Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah perkataan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan perkataan SEMARAK.. Larian semarak perbandaran Semarak pengisytiharan perbandaran | Perkataan Semarak boleh juga digantikan dengan perkataan lain, contohnya perkataan gemilang. Namun begitu, perkataan semarak amat digalakkan sekiranya bersesuaian dan mengikut konteks ayat. | Makna | 05.09.2017 |
Apakah maksud semarak merdeka? maksud Semarak? Terima Kasih | Semarak bermaksud seri, cahaya, kebanggaan, keelokan, kemegahan atau kemuliaan. | Makna | 19.07.2007 |
Salam hormat saya ucapkan kepada Saudara. Saya ingin bertanya di sini tentang maksud 'serumpun bunga semarak api'. Adakah kata-kata ini bermaksud *bangsa yang asal-usulnya sama atau *masyarakat/negara dalam pertubuhan yang seia-sekata dalam hal kesejahteraan dan kemakmuran bersama? Terima kasih. Yang benar Roslina | Maksud serumpun bunga semarak api merujuk nama bunga/tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. | Makna | 01.11.2010 |
Sila beri penjelasan perkataan Radian Emas & Seri Ayu. Terima kasih. | Radian ialah unit ukuran sudut satah pd bulatan. Emas pula ialah sj logam berwarna kuning yg mahal harganya (selalunya dijadikan perhiasan spt cincin, rantai. Seri ialah cahaya semarak. Ayu ialah cantik dan lemah lembut orangnya. Untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 04.09.2009 |
Saya ingin tahu bagaimana penggunaan kata "sumbangsih". Apa bezanya dengan "sumbangan"? Dalam konteks manakah perkataan itu sesuai dan boleh digunakan? Terima kasih. | Perkataan "sumbangsih" bermaksud "sesuatu (tenaga, wang, dll.) yang diberikan sebagai bantuan, sokongan atau sumbangan". Biasanya perkataan "sumbangsih" digunakan sebagai tema sesutu majlis, contohnya "Malam Sumbangsih Semarak Kasih", "Malam Sumbangsih Tautan Kasih" atau "Malam Sumbangsih Jalinan Kasih". | Tatabahasa | 13.03.2015 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah bagi ayat berikut. "Merancakkan Kreativiti, Membudayakan Inovasi". Adakah istilah ini sesuai digunakan dalam penulisan artikel? Adakah padanan bagi merancakkan kreativiti, membudayakan inovasi itu sesuai sekiranya digabungkan? Terima kasih | Cadangan lain yang boleh dipertimbangkan ialah "Semarakkan Kreativiti, Budayakan Inovasi". Perkataan rancak boleh digantikan dengan semarak yang lebih bersifat memujuk dan mengajak. | Istilah | 25.08.2014 |
Kemusykilan nama taman-taman perumahan, contohnya Taman Seri Gombak (mengikut daftar asal pemilik projek Hillcrest Sdn Bhd), kini lebih dikenali dengan Taman Sri Gombak (kebanyakan tanda awam dieja sebegini dengan meluas). Menurut Kamus Dewan, kedua-dua perkataan mempunyai perbezaan makna. Mohon pendapat, perbezaan perkataan 'SERI' dan 'SRI', yang manakah lebih sesuai digunakan? | Perkataan yang betul ialah seri yang bermaksud cahaya semarak atau kemuliaan. Tidak ada perkataan sri kecuali dalam gelaran Tan Sri dan Dato' Sri (bagi negeri Pahang). Dalam hal penamaan tempat kita perlu merujuk pihak berkuasa tempatan yang berkaitan kerana nama tempat telah diwartakan sedemikian. | Ejaan | 31.05.2012 |
Assalamualaikum, saya ingin mendapatkan idea berkenaan tema bagi majlis makan malam yang bertujuan untuk mengumpul dana syarikat. Majlis tersebut juga bertujuan untuk menjalih persahabatan syarikat saya dengan para penyumbang tersebut. Adakah tema seperti Malam Sumbangsih, atau Ikatan Jalinan Berterusan sesuai. Atau pihak DBP boleh memberikan idea yang lebih bersesuaian. Saya amat berharap pihak DBP boleh memberikan sedikit bantuan. | Antara tema yang dicadangkan termasuklah Majlis Makan Malam Amal xxx (nama syarikat), Malam Sumbangsih Semarak Kasih, Malam Sumbangsih Jalinan Kasih, dan Malam Sumbangsih Tautan Kasih. | Lain-lain | 19.03.2014 |
|
Tesaurus |
---|
| semarak (kata nama) | 1. Bersinonim dengan seri: cahaya, sinar, sorot kilauan, nur, kejernihan, kurrat, pendar, kilat, gemerlap, kilap, Berantonim dengan kemalapan
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan keelokan, kebanggaan, kemegahan, kemuliaan, ketinggian, kebesaran, jah, seri, keindahan, kemasyhuran, kehormatan, keluhuran, Berantonim dengan kehinaan
| Kata Terbitan : bersemarak, menyemarakkan, |
|
|