Kata |
Takrif |
Sumber |
kilap II | gilap, kilat; sekilap; ~ mata sekelip mata, sesaat, seketika: dgn ~ mata, wang itu disambarnya; berkilap berkilat bercahaya), berkilauan, gilap: bintang kehormatan yg tersemat di dadanya ~ apabila kena sinar matahari; mengilap berkilap: kecut perutku ketika kulihat doktor itu mengangkat pisau yg ~; terkilap terkilat (memancar cahayanya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kilap I | Jw tidak tahu, entah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
katak I | sj binatang yg melompat, berkaki renang, berkulit licin, dan tidak berekor; jenisjenisnya: ~ air, ~ betung, ~ hijau, ~ kuak, Kaloula pulchra; ~ lembu (bertanduk) sj katak, Megalophrys nasata; ~ pisang sj katak, Rana erythraea; ~ puru sj katak, kodok, Bufo bufo; ~ di bawah tempurung prb orang yg teramat picik pengetahuannya; ~ ditimpa kemarau prb berkeluh-kesah dgn tidak keruan; ~ hendak jadi lembu prb ingin melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan sendiri, hendak menyamai orang besar (orang kaya dsb); alim bagai ~ tepi air prb orang yg kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah drpd ilmunya; bagaimana hari tak hujan, ~ betung dlm telaga berteriak selalu prb orang yg selalu pergi ke rumah seseorang dgn tidak berketika dan dgn maksud yg tersembunyi; laksana ~, sedikit hujan banyak bermain prb orang yg suka membesar-besarkan perkara yg kecil; tak akan ada ~ beranak ular prb a) dikatakan mengenai yg mustahil terjadi kpd seseorang; b) orang yg pengecut (bodoh) tidak akan menjadi orang berani (pandai); terkilap-kilap bagai ~ disemburi prb tentang orang yg diam sahaja dlm suatu perbincangan; tiada akan licin ~ puru, jika sentiasa berhujan sekalipun prb orang yg hodoh jika memakai perhiasan sekalipun tidak akan menjadi elok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kilap | kilap. | kedayan | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kilap | [ki.lap] | کيلڤ |
berkilap-kilap | [ber.ki.lap.ki.lap] | برکيلڤ - کيلڤ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kilap |
|
|