Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai keluang bebar petang.

Takrif

Ramai-ramai berkerumun; suka hidup beramai-ramai. bebar = terbang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bunyi Cina karam.

Takrif

Ramai (= riuh) sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bunyi perempuan di air).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai.

Takrif

Jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai bunyi perempuan di air.

Takrif

Ramai (= riuh) sekali. di air = di tempat mandi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai langau mengerumuni bangkai.

Takrif

Orang ramai yang riuh-rendah bunyinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai anak-anai bubus.

Takrif

Keluar beramai-ramai, berduyun-duyun. bubus = keluar banyak bersama-sama.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biawak kudung masuk kampung.

Takrif

Orang jahat yang dikenal ramai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiada terkajang batu di pulau.

Takrif

Tiada terlayan kehendak orang ramai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai.

Takrif

Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti lut dengan marakah.

Takrif

Orang yang lebih pengetahuan selalu menjadi pemimpin orang ramai. lut = batu duga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,

Puisi
 

Anak lutung di pokok jelutung,
     Anak mawas di pokok ara;
Ramai-ramai kita berpantun,
     Kerana memuja teruna dan dara.



Lihat selanjutnya...