Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya ingin bertanya adakah penggunaan simbol (/) perlu dijarakkan atau didekatkan. Contohnya: lepas/tahan/rampas atau lepas / tahan / rampas. Terima kasih.

Perkataan sebelum dan selepas Garis Miring (/) hendaklah dirapatkan.

Tatabahasa23.08.2011
Salam, saya ingin mengetahui adakah istilah daya tahan boleh digunakan dalam penyelidikan ilmiah sebagai terjemahan kepada perkataan (resilience). Apakah beza atau persamaan antara daya tahan dan resilien? Semoga dapat membantu. Terima kasih.Untuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience.Istilah27.05.2013
Barang itu akan bertahan lama. Tahan lama atau bertahan lama?Penggunaan perkataan yang betul dalam ayat yang diberikan ialah “tahan lama”. Tatabahasa03.07.2023
Salam sejahtera. Saya adalah pelajar PhD UPM. Kajian saya ialah mengenai Resiliens (daya tahan) guru-guru novis (baharu). Soalan saya : i. Adakah saya boleh guna perkataan Resiliens atau resilien sebagai ganti perkataan daya tahan kerana dalam kajian-kajian luar negara, istilah resilience /resilient lebih sinonim. ii. bolehkah juga saya guna perkataan novis bagi menggantikan baharu. mohon pencerahan dari pihak tuan. terima kasihUntuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Sementara istilah novis terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. Oleh itu, kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience dan baharu untuk novice kerana istilah tersebut lebih mudah difahami dan menepati konsep yang dikemukakan.Istilah06.09.2011
Orang yang tidak tahan hidup kesunyian tidak akan mampu hidup berseorangan dalam tempoh _____. lama atau panjang lebih sesuai ?Orang yang tidak tahan hidup kesunyian tidak akan mampu hidup berseorangan dalam tempoh lama.Tatabahasa25.07.2014
Assalamualaikum WBT Tuan/Puan, Saya merupakan pelajar PhD di USM. Saya menjalankan kajian berkaitan resiliensi (daya tahan) pelajar di IPG. Saya ingin bertanya, istilah manakah yang sesuai untuk saya gunakan dalam kajian saya - resiliensi atau resilien atau daya tahan atau ketahanan diri? Terima kasih atas budi baik tuan/puan.Untuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk  resilience.Istilah23.02.2019
MOHON PANDANGAN PIHAK DBP DALAM MENGGUNAKAN PERKATAAN RESILIENT DALAM BAHASA MELAYU LEBIH TEPAT MAKSUD DAYA TAHAN ATAU KETAHANAN? PERKATAAN INI AKAN DIGUNAKAN DALAM BIDANG SOSIOLOGI. OLEH ITU, YANG MANA PALING TEPAT UNTUK DAYA TAHAN ATAU KETAHANAN?Mohon berikan contoh perkataan yang ingin diterjemahkan dalam bahasa Melayu dalam bentuk ayat agar pihak kami boleh memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konsep ayat.Lain-lain01.08.2022
Perkataan "mempertahankan" boleh dipakai? ini kerana dalam tatabahasa dewan imbuhan "memper...kan" tidak boleh menerima kata dasarnya, kata adjektif. Bukankah "tahan" ialah kata adjektif? SEKIAN, HARAP DAPAT TERJAWAB MASALAH INI.Walaupun "tahan" merupakan kata sifat tetapi kata ini abstrak. Kata sifat yang abstrak mempunyai makna yang khusus.Tatabahasa20.09.2007
1. Mereka mengakui persembahan itu tahan sahaja.Sila betulkan kesalahan dalam ayat. 2. Pertunjukan itu telah jatuh dengan teruknya. Sila betulkan kesalahan dalam ayat.Kedua-dua ayat tersebut tidak gramatis, malah cenderung menggunakan bahasa percakapan dalam binaan ayat. Cadangan kami ayat tersebut diubah menjadi, Mereka berpandangan persembahan itu boleh tahan dan Mutu persembahan itu semakin menurun.Tatabahasa05.01.2015
Saya mencari maksud perkataan "rentis". Setelah membuat carian di carian kata, tiada maksud bagi perkataan rentis. Perkataan ini telah digunakan terutamanya bagi kata nama khas seperti Rentis Gunung Tahan di Taman Negara Pahang, Merapoh sebagai nama denai yang digunakan menuju ke puncak Gunung Tahan. Begitu juga tiada maksud bagi perkataan "merentis", perkataan yang sering digunakan untuk mewakili perbuatan membuka laluan baharu di dalam kawasan hutan. Saya mohon pencerahan. Terima kasih.

Tiada perkataan rentis dan merentis seperti yang dinyatakan. Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, kami mencadangkan perkataan yang paling hampir dengan konteks tersebut ialah rintis dan merintis. Rintis bermaksud jalan kecil yang baru dibuat di dalam hutan, manakala merintis pula bermaksud menerangi hutan (dengan menebangi kayu-kayuan dan lain-lain) untuk membuat jalan dan memancang tanah yang akan dibuat jalan.

Makna23.12.2022
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,

Puisi
 

Tahan punai kena merbuk,
     Merbuk bersarang di kayu jati;
Dah tahu benda tu mabuk,
     Sahaja nak cari mati.



Lihat selanjutnya...