Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
MAGNITUD

Magnitud ialah skala yang digunakan oleh ahli

astronomi untuk mengukur kecerahan objek yang

bercahaya di angkasa. Lebih cerah sesuatu bintang

atau planet, maka lebih rendah nombor

magnitudnya. Sistem magnitud adalah berasaskan

usaha yang dilakukan oleh ahli astronomi Yunani

purba, Hipparchus. Kira-kira pada tahun 125 S.M.,

Hipparchus mengelaskan bintang mengikut

kecerahan. Dia menamakan bintang yang paling

cerah sebagai bintang magnitud pertama, bintang

yang kedua cerah sebagai bintang magnitud kedua

dan seterusnya sehinggalah kepada bintang yang

paling pudar. Bintang yang paling pudar digelar

sebagai bintang magnitud keenam.

UMUM
NIKEL

Nikel ialah unsur kimia logam berwarna putih yang

digunakan dalam aloi. Nombor atomnya ialah 28

dan berat atomnya ialah 58.69. Simbol kimia Ni.

Nikel adalah bermagnet, sangat berkilat dan tidak

mudah pudar.

UMUM
NOVA

Nova merupakan letupan yang menyebabkan

sebutir bintang menjadi terlalu cerah sehingga

mencapai 10 000 hingga 100 000 kecerahan

matahari. Bintang tersebut boleh bersinar secerah

itu selama sebulan atau lebih lama sebelum

beransur-ansur pudar kepada kecerahannya yang

asal. Sesuatu nova menghamburkan jisim gas dan

debu yang besar ke angkasa. Perkataan nova berasal

daripada perkataan Latin yang bermaksud baru.

Manusia pernah tersalah tanggap kerana

menyangka nova sebagai bintang baru.

UMUM
BURUNG BUSUT

Burung busut yang dikenali juga sebagai

megapod ialah nama berpuluh-puluh spesies

burung buruan yang terdapat dari Pulau Nicobar di

Lautan Hindi hingga ke bahagian timur Filipina dan

Australia. Bulunya berwarna pudar dan besarnya

seperti ayam.

UMUM
TAMIL NADU

Tamil Nadu ialah sebuah negeri di tenggara India.

Ia merupakan salah sebuah daripada empat negeri

Dravidia di India dan mempunyai sejarah

kebudayaan yang berterusan selama lebih daripada

2000 tahun. Tamil adalah salah satu bahasa

kesusasteraan yang tertua di India. Lihat India ,

Bahasa. Tamil Nadu mempunyai beberapa seni bina

kuil yang paling luar biasa di India, dan juga muzik

dan tarian tradisi yang tidak pernah pudar.

Penduduk negeri ini dikenali sebagai orang Tamil.

Ibu negerinya ialah Madras.

UMUM
PERAK NIKEL

Perak nikel ialah aloi kuprum, nikel dan zink.

Aloi ini juga dinamakan perak Jerman kerana ia

pertama kali dibuat di Hildburghausen, Jerman. Ia

adalah logam berwarna kekuningan yang lebih

keras daripada perak. Perak nikel mudah kusam,

tetapi ia mudah digilap. Banyak barang perak yang

digunakan hari ini dibuat daripada perak nikel

yang disadur dengan perak sebenar. Ia kelihatan

seperti perak asli apabila baru, tetapi sadurannya

pudar setelah digunakan.

UMUM
1