Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI JALLIANWALA BAGHUMUM
PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI HARI SAINT BARTHOLOMEWSUMUM
TINGKAH LAKU KOLEKTIF

Tingkah laku kolektif ialah suatu istilah dalam

bidang sosiologi yang merujuk kepada cara orang

bertindak semasa berada dalam kumpulan orang

ramai dan dalam kumpulan ramai lain yang agak

tidak tersusun. Pelbagai jenis tingkah laku kolektif

termasuk sifat kegila-gilaan, cemas dan rusuhan.

Tingkah laku kolektif sering timbul dalam situasi

yang merangsang emosi orang. Situasi tersebut

termasuk acara bersukan, tunjuk perasaan

membantah dan malapetaka.

UMUM
PROPAGANDA

Propaganda ialah komunikasi sepihak yang

bertujuan untuk mempengaruhi cara orang ramai

berfikir dan bertindak. Iklan di televisyen atau

poster yang menggesa orang ramai mengundi

seseorang calon politik mungkin berbentuk

propaganda bergantung pada kaedah

pemujukannya.

UMUM
PERKONGSIAN UNTUNG

Perkongsian untung. Ramai majikan

berkongsi untung dengan pekerjanya. Mereka

berbuat demikian untuk menggalakkan daya

pengeluaran (kerja yang produktif) dan untuk

memujuk pekerja supaya kekal dalam syarikat.

UMUM
MIAMI

Miami, Florida (pend. 358 548; pend. kaw. met.

1 937 094) ialah bandar raya peranginan Amerika

Syarikat yang terkenal di dunia. Kawasan

rekreasinya dan cuaca yang panas menarik ramai

pengunjung. Iklimnya yang menyegarkan telah

menarik ramai pesara dari seluruh Amerika

Syarikat berpindah ke sini. Walau bagaimanapun

pada tahun 1990-an, serangan terhadap orang

asing yang dilakukan oleh penjenayah tempatan

yang mendapat publisiti besar-besaran, telah

menjejaskan imej Miami sebagai sebuah pusat

pelancongan. Miami terletak di Teluk Biscayne, di

pantai tenggara Florida, iaitu di muara Sungai

Miami, kira-kira enam kilometer ke barat Lautan

Atlantik.

UMUM
ARIZONA

Arizona ialah negeri di Barat Daya Amerika

Syarikat. Iklim gurun yang panas dan kering

menarik perhatian ramai orang. Lebih daripada

setengah penduduknya tinggal di Phoenix, ibu

negeri dan bandar terbesar di Arizona. Tanah

rizab Orang Asli Amerika meliputi kira-kira suku

daripada tanah Arizona. Sesetengah Orang Asli

Amerika tinggal dalam komuniti yang dibina

melebihi 800 tahun dahulu. Ramai orang Amerika

keturunan Mexico juga tinggal di Arizona.

Pengaruh mereka adalah ketara pada adat resam,

makanan, dan nama tempat.

UMUM
ENSEFALITIS

Ensefalitis ialah keradangan otak. Ramai pesakit

ensefalitis hanya mengalami demam yang tidak

teruk dan sakit kepala selama beberapa hari.

UMUM
PILIHAN RAYA

Pilihan raya ialah proses orang ramai memilih

calon atau pemimpin pilihan mereka. Pilihan raya

diadakan untuk memilih pemimpin dalam pelbagai

organisasi. Contohnya, persatuan kemasyarakatan,

kesatuan perdagangan, kelab sukan dan sosial,

kerajaan dan pelbagai pertubuhan dan institusi awam

dan persendirian.

UMUM
KAUNSELING

Kaunseling ialah proses membantu orang ramai

untuk meneliti dan memahami masalah peribadi

serta memperkembangkan bakat mereka.

UMUM
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,

Puisi
 

Anak lutung di pokok jelutung,
     Anak mawas di pokok ara;
Ramai-ramai kita berpantun,
     Kerana memuja teruna dan dara.



Lihat selanjutnya...