Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti kena pedang bermata dua.

Takrif

Sakit hati kerana disindir. (Peribahasa lain yang sama makna: Kena parang bermata dua).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berat beban yang sedikit dek hati sakit.

Takrif

Kerja yang dipaksa biar berapa ringan sekalipun akan terasa berat juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh.

Takrif

Lain yang disindir lain yang merasa hati; lain yang berbuat salah lain pula yang merasa susah. menyiuk (siuk) = menarik nafas kerana sakit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Naik bukit membakar arang,
     Habis padi dimakan rusa;
Sakit hati dikata orang,
     Walau sekali kuambil juga.



Lihat selanjutnya...