Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum... info...buku terbit sendiri ( Buku Kerja Pelajar Sekolah ) 1. Kerja sama DBP dengan penulis? 2. Adakah bantuan/dana penggerak? Sekian.TQ. | Untuk makluman, DBP tidak menerbitkan buku terbit sendiri. Bagi penerbitan buku kerja pelajar sekolah atau buku sokongan pendidikan, penerbitannya akan diuruskan oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja. Proses penerbitan dilakukan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan. Dimaklumkan juga tiada dana galakan diberi kepada penulis. | Lain-lain | 02.04.2020 |
Mengapakah ayat "Kain itu belum berlipat." merupakan ayat pasif? Ayat pasif terbit daripada ayat aktif, contohnya ayat pasif "Buku cerita itu telah dibacanya." adalah terbit daripada ayat aktif "Dia telah membaca buku cerita itu." Sila nyatakan ayat aktif bagi ayat "Kain itu belum berlipat." Terima kasih. | "Kain itu belum berlipat" sama dengan "kain itu belum dilipat". Bentuk aktifnya ialah "(Dia) belum melipat kain". | Tatabahasa | 31.07.2007 |
assalamualaikum wbt tuan/puan, adakah izin terbit dari penerbit asal telah luput untuk buku "Sejarah Tamadun Islam", terbitan DBP, tahun 2005? Adakah mungkin diulang cetak pada masa hadapan atau telah diputuskan tidak lagi akan diterbitkan lagi? | Assalamualaikum. Bahagian Harta Intelek akan menyemak status izin terbit buku "Sejarah Tamadun Islam" tahun 2005 dengan penerbit asal. Keputusan cetak ulang buku tersebut bergantung pada perjanjian antara DBP dengan penerbit asal dan keperluan semasa. Jika tuan mempunyai sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi kami di hakcipta@dbp.gov.my Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 23.11.2021 |
Ayah mencadangkan kami sekeluarga bercuti ke luar negara iaitu di negara matahari terbit. Adakah betul ayat yang saya karangkan?Mohon berikan penjelasan. Terima kasih | Ayat yang betul ialah Ayah mencadangkan kami sekeluarga bercuti ke luar negara, iaitu ke negara matahari terbit. Perkataan 'di' ditukar kepada perkataan 'ke' kerana kata sendi nama 'ke' digunakan untuk menunjukkan tempat atau arah yang dituju. | Tatabahasa | 21.05.2020 |
Assalamualaikum wbt Tuan, a) Apakah status izin terbit n bilakah penerbitan semula Fiqh & Perundangan Islam, zuhaili, DBP? b) Bolehkah saya pinjam Fiqh & Perundangan Islam, zuhaili, DBP, dari pihak DBP, bagaimana caranya? c) Adakah masih diterbitkan Tafsir Mubin dan adakah boleh dibeli dari pihak DBP? d) Bolehkah pihak DBP berkongsi atau dibelu salinan digital Tafsir Mubin dan Fiqh & Perundangan Islam, memandangkan tiada lagi di pasaran Sekian, terima kasih, shahar | Salam tuan, Buku Fiqh dan Perundangan Islam, Terima kasih atas maklum balas berkaitan dengan penerbitan buku terjemahan karya Profesor Dr. Wahbah al-Zuhayli, Fiqh dan Perundangan Islam. Untuk makluman tuan, buku Fiqh dan Perundangan Islam tidak dapat diterbitkan semula kerana izin terbit buku tersebut telah tamat. Urusan permohonan izin tebit semula buku tersebut telah diuruskan oleh Bahagian Harta Intelek DBP. Walau bagaimanapun, faktor kos yang tinggi untuk mendapatkan semula izin terbit dan terjemahan beberapa jilid tambahan buku berkenaan menyebabkan penerbitannya terpaksa ditangguhkan. Buku terjemahan Fiqh dan Perundangan Islam yang diterbitkan oleh DBP ada ditempatkan di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM). Oleh itu, tuan boleh menghubungi Dr. Wan Khairoslinda Wan Mohd Khai melalui nombor telefon 03- atau e-mel linda@dbp.gov.my untuk urusan selanjutnya. Urusan pembelian buku Tafsir Mubin boleh dilakukan di Kedai Buku DBP Hulu Kelang atau melalui portal DBPNiaga.my sekiranya masih ada stok.Tuan boleh berhubung dengan Encik Muhammad Rasul bin Abd Manan melalui nombor telefon 03-4100 0000 atau e-mel rasul@dbp.gov.my.bagi tujuan tersebut. Untuk makluman tuan, buku terjemahan Fiqh dan Perundangan Islam dan Tafsir Mubin tidak diterbitkan dalam bentuk digital. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 02.10.2021 |
