Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cantik menyambar bagai dipeting, Hujan menitik tepi pagar; Tahan hempas tahan banting, Tahan dititik tahan dibakar.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tahan punai kena merbuk, Merbuk bersarang di kayu jati; Dah tahu benda tu mabuk, Sahaja nak cari mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tahan bubu tahanlah bubu, Bubu ditahan di hilir muara; Adinda ke hilir abang ke hulu, Sama mengalir air mata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tahan bubu di Sungai Dungun, Seekor ikan haram tak kena; Mengapa adik duduk termenung, Di manakah tempat abang tak kena.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tidak tahan sakit kaki, Kena duri dalam petak; Tidak tahan sakit hati, Orang menyindir dalam gelak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tidak tahan gigi ngilu, Makan pauh sisa tupai; Tidak tahan hati rindu, Jalan jauh rasa tak sampai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Gunung Tahan Gunung Semabuk, Nampak dari Inderagiri; Sudah termakan buah mabuk, Terperanjat pula ibu sendiri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tinggi sungguh Gunung Tahan, Di Tanah Melayu gunung yang tinggi; Berdoa kita ke hadrat Tuhan, Panjang umur berjumpa lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak raja memburu rusa, Tahan serinding dengan belantik; Adik tak hendak terima saya, Kerana saya orang tak cantik.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Naik ke bukit ganyah mangkuk, Baik ganyah tudung saji; Tahan racik burung tak masuk, Burung pandai terbang tinggi.
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,

Puisi
 

Tahan punai kena merbuk,
     Merbuk bersarang di kayu jati;
Dah tahu benda tu mabuk,
     Sahaja nak cari mati.



Lihat selanjutnya...