersebut yang diwarisi sejak zaman silam. Kesedaran tersebut telah muncul di seluruh dunia termasuklah di Afrika, Asia Barat, Jepun, China, dan Nusantara. Di Malaysia, perbincangan tentang konsep etnopuitika dalam satera Melayu telah dilakukan oleh Muhammad Haji salleh melalui bukunya Puitika Sastera Melayu (2000). Menurut beliau, konsep puitika sastera Melayu harus digali daripada sumber tradisi lisan Melayu. Oleh itu, beliau menyarankan agar konsep teks, genre, pengarang, khalayak, dan keindahan dalam sastera Melayu harus bersumberkan tradisi lisan Melayu. Sarjana lain yang turut membicarakan konsep puitika Melayu ialah Mohd. Affandi Hassan, Hashim Awang dan V,I. Braginsky. |
Oedipus complex | kompleks Oedipus | Kesusasteraan | Tiada | Nafsu seks seseorang anak lelaki terhadap ibu kandungnya. Istilah ini dipinjam daripada bidang psikiatri. Kajian yang dilakukan oleh Sigmund Freud mendapati anak lelaki yang mencapai usia antara tiga hingga enam tahun akan memasuki satu fasa, iaitu dia mempunyai nafsu seks terhadap ibunya. Perasaan ini timbul kesan daripada rasa persamaan atau identifikasi anak dengan ibunya yang mengakibatkan anak itu berasa cemburu dan benci terhadap bapanya. Si anak mula menganggap bapanya sebagai lawan bagi merebut perhatian dan kasih sayang ibu. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Oedipus dalam drama Oedipus Rex yang menceritakan bagaimana Oedipus membunuh ayahnya dan mengahwini ibunya. Dalam budaya Nusantara, konsep ini sudah ada sejak dahulu seperti yang terakam dalam mitos Sunda bertajuk Sangkuriang. Mitos ini diterapkan dalam karya Ajip rosidi yang juga berjudul Sangkuriang. Hal yang sama turut dirasai anak perempuan apabila mempunyai nafsu seks terhadap bapanya, dan situasi ini disebut kompleks Electra. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Electra dalam drama Oedipus yang menceritakan bagaimana Electra menghasut saudara lelakinya untuk membunuh ibu mereka sendiri sebagai balasan dendam atas pembunuhan bapa mereka. Pengaruh kedua-dua kompleks ini masih ditemui dalam sastera moden Barat seperti dalam karya Eugene O Neill dan Tennessee Williams. |
Kamus Sains.indb X-ray crystallography (kristalografi sinar-X) Penentuan struktur hablur melalui penggunaan teknik pembelauan sinar-X. Teknik ini dijalankan dengan meletakkan sampel dalam pancaran sinar-X mo - nokromatik dan corak pembelauannya terakam pada plat fotograf. Corak yang biasa bagi hablur tunggal terdiri daripada barisan titik yang berpadanan dengan belauan daripada satah hablur yang berbeza. Stuktur hablur boleh ditentukan daripada kedudukan titik-titik
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
terakam | [te.ra.kam] | تراقم |
|
|