Assalamualaikum. (1) Bagaimana format bibliografi bagi rujukan yang dipetik daripada rencana/artikel yang terbit dalam buku. (2) Untuk bibliografi, editor ditulis (ed.), penyususn ditulis (peny.), dan bagaimana pula bagi penyelenggara? | Format penulisan bibliografi penerbitan buku di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah mengikut panduan penerbitan DBP, iaitu buku Gaya Dewan Edisi Ketiga. Antara contoh penulisan bibliografi bagi rujukan yang dipetik daripada rencana/artikel yang terbit dalam buku adalah seperti yang berikut: A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kata “penyelenggara” pula dieja penuh dalam penulisan bibliografi contohnya: Hamzah Hamdani (penyelenggara), 1988. Konsep dan Pendekatan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Walau bagaimanapun, “penyelenggara” tidak lagi digunakan dalam penerbitan buku terkini DBP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, halaman 170 – 180. | Tatabahasa | 03.02.2022 |
Daripada perkataan "kaji", terbit perkataan "mengaji" hasil daripada penggabungan antara kata dasar "kaji" dengan awalan me-, dan huruf pertama k dalam perkataan "kaji" berubah menjadi ng. Saya memahami pembentukan kata terbitan "mengaji". Apa yang tidak saya fahami ialah mengapakah wujud bentuk "mengkaji"? Adakah ini suatu kekecualian dalam tatabahasa? Pada pengetahuan saya, apabila huruf k bergabung dengan awalan me-, huruf k itu pasti berubah menjadi ng, kecuali kata yang dipinjam daripada bahasa lain. Minta tuan jelaskan keadaan ini. | Apabila awalan meN- digabungkan dengan perkataan kaji, huruf pertamanya tidak berubah untuk membentuk perkataan “mengkaji”. Hal ini berlaku kerana terdapat perkataan “mengaji” yang membawa maksud yang berbeza. | Tatabahasa | 23.12.2014 |
salam, nampaknya masih DBP terbit buku ya? bolehkah jiak saya hantar manuskrip cerpen untuk penialain pihak tuan, mungkin dalam 13 - 15 cerpen terbaru dan yang menang hadiah 2013 yang belum dibukukan | Terima kasih bersahabat dengan DBP. Tuan boleh terus berhubung dengan Ketua Bahagian Buku Sastera Puan ASiah Daud di talian 03-2147 9434 atau emel asiah2@dbp.gov.my. Moga beroleh maklumat berapakah jumlah cerpen yang harus dimuatkan untuk satu antologi. Selamat berkarya dan Selamat Maju Jaya. | Lain-lain | 11.02.2014 |
Assalamualaikum, adakah pihak DBP boleh cetak semula atau terbit semula buku-buku yang pernah DBP keluarkan sebelum ini? terbitan semula tersebut untuk peribadi. Terdapat beberapa buah buku yang saya ingin DBP cetak semula kerana buku-buku tersebut sukar didapati pada waktu ini. Saya berharap pihak DBP dapat berbuat demikian kerana saya sangat berminat untuk membaca penulisan buku-buku tersebut. Dan berapakah kos cetak semula itu? | Salam tuan, Permohonan Cetak Ulang Buku Terbitan DBP Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Berikut merupakan perkara yang perlu dilakukan sekiranya pihak tuan ingin memohon cetak ulang buku terbitan DBP: 1. Surat rasmi permohonan judul buku yang ingin dicetak ulang perlu dikemukakan kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. 2. Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP akan menyemak baki stok dan pasaran buku tersebut jika dicetak ulang. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 14.02.2021 |
Bermula pada tahun 1985, apabila sebuah puisi saya terbit dalam sebuah akhbar, saya berkira-kira bahawa sudah 30 tahun yang berkreatif. 1) Adakah susunan ayat 'saya berkira-kira bahawa sudah 30 tahun yang berkreatif' membawa apa-apa maksud dan difahami maksudnya? 2) Apakah maksud perkataan 'BERKREATIF' dan boleh digunakan dengan menggantikan sebagai "BERKARYA"? 3) Sekiranya saya mahu gantikan ayat di atas íaitu 'saya berkira-kira bahawa sudah 30 tahun yang berkreatif', apakah ayat yang lebih sesuai untuk menggantikannya? | Ayat "saya berkira-kira bahawa sudah 30 tahun yang berkreatif" tidak tepat. Ayat ini boleh dibaiki seperti : "saya berkira-kira sudah 30 tahun saya berkarya/menulis." | Karya | 31.05.2016 |
|
Tesaurus |
---|
| terbit (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,
2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,
3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,
4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,
5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,
| Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit, |
|
Puisi |
---|
|
Sebab bulan terbit pagi, Bunga pandan dalam cerana; Sebab intan datang ke mari, Nampak berlain dalam bunga.
Lihat selanjutnya... |
|